Aynaries POV
"Aries bangun masakan aku nasi lemak." Mak Timah yang baru sahaja bangun dari tidurnya terus memanggil Aries. Riena yang mendengar ibunya memanggil Aries terus dia memanggil Mak Timah semula.
"Mak dah kenapa panggil betina tu. Dia dah lama lari! Itu pun sebab mak. Dah tua menyusahkan orang." Ditengking Mak Timah dengan menggunakan suara lantangnya.
Semenjak Aries meninggalkannya sedikit sebanyak dia merindui Aries dia mengaku banyak dosanya terhadap Aries
"Aku lupa dia dah lari yang kau ni daripada mana? Keluar malam balik pagi ingatkan dah lupa jalan balik rumah." Marah mak Timah kepada anak daranya.
Riena terus menutupkan telinganya, dia yang baru sahaja pulang daripada Club tersebut tidak betah berada di sisi Mak Timah.
"Yang mak nak memekak pagi-pagi ni kenapa? Aku keluar cari duit jugakan bagi mak makan." Marah Riena kepada ibunya. Mak Timah yang mendengar tengkingan Riena sedikit sebanyak terasa dengan perbuatan anaknya.
"Dah kau tak payah nak marah aku, pergi masuk dapur masakan aku." Arah mak Timah kepada Riena.
"Ada tangan ada kaki kan? Kau masaklah sendiri. Jangan harap aku nak masakkan untuk kau. Kalau kau rasa nak makan kau masak sendiri aku takda masa nak masakkan untuk kau." Terus dia membiarkan Mak Timah seorang diri.
Mak Timah yang terasa hati itu terus berasa sendih. Baru dia kesal dengan perbuatanya. Kalaulah Aries masih berada di dalam rumah ini sudah semestinya Aries yang akan memasakkan untuknya.
*
Aries yang baru sahaja ingin menapak pergi ke arah dapurnya itu terus terperanjat apabila melihat ada sekujur tubuh berada di singki tersebut. Tanpa diminta terus dia menjerit dengan sekuat hati.
"Hantu!" Jeritannya itu menyetakkan seseorang. Hampir sahaja piring itu terlepas daripada tanganya.
Tengku Rizqish terus menekup mulut Aries. Mana tidaknya jeritan milik wanita ini hampir sahaja menerbangkan jantungnya.
"Kau dah kenapa menjerit! Ni akulah bukanya hantu." Terus Aries membukakan matanya.
"Kau gila ke apa sengaja nak bunuh aku?" Terus dijentik dahi milik Aries. Terus tekupan itu dilepaskan.
Aries terus menunduk dan meminta maaf kepada Tengku Rizqish.
"S-saya mintak maaf."
"Senangkan hidup kau dah buat salah mintak maaf. Dah pergi sediakan makanan untuk aku." Aries terus pergi mengambil pinggan itu dan terus menyediakan makanan kepada Tengku Rizqish
Sambal sotong yang dimasak oleh gadis itu tersebut amat sedap. Hampir 4 pinggan dia menambah lauk dan nasi. Ditambah pula ini makanan kegemaranya mana dia tidak suka.
"Sedap tak Aries masak." Aries yang masih berdiri itu hanya memandang sahaja.
"Tak sedap." Terus Aries menjulingkan anak matanya. Tipulah tak sedap takkan tambah sampai 4 kali... Getusnya.
Tengku Rizqish yang sudah menghabiskan makananya itu terus memberikan pingganya itu kepada Aries. Aries pula terus mengambil pinggan itu dan membasuhkan tangan milik lelaki itu.
"Dah macam suami kau pulak kau layan aku." Tengku Rizqish terus menelankan air liurnya.
Setiap lekuk dan cara Aries membasuhkan tanganya sepertinya sama dengan seseorang. Tengku Rizqish terus memerhatikan sahaja Aries dengan tajam.
"Takpalah Tuan. Selagi Aries ada selagi tu Aries yang akan bantu Tuan." Terus basuhan itu terhenti.
"Tak perlu nak buat drama murah kau depan aku. Kau ingat aku akan termakan dengan kata-kata munafik kau? Kau kena sedar yang taraf kau dengan aku tak sama langsung. Kau lupa ke kau dah pecahkan pasu bunga aku. Dengan gaji yang aku bagi dekat kau belum tentu kau mampu bayar!" Tengku Rizqish terus menengking Aries dengan kuat. Aries yang terperanjat itu terus melarikan diri ke dalam biliknya.
Selepas sahaja dia melihat Aries melarikan diri itu terus Tengku Rizqish masuk ke dalam kamarnya semula. Tiada masa dia ingin memujuk wanita itu. Membuang masanya sahaja.
Aries yang sedih itu terus mencari buku diarinya. Nasib baik sebelum dia lari buku kesayanganya ini sempat dibawanya. Kerana dia tahu buku tersebut akan diperlukan bila dia sedih.
Aries banyak menghabiskan masanya dengan buku tersebut. Pelbagai luahan yang dia tulis di dalam buku tersebut. Aries tidak pernah menceritakan masalahnya kepada siapa-siapa. Dia rela memendamkannya dengan sendirinya.
Aries terus menutup buku diarinya sambil itu juga dia memeluk gambar milik Datin Jasmine dan juga Dato Farouq. Aries anak tunggal dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Dia tahu dirinya adalah anak angkat kepada keluarga tersebut. Tapi itu tidak kisah yang penting dia dijaga dengan baik oleh keluarga tersebut.
"Aries rindu mama dengan papa.... Aries nak ikut mama." Menangis dirinya di bilik itu. Selang beberapaa minit akhirnya dia terlepas dengan sendirinya.
Bilik wanita itu sangat sempit dia tidur hanya beralaskan tikar, manakala bantalnya ialah kotak-kotak yang berada di dalam bilik stor tersebut. Dikala dirinya kesejukkan hanya kain batik yang menjadi selimutnya.
Aries tidak pernah merungut dengan apa yang dia ada sekarang yang penting dia ada tempat untuk berteduh tu pun dah kira sangat bersyukur...
—————————
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Mystère / Thriller𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...