𝙷𝚊𝚙𝚙𝚢 𝙴𝚗𝚍𝚒𝚗𝚐
Tengku Rizqish yang melihat isterinya sedang tertidur itu terus berjalan menuju ke arah Aries. Wajah yang sangat cantik sewaktu tidur itu membuatkan Tengku Rizqish geram.
"Sayang taknak bangun ke ? Solat subuh sayang" dikejutkan Aries secara perlahan supaya tidak terlampau mengejutkan tuannya. Aries yang sedar dirinya dikejutkan oleh suaminya terus dia bangun daripada pembaringan tersebut.
"Abang Aries penat badan sakit" terus Aries merengek dan memeluk badan milik suaminya. Dicium dada Tengku Rizqish yang wangi itu. Legaaa.
"Eh sayang penat buat apa ? Abang dah cakap kan jangan kemas rumah sangat ? Ni dah penat badan dah sakit macam mana nak pergi rumah mama nanti" ditepuk badan milik Aries itu. Bahang yang keluar daripada badan milik Aries itu membuatkan Tengku Rizqish membiarkan isterinya memeluk dirinya.
"Sayang demam ni ? Dah cepat abang teman sayang amik wuduk lepastu kita makan ye jangan risau pagi-pagi abang dah masakan untuk sayang" terus dia mencempung badan milik Aries.
Sedang Aries ingin mengambil air wuduk itu tekaknya seperti ingin memuntahkan sesuatu. Tengku Rizqish yang sedang melihat perlakuan isterinya itu terus dia cepat-cepat menghampiri isterinya.
"Sayang kenapa ? Nak muntah ke" Aries hanya menggagukan kepalanya sahaja. Tak sampai seminit Aries terus muntah dan dirasakan kepalanya seperti berat dan akhirnya terus pengsan.
"Ya Allah sayang !!" Tengku Rizqish terus membawa Aries ke hospital. Kenapa ni janganlah ada-ada apa. Risau Tengku Rizqish melihat isterinya seperti itu.
Doktor Shima yang baru lepas sahaja memeriksa keadaan isterinya itu terus dia meghampiri Tengku Rizqish. Aries yang sudah tersedar itu terus duduk di sebelah Tengku Rizqish. Tanganya itu terus memegang tangan suaminya.
"Sayang okey ?" Terus dia mengusap kepala isterinya. "Sayang okey bang" diberikan senyuman kepada Tengku Rizqish.
"Saya ada berita gembira nak bagitahu kamu" mereka berdua hanya mendiamkan diri sahaja ? Berita gembira ? Dapat duit ke ? Kenapa ? Apa berlaku ? Dapat rumah baru ke ? Fikiran Tengku Rizqish sudah seperti lelaki yang gilakan harta.
"Aries dah prengnat 2 bulan tau" Tengku Rizqish yang mendengar itu terus menangis serta memeluk Aries. "Ya Allah sayang betul ke ? Kita dapat anak lagi !!" Terus Tengku Rizqish membuat sujud syukur. Gembira sungguh hatinya.
Aries yang mendengarkan itu turut menangis. Sungguh gembira ada nyawa di dalam rahimya. Diusap dengan lembut. "Welcome to perut ibu sayang" sungguh gembira hatinya.
"Jaga Aries baik-baik jangan bagi dia banyak bergerak sangat okey ?"
"Baiklah doktor" terus dia meminta izin untuk pulang ke rumah Datin Medina, Fateh dengan Otylia sudah seminggu di sana Rexian rindu katanya.
Datin Medina yang mendengar apa yang dikatakan oleh Tengku Rizqish terus menjerit mendapat tahu Aries berbadan dua " TAHNIAH ARIES" terus dia mencium dahu milik Aries.
Mereka semua sangat gembira mendengar khabar tersebut dan Rexian yang sedang memangku Otylia dan Fateh terus dia membawa mereka berdua bermain game di bilik ruang tamu.
"Aries nak makan apa-apa tak ? Mama masakan" sungguh baik hati Datin Medina. "Aries makan je apa yang mama masak tau" lembut dia membalas sahutan Datin Medina.
"Mama Deinz macam mana ?" Aries dan Tengku Medina terus memandang wajah Tengku Rizqish.
"Kamu dah tua Deinz buat apa mama nak masakan untuk kamu" jawab Datin Medina
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Gizem / Gerilim𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...