Rizqish POV
Tengku Rizqish yang sedang menunggu kehadiran Aydeen menyebabkan jantungnya tidak keruan. Tengku Rizqish sendiri pelik kenapa jantungnya laju semacam. Dilihat Rexian sedang bercakap dengan seseorang.
Rexian mengucapkan syukur kerana mengetahui Aries masih lagi selamat. Namun dia tidak memberitahu kepada Tengku Rizqish bahawa isterinya masih hidup.
Agak mendebarkan hatinya apabila mengetahui Almond tahu rumahnya. Nasib baik sahabatnya Teuro bijak menggunakan akalnya. Teuro dapat detect Almond berada di sini semasa satelit milik Rexi bergema di markasnya.
Teuro sudah memberitahu Datin Medina untuk datang ke England untuk mengambil Fateh dengan Otylia. Datin Medina yang mendapat khabar itu terus datang ke sini bersama Eirvard.
Eirvard juga akan bersama bertarung dengan Almond cuma sekarang dia tengah menyorok dia tidak mahu mereka semua tahu Eirvard ada sekali.
Dapat dilihat kereta mewah masuk ke dalam markas tersebut dengan lambang evil. Tengku Rizqish hanya memberikan senyuman sahaja. Dia tahu bahawa sahabatnya sudah sampai.
Perkarangan rumah tersebut penuh dengan kereta apabila semua kereta sudah sampai ada sebuah kereta bewarna gold masuk ke dalam perkarangan rumah tersebut.
Dan semua agak pelik gerangan siapakah pemilik kereta tersebut. "Rexi tu siapa?" Rexian hanya menggelengkan kepala dia sendiri tidak tahu.
"Mungkin ahli baru yang dicakap oleh Aydeen tadi lah tu" dia baru teringat bahawa Aydeen ada memberitahunya bahawa ada seorang ahli mengikuti bertempur sekali.
Selepas meletakkan kereta Aries terus merasakan degupan jantungnya tidak normal agak berdebar sedikit.
"kau boleh Aries apa guna kau belajar dengan Dato Zamree takkan semata-mata padangan Tengku Rizqish kau dah cair" gila pandangan suaminya boleh membuatkan jantungnya berhenti. Hensem sungguh.
Dia keluar dengan penuh bergaya rambutya yang panjang itu diikat mengikut style yang sesuai untuk bertempur memang sangat cantik. Dengan badannya yang kurus memang boleh menggetarkan jiwa lelaki.
Tengku Rizqish hanya memandangkan sahaja perempuan yang keluar daripada kereta tersebut. Dia tidak dapat mengecam wajah tersebut kerana wanita itu memakai topeng.
Rexian hanya memandang sekilas perempuan tersebut tetapi dia agak pelik. Kenapa aura wanita ini lain daripada yang lain. Dirasakan aura dendam yang pekat dari wanita ini.
"Hello Rexian and Deinz" dihulurkan tangannya untuk bersalaman dengan lelaki tersebut dan mereka berdua menerima salaman itu.
Aries baru teringat cincin di tangannya itu tidak di simpan terus dia menarik cincin tersebut di jarinya dan di simpan di dalam poketnya.
Ayden menelan air liurnya dengan rasminya jawatan dia sebagai ketua sudah tiada. Sekiranya Aries kembali semula maka Aries merupakan waris kepada Evil.
Tengku Rizqish memang mengenali cincin di jari wanita itu tapi dia hanya mengedahkannya sahaja. Tidak berminat untuk tahu dengan lebih lanjut.
"aku ada pengumuman sikit" Tengku Rizqish dan Rexian memandang Aydeen dengan serentak."apanya" komen Rexian.
"mulai harini aku bukan lagi ketua untuk Evil wanita yang berada di depan kau ni pewari seluruh Evil"
Mereka yang mendengar apa yang Aydeen bicarakan tadi agak teperanjat. Siapa perempuan ni? Ada yang berbisik pasukan Elite pun agak terkejut.
