"𝙺𝙴𝚁𝙰𝙽𝙰 𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰 𝙼𝙴𝙼𝙴𝚁𝙻𝚄𝙺𝙰𝙽 𝙳𝚄𝙰 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝚄𝙽𝚃𝚄𝙺 𝙺𝙴𝙺𝙰𝙻 𝙱𝙴𝚁𝚂𝙰𝙼𝙰 𝙷𝙸𝙽𝙶𝙶𝙰 𝙺𝙴 𝙰𝙺𝙷𝙸𝚁 𝙽𝙰𝙽𝚃𝙸"
Rizqish POV
"Kau tahu kan kerja kau bila dah sampai rumah? Kau kena ingat Ries kerja kau tetap sama iaitu jadi bibik dan orang suruhan aku. Takda yang membezakan antara status isteri dan orang gaji." Sempat dia menghina Aries di depan bodyguard tersebut.
Aries yang baru sahaja melangkah ke dalam rumah tersebut hanya mendiamkan dirinya sahaja mulutya terkunci tidak tahu untuk membalas apa.
"Walaupun kita dah jadi suami isteri kau jangan perasan pulak yang kau boleh tidur dengan aku."
Ye selama dia bergelar isteri kepada Tengku Rizqish belum pernah lagi mereka tidur bersama. Bagi Tengku Rizqish Aries ini haram untuk ditidurinya kerana berdarahkan pembunuh.
"Kau angkat beg kau sendiri. Jangan nak menyusahkan aku. Berkahwin dengan kau pun dah menyusahkan apatah lagi sara kau." Bait-bait bicara Tengku Rizqish memang menyedihkan hatinya.
"Ni beg aku pun bawakkan sekali. Kau bibik kan? Jadi pekerjaan kau angkat-angkat ni memang sesuai dengan kau." Terus lelaki itu membiarkan Aries keseorangan diri di situ.
Aries yang malas ingin berdebat itu terus dirinya mengangkatkan beg suaminya ke dalam bilik Tengku Rizqish. Tengku Rizqish sengaja membulinya sudahlah beg tersebut berat. Mana tidak sakit tulang belakangnya.
Selepas selesai sahaja dia menghantarkan beg suaminya terus dia memasuki bilik tidurnya dan terus membersihkan diri.
Selesai sahaja dia membersihkan diri dan menyelesaikan semua kerjanya terus dia meluru turun ke bawah untuk berjumpa dengan suaminya. Walaupun dia takut tapi mahu atau tidak dia terpaksa.
Bergetar dengan hebat badanya sekarang ini. Pelbagai doa ditutipkan di mulutnya. Ada perkara yang perlu diberitahu dan dibincangkan dengan suaminya itu. Dengan perasaan yang takut terus dia berjumpa dengan Tengku Rizqish.
Tengku Rizqish yang sedang melakukan kerjanya terbantut apabila ada seseorang duduk di sebelahnya. "Siapa yang izinkan kau duduk sini? Berambus boleh tak aku menyampah tengok muka kau!"
Aries yang baru sahaja duduk terus membagkitkan dirinya, entah bila suaminya dapat menerima dirinya. "Abang Aries nak cakap sikit boleh."
Tengku Rizqish terus memandang Aries "Kau nak cakap apa? Cepat sikit aku takda masa nak cakap dengan kau." Rimas lah rimas kalau ada bini macam Aries banyak sangat cakap.
"Aries nak kerja boleh?"
Sebenarnya sudah lama dirinya ingin bekerja tetapi takut Tengku Rizqish tidak mengizinkan. Kalau setakat buat kerja rumah sekejap je dah settle dia perlukan duit sekurangnya dia dapat membeli ubatnya.
"Kau nak kerja? Kau rasa kau layak ke bekerja? Dahlah akal takda tambah lagi anak pembunuh. Belum sempat kau kerja majikan dah kick kau." Dibasuh Aries dengan sepuas-puas.
"Kelulusan apa yang kau ada? Belajar pun tak bijak amik kau bekerja terus muflis kedai dia. Sedar diri boleh tak?"
Nafas Aries turun naik sahaja. Sungguh tajam ayat yang keluar daripada mulut suaminya ini. Apa lagi yang tidak dipuas hatikan oleh suaminya ini.
