Aynaries POV
Wanita yang baru sahaja melelapkan matanya itu, terperanjat mendengar namanya di panggil oleh seseorang. Dia Nur Aynaries Delisha dibesarkan oleh Mak Timah selepas seluruh ahli keluarganya di bunuh oleh seseorang.
"Hey perempuan kau bangun sekarang aku jerit macam nak mati kau tidur lagi!" Mak Timah yang masih bercekak pinggang itu terus mengambil kayu yang berada di sudut biliknya itu.
Kayu yang berada di tangan Mak Timah pula digunakan untuk memukul kepala Aries. Aries yang merasakan kesakitan itu terus tersedar daripada lenanya.
Aries yang merasakan kepalanya berdenyut itu hampir sahaja mahu menangis kerana tidak dapat menahan kesakitan yang dirasakan kali ini. Darah yang mengalir daripada hidungnya itu di kesat dengan perlahan menggunakan jarinya.
Badanya yang masih penat itu digagahkan juga untuk bangun dari pembaringan tersebut.
"Kenapa pukul kepala Aries maksu?" Air matanya sudah bertakung di tubir matanya.
"Kenapalah masa mak bapak kau mati kau tak ikut sekali. Takdalah aku kena jaga anak cacat macam kau ni." Aries hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja. Baru sahaja dirinya ingin berdiri perutnya pula ditendang dengan kuat oleh Mak Timah.
"Kau kena tahu selagi kau ada dekat dalam rumah ni. Selagi tu kau akan jadi hamba abdi untuk aku faham!" Terus dahinya ditunjal oleh Mak Timah. Pantas sahaja wanita itu meninggalkan Aries bersendirian di bilik tersebut.
Selepas sahaja dia melihat Mak Timah hilang daripada pandangan matanya. Tanpa dipinta air mata miliknya laju sahaja mengalir di pipi mulusnya itu. Apa kesalahanya sampai dirinya di hina oleh keluarga sendiri.
Kepalanya yang masih lagi berdenyut itu menyebabkan Aries terpaksa memejamkan matanya seketika. Semenjak dua menjak ini dia merasakan kepalanya kerap sangat berdenyut. Puncanya pula masih belum diketahui.
Aries terus menghelakan nafasnya. Mahu marah dia tidak pandai jadi lebih baik dia mendiamkan dirinya sahaja. Jam yang berada di dinding itu ditilik buat seketika. Ada lagi berbaki 5 jam sebelum waktu malam. Dia sudah nekad kalini dia harus pergi ke Hospital kalau tidak sampai bila kesihatannya ingin baik?
Dengan berbekalkan kekuatan. Aries terpaksa pergi ke Hospital untuk memastikan bahawa dirinya sihat. Risau juga kalau ada apa-apa yang berlaku terhadap organ dalamanya ini. Risau sekiranya dirinya mempunyai penyakit lain. Terus dia bersiap-siapa dan pergi ke Hospital tersebut.
Sampai sahaja dirinya di sana terus dia memasuki ke dalam Hospital tersebut. Tertera sahaja nama milik doktor "Shima" terus dirinya memasuki bilik itu.
"Doktor apa sebenarnya penyakit Aries?" Polos sahaja dia menyoalkan soalan tersebut.
Sudah hampir setahun Aries merasakan denyutan yang kuat di kepalanya tetapi dia sendiri tidak tahu apa puncanya. Harini dengan berbekalkan kekuatan dia berani untuk berjumpa dengan doktor milik keluarga angkatnya.
"Ikut aku kejap kita buat X-Ray ye." Lembut sahaja ucapan daripada doktor tersebut.
Selepas hampir 20 minit dia menunggu. Akhirnya keputusannya keluar. Shima yang masih lagi memegang kertas itu hanya mampu mengeluh sahaja. Benar-benar keputusan kali ini akan meruntunkan jiwa milik Aries.
"Doktor apa keputusannya."
"Aries apa-apa yang aku bagitahu dekat kau. Aku harap kau dapat terima dengan hati yang terbuka." Berat sungguh hatinya untuk memberitahu hal yang sebenarnya.
Aries pula sudah tidak tenteram. Kenapa apa yang berlaku?
"K-kau hidap barah otak Ries. Bukan tahap 1 lagi tapi dah tahap 3 kau tahu tak." Terus tubuhnya di usap dengan perlahan.
Tiada ucapan yang mampu dia berikan. Mulutnya seakan-akan terkunci mendengarkan jawapan tersebut.
" Ya allah " Seketika Aries merasakan dunianya seperti terhenti. Dia tidak menyangka yang penyakitnya ini boleh seteruk itu.
"Kau jangan risau selagi penyakit kau belum tahap 4. Kau masih ada peluang untuk kau teruskan hidup. Aku sarankan. Janganlah buat kerja berat sangat." Sempat dia menasihati Aries.
"Aku tahu Mak Timah selalu pukul kepala kau. Kalau boleh kalini kau elakkan ye. Kalau kau terus bagi dia hempuk kepala kau. Aku tak jamin yang kau boleh hidup lama." Aries hanya menangguk sahaja.
"Baiklah... Aries cuba." Terus dia memberikan senyuman kepada wanita itu.
"Jaga diri kau elok-elok Ries. Aku taknak apa-apa yang berlaku dekat kau. Jangan risau aku ada dengan kau sampai bila-bila jangan segan cari aku ye." Aries sudah berasa sebak. Ini kali pertama dia mendengarkan sebuah nasihat yang paling berharga dalam hidupnya.
"Aries mintak dulu. Ada rezeki jumpa lagi." Terus badan milik wanita itu dipeluk dan terus Aries meninggalkan Hospital tersebut.
———————————
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Misteri / Thriller𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...