BAB 52 ✅ (𝚀𝚞𝚎𝚎𝚗 𝙾𝚏 𝙴𝚟𝚒𝚕)

21.2K 1K 121
                                    

Aynaries POV

Aries yang baru sahaja mengemas tempat tidurnya terperanjat kerana iphonenya berbunyi. Selama dia hidup baru berapa tahun lepas dia mempunyai gajet tersebut, itupun Rexian yang bagi.

Nama yang tertera di paparan skrin tersebut membuatkan dia berasa pelik ? Unknown number ? Siapa ? Rexian ke ? Kalau Rexian mesti dah terpampang nama Rexian Imier.

Dia tidak mahu mengangkat telefonya itu, Rexian pernah memberitahunya suatu hari nanti kalau ada yang call dan  number tersebut tidak pernah dia ketahui jangan angkat.

Dan Aries mendengarkan kata-kata Rexian. Rexian gunakan private number berbanding yang telefonya ini menggunakan number biasa sahaja.

Tidak mahu melengahkan masa terus Aries mensilentkan iphonenya dan bermula dari situ, itulah kesalahan terbesar buat Aries kerana menyilentkan iphonenya, dia tidak tahu bahawa nyawa dan anak-anaknya terancam.

Otylia yang baru sahaja baru sahaja keluar daripada biliknya sendiri agak merasakan canggung. Dirinya merasakan akan berlakunya sesuatu yang tidak baik untuk keluargany.

"Ibu Otylia rasa tak sedap hati" diberitahu ibunya kerana merasakan akan ada sesuatu yang berlaku. Aries hanya meneruskan lipatan selimutya itu.

Aries pun sama sebenarnya dia daripada tadi tidak berasa hatinya sedap. Fikiranya entah ke mana memikirkan hal yang buruk. "Lia sayang takda apa ye, nungkin tak cukup rehat"

Otylia merupakan anak yang mempunyai deria rasa ke-enam. " ibu we're died, someone kill you and kidnapp Otylia and Fateh" itu yang jelas terpampang di mimpinya.

Aries terus merasakan detak jantungnya seperti tidak terurus. Terus di ambil iphone tersebut dan menelefon Rexi. Namun gagal. "Otylia sayang sini kejap ibu nak cakap" terus di pangkunya anak perempuannya.

"Ini antara sebab kenapa ibu lari ikut adik papa kamu, Papa kamu orangnya berpengaruh banyak musuh dan ibu dulu pun hampir nak mati"

"Otylia dengar cakap ibu baik-baik kalau ada bad happen janji dengan ibu bawak Fateh lari ikut pintu belakang rumah"

"Dekat situ ada satu jalan menuju ke tempat lain, bawak Fateh lari jauh-jauh dari sini, ingat tu amanah ibu dekat kamu !! Jangan sesekali pandang belakang faham ?"

Otylia terus memeluk Aries. Dia berasa sangat takut kalau kehilangan ibunya, namun kerana amanah dia sanggup lakukan. "Otylia janji bu" terus di cium muka Aries bertalu-talu.

Aries terus mengejutkan Fateh yang sedang tidur itu. "Fateh sayang bangun ibu nak bagitahu Fateh something ni" lembut suaranya mengejutkan anak lelakinya.

"Fateh dengar cakap ibu, kalau ada apa-apa yang berlaku Fateh lari ikut Otylia ye, jangan risaukan pasal ibu, ibu taknak anak-anak ibu jadi mangsa faham Fateh?"

"Pinky promise with ibu Fateh and Otylia" terus mereka berdua mengeluarkan jari yang comel itu untuk berlaga dengan Aries.

"Ibu sayang anak-anak ibu, cepat ibu nak suap kamu makan" Fateh sebenarnya dah bangun namun tidur balik. Seraya itu Aries terus mengambil pinggan tersebut dan menyuapkan anak mereka.

Sungguh lemah dirinya sekarang ini, dia sangat takut kehilangan permata jantungnya. Ditepis air matanya, tidak mahu menumpahkan air matanya di depan anak-anaknya.

"Makan puas-puas ye" terus dicium dahi milik anaknya. Deringan iphonye yang menjerit itu tidak menyadarkan Aries. Sudah di silentkan memang kalau kau call berjuta kali pun dia takkan dengar.

Teuro berlari laju dan memecahkan pintu bilik mereka. Hampir nak tertanggal pintu itu di tendang oleh Teuro.
Aries yang baru sahaja menyelesaikan menyuapkan anaknya terperanjat melihat Teuro sedemikian.

"Aries gerak sekarang, ALMOND dah dapat jejak awak bagi sini iphone Aries" diambil iphone tersebut dan di banting hingga pecah. Terkejut Aries melihat iphonenya pecah.