"Tolong abang bantu Aries ye. Aries perlukan kerja sekarang ni. Tak kisah basuh pinggan atau basuh lantai hospital ke yang penting Aries ada duit." Dia perlukan duit kerana ubatnya ini sudah hampir habis. Sudah 3 bulan suaminya ini tidak membayar gajinya. Dapat 100 pun takpa. Lepas untuk membeli ubatnya itu.
Lelaki itu terus memberhentikan kerjanya dan tergelak kecil apabila mendengar ayat Aries.
"Kau perlukan duit ke? Kalau kau terlampau desperate sangat nak duit jadi pelacur je Ries." Terus meleret senyuman Tengku Rizqish.
Aries merasakan maruahnya seperti dipijak apa salahnya sampai dikatakan pelacur? Apa dosanya Ya Allah.
"Abang Aries halal untuk abang janganlah jadikan Aries sebagai pelacur sedangkan Aries ni isteri abang."
Dengan tajam anak matanya menikam Aries. Sudah berani wanita ini melawan kata-katanya? Dengan keadaanya yang sedang marah itu terus berdiri Tengku Rizqish di depan Aries.
Aries yang sedang berdiri itu terus menudukkan kepalanya. Tengku Rizqish terus menolak badan Aries dengan kasar sehingga terjatuh wanita itu di lantai keras tersebut.
"Siapa kata kau isteri aku? Kau tu hamba bukan isteri. Lagi sekali kau sebut yang diri kau isteri aku memang aku bunuh kau! Jijiklah jijik ada isteri pembunuh macam kau!" Terus dia menendang perut isterinya.
Aries menangis dalam diam perutnya terlampau sakit dan senak kerana ditendang oleh suaminya sendiri. Dia ingin mengapai tangan suaminya namun ditepis kuat oleh Tengku Rizqish.
"Abang Aries sakit maafkan Aries sebab terlepas cakap." Terus dia memeluk badan suaminya. Tengku Rizqish agak terkejut apabila Aries memeluk badanya. Dengan kekuatan yang dia ada terus dia menolak isterinya sehingga terjatuh sekali lagi
"Kalau aku ada kuasa untuk cabut nyawa kau memang aku dah buat! Baik kau mati jelah betina daripada menyusahkan aku!" Terus dia mengambil kunci keretanya dan meninggalkan Aries yang kesakitan itu.
Eriq yang baru sahaja memerhatikan kelakuan Tengku Rizqish kepada Aries terus berlari mendapatkan Aries. Luluh hatinya apabilah melihat Aries diperlukan seperti binatang. "Apa salah Aries sampai kau seksa dia macam ni Riz."
"Aries awak okey tak nak saya bantu." Gelabah sungguh dirinya sekarang ini.
"T-takpa saya masih okey." Tipu dirinya.
Aries yang berusaha untuk bangun itu akhirnya terduduk kembali tendangan suaminya membuatkan dirinya menjadi lemah. Sakit yang dirasakan agak luar biasa.
Eriq yang tidak tahan melihat Aries menahan kesakitan itu terus mengendong perempuan tersebut ke dalam biliknya. Walaupun Aries meronta-ronta namun dia tidak kisah yang penting Aries selamat sampai di biliknya.
"Turunkan saya Eriq." Agak kuat suaranya memarahi Eriq haram untuk dirinya dan Eriq berpegangan kerana bukan muhrim. Walaupun suaminya tidak menyukainya namun dia tetap menjaga batas.
Eriq terus meletakkan Aries di atas tilamnya dan beredar meninggalkan Aries. "Sikit-sikit kau seksa Aries dan sikit-sikit juga musuh kau datang menghampiri kau Riz."
Aries menangis semau-maunya. Sakitnya Ya Allah diperlakukan seperti binatang oleh suami sendiri, kenapa dendam Tengku Rizqish tidak terhapus untuk dirinya ? Bukan kah dirinya juga terseksa akibat perbuatan keluarganya ? Ya Allah kau bukakkanlah hati suamiku untuk menerima diriku.
Seraya itu dia terus bangkit dan mengambil air wuduk untuk menunanikan solat taubat dan hajat. Kalau itu apa yang diinginkan oleh Tengku Rizqish dia tidak kisah dijadikan hamba untuk suaminya. Sekurangnya dia masih boleh berbakti kepada suaminya.
"Mungkin berbakti buat kali terkahir."
——————————
Bodoh betulah mamat tempayan ni !! Ya Allah kalau lah dia wujud memang dah lama mati kena pijak !!
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Mystery / Thriller𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...