BAB 51 ✅

19.8K 1K 96
                                    

Rizqish POV

"Danny siapa lagi yang under project ni" diselak satu persatu nama yang tertera di kertas tersebut. Dibaca dengan penuh tata terbit. Kalau ada perang comfirm si mamat hensem ni tak perasan.

Danny yang baru sahaja meregangkan ototnya terus menoleh muka Tengku Rizqish. Dah jadi duda pun hensem. Eh duda hanggok kau.

"Aku rasa dah takda lagi dah, semua client, kita dah jumpa nasib baik semua bagus jaga attitude kalau tak comfirm aku dah bertukar jadi kuda"

Tengku Rizqish hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Kalau dah bercakap dengan Danny benda yang serius pun boleh jadi tak serius. Tapi itulah yang dirinduinya senyuman dan gelakan sahabatnya.

Danny yang melihat Tengku Rizqish tersenyum sumbing di depannya agak meremangkan bulu romannya. Dah kenapa tengok aku macam tu ? Semenjak kena tinggal dengan Aries dah tukar taste ke ?

"Wei Riz ? Kau okey tak ? Lain macam kau senyum dekat aku ? K-kkau suka aku ke ?" Tergagap-gagap mulutnya ingin mengeluarkan perkataan itu. Tak sanggup dia mendengar kalau mengetahui bahawa sahabatya suka sesama jenis. Terbalik dunia Kanada ni.

Danny yang masih menunggu jawapan daripada Tengku Rizqish sempat mengambil air yang berada di depannya itu. Dicicip air tersebut dengan penuh hemat takut tertumpah. Matanya masih lagi merenung mata milik Tengku Rizqish.

Hampir nak tergelak Tengku Riziqsh mendengar apa yang dikatakan oleh. Mari kita taste. "Haah aku suka kau"

Danny yang baru sahaja ingin menelan air tersebut akhirnya dengan jutsu hokagenya air tersebut terkeluar daripada mulutnya. "Aah panas bibir aku" di ambil air batu yang berada di cawan milik Tengku Rizqish.

"Woi kau gila ke apa ? Bila masa pulak kau jadi gay ni !! Kau jangan macam-macam Riz kalau kau rasa nak jadikan bumi kanada seperti neraka kau silakan, kau jangan bawak aku" jantungnya seperti sedang berlari 400 meter. Gila mamat ni,

Tengku Rizqish yang tidak dapat menahan tawanya terus dia melepaskan di depan Danny. " wei Danny sumpah kelakar gila muka kau dah macam penyangak curi baju dalam orang wei" air matanya terkeluar sikit kerana kelakar melihat reaksi Danny.

"Aku tipu jelah, takkanlah aku nak bertukar jadi macam tu, dosa aku dah terlampau banyak, nak tambah dengan benda macam tu tak cium syurga aku" terus dia meletakkan kertas tersebut di atas mejanya.

Danny terus menukarkan moodnya apabila melihat ada seorang lelaki memakai baju kot bewarna merah sedang menghampirinya. Terus dia memberikan senyuman kepada lelaki tersebut.

Lelaki tersebut yang memakai penutup mulut serta cermin matanya itu terus berjalan menghampirinya. Auranya sangat menarik pelanggan-pelanggan yang berada di situ. Lelaki tersebut hanya menunjukkan isyarat kepada Danny. Dan Danny memahaminya.

Tengku Rizqish tetiba rasa pelik apabila melihat Danny bertukar menjadi serius. Okey ke tak tetiba je jadi diam. Dia terus menoleh ke belakang dan melihat ada seorang lelaki yang segak bergaya sedang menuju ke tempatnya.

Cara jalan lelaki tersebut amat serupa dengan orang yang pernah di kenalinya. Tapi tak mungkin ? "Danny siapa tu ?" Tanya Tengku Rizqish kepada Danny.

Lelaki tersebut selamat sampai dan duduk bertentangan dengan Danny dan lelaki tersebut duduk di sebelah Tengku Rizqish. Dapat dihidu bauan wangi tersebut dan hampir sama dengan perfumenya.

"Danny ni siapa" agak pelik dirinya melihat Danny seperti itu ? Ada sesuatu ke ?

Danny hanya mendiamkan dirinya sahaja tidak bercakap dan terus meninggalkan Tengku Rizqish keseorangan. "Sorry Riz aku nak pergi tempat lain ada hal" dengan laju dia meninggalkan Riz.

ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now