" Otylia dengan Fateh lari ikut pintu belakang ada nampak kereta warna hitam lari dan masuk, Datin Medina dah tunggu kamu" terus mereka berlari mengikuti arahan Teuro.

"Kejap" jerit Aries. "Otylia Fateh sini cepat, terus diberikan satu ciuman kepada mereka dan satu surat kepada Lia, bawak ni dan bagi Nenek kamu faham" mereka berdua hanya mengangguk.

"Jangan tunggu ibu ye sayang, dah cepat lari" Aries hanya memerhatikan anaknya berlari dia harus memastikan anaknya selamat baru dia bergerak ikut Teuro.

"Aries awak ikut saya, kalau awak ikut Otylia dengan Fateh, saya rasa mereka takkan selamat sebab Almond sasarkan awak" Aries hanya menggaguk dan mengikuti langkah Teuro.

Mereka berlari memasuki kereta yang berada di depan pintu rumah milik Rexian. "Aries cepat masuk" Aries mendengar ada satu tembakan rambang serta jeritan seseorang. Dia melihat pengawal itu sudah terbujur kaku.

Dia takut sekarang ni. "Abang Aries takut" dia amat memerlukan Tengku Rizqish buat sekarang ini. Dapatkah dia berjumpa dengan suaminya ? Dapatkan dia melihat wajah suaminya ? Ya Allah semoga aku dapat. Namun Di sebaliknya dia menyimpan satu senyuman yang nipis.

Teuro terus memandu keretanya dengan laju, dilihat anak buah Almond sedang mengejarnya. "Aries tundukkan kepala"

Bangggg

Satu tembakan tepat mengenai cermin keretanya. Teuro sudah mengambil snipernya dipicit sesuatu di telinganya. "GERAK SEKARANG" dapat dilihat beberapa kereta bewarna hitam meluncur keluar daripada persembunyian.

Bukan satu tapi 15 kereta memenuhi jalan tersebut. "Aries dengar cakap Teuro bawak diri Aries jauh-jauh dari sini, Teuro cuma lengahkan masa faham, ikut maps yang Teuro letak ni!!" Di lihat wajah milik Aries buat sekian kalinya, semoga kita berjumpa lagi Aries. Aku gagal jaga kau.

Teuro terus mengeluarkan dirinya melalui atap kereta itu, dia berdiri di situ sebelum melompat ke kereta sebelahnya. Terus kereta tersebut berpusing dan membuat satu block yang besar bagi melepaskan kereta Aries.

Aries bagaikan hilang arah namun dengan kecerdikannya terus dia membawa kereta tersebut di lokasi yang lain. Dia membuang maps tadi di luar tingkap. Dengan laju dia menekan pedal minyak.

Dari kejauhan dapat di dengar ada satu letupan yang kuat. Aries terkejut agak terkejut dan Teuro mungkin akan terkorban melihat dari cermin sisinya itu kerana hampir semua kereta tersebut terbakar.

Dengan kekuatan yang ada terus dia memecut laju. "Jangan main-main dengan aku Almond ", terus dia memecut keretanya. Dia tahu semua selok beluk negara ini. Tiada sikit pun membuatkan dirinya lupa siapa dia sebenarnya.

Dia pelik macam mana Datin Medina boleh berada di sini ? Mungkin Teuro dah bagitahu awal-awal untuk membawa Otylia dengan Fateh lari daripada sini. Tersenyum dengan lebar apabila mengetahui anak-anaknya selamat.

"Jumpa lagi anak-anak ibu"

Sempat Aries mengesat air matanya. Namun tidak sampai di situ sahaja. Laju sahaja tanganya mengambil getah rambut tersebut. Dan diikatnya rambut itu dengan kemas. Di ambil sepasang topeng bewarna hitam dan diletakkan di mukanya.

"Bodoh kau Almond main-main dengan Api"

Sempat Aries memberikan senyuman yang sinis. Dibuka bajunya dan terus bertukar baju tersebut menjadi warna hitam. Dapat dilihat ada suatu lambang di bajunya itu.

"Im coming dear."

Aries terus membelokkan keretanya itu. Dia tidak mengikuti maps yang diberikan kepada Teuro. Aries perlu pergi ke suatu tempat. Tempat yang sudah lama dia tinggalkan. Bahkan keluarganya sendiri pun tidak tahu yang tahu cuma keluarga angkatnya.

"Hai dimenticato chi sono, Almond" Dengan laju Aries membawa kereta tersebut.

—————————————

Dah macam Cerita penthouse ni banyak sangat plot twist HAHAHAHAHAHH

Ayok siapa Aries sebenarnya ?

ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now