𝙷𝚊𝚙𝚙𝚢 𝙴𝚗𝚍𝚒𝚗𝚐
Otylia yang sedang bermain dengan Fateh terkejut kerana disimbahi air oleh Tengku Rizqish, seluruh bajunya basah akibat percikan air yang dibuat oleh Tengku Rizqish. Mukanya yang disimbahi cahaya kegembiraan itu terus bertukar menjadi mendung.
"Papa janganlah Otylia dah mandilah" merajuk dirinya akibat diperlakukan seperti itu. Tengku Rizqish hanya menggelakkan sahaja anak perempuannya yang sudah merajuk itu.
"Alah-alah papa gurau je, janganlah merajuk, ibu busy sebabtuh papa main dengan Otylia"
Fateh yang melihat pertelingkahan antara Otylia dan Tengku Rizqish terus menyimbah air yang berada di kolam renang itu kepada Tengku Rizqish semula.
"Fateh apa nii papa dah mandilah dengan ibu tadi"
Mereka berdua terus melihat muka Tengku Rizqish. Mandi ? "P-papa mandi ngengan i-ibu? Kan haram pa mana oleehh tak malu ke ? !!" Marah Fateh.
Tengku Rizqish yang terlepas cakap itu terus menutupkan mulutnya. Ini kalau Aries dengar mau tak berkecai pagar rumah. "Eh mana ada papa, p-papa tipu je" terus dia menggaru hidungnya.
"Yeke ? Ibuu papa cakap ibu mandi dengan papa betul ke ? Lelaki dengan perempuan mana boleh mandi sama- sama itu ibu yang cakap kan ?" Otylia yang melihat Aries sedang membawa dulang berisikan air itu terus membesarkan matanya.
"Abang apa ni !! Kenapa ajar anak yang tak bukan-bukan" belum sempat air tersebut diletakkan di atas meja terus meletus jeritan Aries. Sumpah siapa yang berdiri di sebelah Aries comfirm pecah gegedang telinganya.
"Itu suara ke ? Kenapa macam suara iblis" perlahan Tengku Rizqish membalas jeritan Aries. Walaupun perlahan namun tidak membataskan pendengaran Aries.
"Apa bang ? Iblis ? Abang nak sangat kenal iblis ke ? Nah isteriku iblis untuk abang" terus ditendang suaminya masuk ke dalam kolang renang.
Tengku Rizqish yang baru sahaja ingin berdiri untuk lari itu terperanjat kerana badannya melayang dan terus badanya menyembah air di depanya. "Ah sayang ganasnya" terus tenggelam Tengku Rizqish di dalam kolam renang tersebut.
Aries terkejut kerana Tengku Rizqish tidak menimbulkan diri. Bergetar otak Aries melihat suaminya tidak mengeluarkan kepala di dalam kolam renang tersebut. "Eh abang mati ke ?" Terus Aries melompat menyelamatkan suaminya.
Boleh menang awards "isteriku iblis namun jiwanya malaikat" Aries yang berada di dalam air tersebut terus berenang mendekati suaminya. Dia yang melihat suaminya sudah ingin sampai ke dasar air kolam tersebut terus dia memeluk badan suaminya.
Aries yang pandai berenang itu terus membawa Tengku Rizqish ke atas air. Aries yang seperti hilang akal itu terus mengangkat suaminya sampai ke dasar air kolam tersebut.
Rexian yang baru sahaja pulang berasama Eline terperanjat melihat abangnya seperti lemas itu. "Wei Aries suami kau kenapa ?" Terus Rexian mendukung Tengku Rizqish meletakkan di sebelah Otylia dan Fateh.
"Ibu papa kenapa ?" Otylia sudah menangis.
Aries buntu apa kena buat ? Dulu masa mempelajari berenang bersama Dato Zamree dia hanya di ajarkan itu sahaja ? Dan tetiba Aries baru teringat dia kena melakukan cpr untuk mengeluarkan air di dalam badan suaminya.
"Rexian dengan Eline bawak Fateh,Otylia masuk dalam rumah aksi luar biasa aku kena buat dekat suami sendiri" eh lambat pulak sempat mati suaminya ini kalau banyak bercakap.
Dan akhirnya Aries menutupkan matanya itu dan terus melakukan aksi CPR untuk suaminya. Tengku Rizqish yang ingin tergelak itu hanya merelakan sahaja perbuatan isterinya.
Tengku Rizqish terus memegang leher Aries. Aries yang terperanjat itu terus membukakan matanya. "Abang tipu Aries ke ?" Terus dilepaskan tautan bibir tersebut. Hampir menangis Aries kerana takut kehilangan suaminya.
Tengku Rizqish terus membangunkan dirinya. Dia yang melihat Aries yang sudah menangis itu terus mengambil tangan milik Aries dan meletakkan tangan tersebut di jantungnya.
"Aries rasakan jantung abang ? Aries juga rasakan takut kehilangan abang ? Macam tulah abang masa Aries disahkan meninggal oleh Aydeen dan Eirvard, dua kali mereka tipu abang cakap Areis dah mati, Aries tak tahu time tu abang dah hilang semangat untuk teruskan hidup abang"
"Abang menangis setiap malam, abang amik baju Aries abang peluk baju Aries abang baca buku diari Aries untuk hilangkan rindu abang dekat Aries, sampai sekarang abang menyesal sebab buat Aries macam tu"
Tengku Rizqish terus mengusap dada Aries. "Tempat ni kan abang tumbuk Aries sampai Aries batuk berdarah tu ? Abang mintak maaf sayang mesti sakitkan dada Aries" Aries yang mendengarkan itu apa lagi makin lebat air matanya mengalir
"Abang Aries dah maafkan semua keasalahan abang, abang takda dosa dekat Aries ye, Aries takut kehilangan abang, Aries terlampau cintakan abang, abang segalanya untuk Aries kalau Aries ratu untuk hati abang, abang pulak raja di dalam hati Aries"
"Cinta dan hati abang Aries letakkan di tingkat tertinggi di dalam hati Aries kerana apa ? Kerana abang merupakan nyawa, raga, jiwa, dan kehidupan Aries, Aries pernah cakap dekat abang dulu perginya abang pergilah seluruh hidup Aries"
"Cukuplah Aries menderita sebab larikan diri dari abang 4 tahun hidup tanpa suami sakit bang" teresak-esak Aries di depan Tengku Rizqish.
Tengku Rizqish terus meletakkan dahinya di dahi Aries. Dicantumkan tanganya bersama Aries dan dilagakan hidungnya ke hidung Aries.
"Kerana cinta memerlukan dua hati untuk kekal sampai akhir nanti dan kerana cinta memerlukan dua hati untuk kekal sampai mati, ayat ni abang pernah cakap dulu kan ? Abang ulang balik untuk Aries"
"Kerana cinta Aries merupakan cinta teraggung di dalam hidup abang, terima kasih sayang sebab berikan cinta Aries dekat abang, abang harap cinta kita kekal sampai ke jannah, abang bimbing sayang untuk jadi ketua bidadari ye" terus mereka berpelukan.
"Ariete caro fratello" terus dia mencium dahi Tengku Rizqish. (Means Aries sayang abang)
"Amo anche amore" Dan Tengku Rizqish membalas balik ciuman Aries. (Means abang sayangkan Aries juga)
——————————
Ayat-ayat cinta yang diungkapkan oleh hunny bolehlah diberikan kepada pakwe makwe HAHAHAAH don't worry hunny girlfriend material always ungkapkan kata cinta kepada pasangan hunny 😭❤️
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Misterio / Suspenso𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...