Lagi-lagi Rexian dan Tengku Rizqish dah gila ke apa nak serahkan tittle dekat perempuan ni? "siapa betina ni? Kenapa kau suka hati bagi tittle dekat dia" marah Tengku Rizqish
Ayden hanya memandang wajah milik Aries. Aries tahu yang Aydeen mula takut. Apa lah nak jadi pembunuh pun penakut.
"aku akan bagitahu kau nanti, dah takda masa nak bertekak macam orang bodoh dengan kau Deinz" sinis suara Aries. Dia sudah mendapat dosa free menaikkan suara di depan suaminya.
Tengku Rizqish hanya memerhatikan sahaja mata milik wanita itu. Blue Hazel? Siapa dia?.
Rexian yang daripada tadi perasaan yang Tengku Rizqish hanya memandang wanita tersebut terus memanggil abangnya itu.
"ada sebab lah tu kenapa Aydeen bagi dia kau jangan nak marah sangat Deinz" lembut suaranya.
Aries terus melangkah untuk masuk ke dalam rumah itu. Tiada lagi adab yang sopan milik seorang Aries. Dia tidak mahu semua mengetahui bahawa seorang wanita yang polos ini sebenarnya angel yang bertopengkan evil.
"sial takda adab betul perempuan ni" marah Tengku Rizqish.
Mereka semua terus masuk ke dalam rumah tersebut berkumpulah seluruh umat Elite dan Evil. Ketua mereka semua berada di posisinya sekarang.
Tengku Rizqish duduk bertentangan dengan Aries. Siapa wanita ini? Kenapa dia berasa tidak sedap hati.
"Kau kenapa pakai topeng perempuan?"
Aries yang baru sahaja ingin bangun itu terperanjat di panggil oleh Tengku Rizqish. "ada masalah ke aku pakai topeng? Susahkan hidup kau ke Deinz" tinggi suaranya.
Aries yang lembut itu sudah tiada lagi yang ada sekarang hanya Aries yang kasar. Terus dia meninggalkan Tengku Rizqish. Ada benda yang perlu dia lakukan.
"kau jangan nak berlagaklah aku belum habis cakap dengan kau perempuan!!" dihentaknya meja tersebut.
Main kasar suaminya ini. Aries terus memusingkan badanya dan membaling pisau yang berlambangkan evil di depan Tengku Rizqish.
Mereka semua terperanjat dengan apa yang dilihatnya. Gila perempuan ni lain macam betul.
" tu nasib baik pisau tu selamat mendarat dekat kerusi kau, kalau kau gerak sikit mungkin mata kau dah buta" terus dia berjalan kembali dan meninggalkan semua.
Tengku Rizqish terus mendengus kasar. Belum pernah ada perempuan yang menaikkan suaranya. Mood dia terus bertukar jadi api. "aku kenal kau siapa mati kau aku belasah" nekadnya.
Tapi dia tidak tahu wanita yang berada di depannya ini merupakan isterinya. Kalau dirinya tahu bahawa Aries masih hidup mesti Tengku Rizqish akan menjadi gila.
Aries mengikuti bunyi detakan sesuatu dari dalam semak tersebut. Dapat dilihat ada satu titik bewarna merah yang terang berada di situ. Dia terus menekan punat di telinganya.
"Pedro kau tengok dari atas ada apa dekat sini ke"diberikan information kepada Pedro. Pedro terus melakukan kerjanya. Dia tidak berani dekat ada sesuatu yang merarik perhatianya.
Pasukan Evil mempunyai ramai anggota yang berkemahiran dan Aries juga salah satu ketua yang mahir menggunakan semua alatan itu. Kalau setakat nak tembak baginya mudah.
Dia simpan semua rahsianya sehingga tidak pecah. Dia ada sebab kenapa ingin membunuh Almond dan Marco bukan setakat kerana dendamnya tetapi disebabkan dia pernah kehilangan benda berharga disebabkan itu dia ingin mengambilnya kembali.
"Kau tunggu aku rampas balik benda tu memang mati kau Almond"
————————————
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Mistério / Suspense𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...