Tengku Rizqish POV
Kehadirannya yang secara tiba-tiba itu mengejutkan rakan-rakannya. Sudah lama Tengku Rizqish tidak melihat syarikatnya ini kerana dia menjaga Aries yang koma selama 3 bulan.
"Eh Riz selamat datang ke syarikat Fioreish" Tersenyum girang Ziyan melihat Tengku Rizqish patutlah dah lama tak nampak. " Rupanya lelaki ini menjaga permaisuri yang sedang sakit.
"Kau perli aku ke Ziyan ?"
Tengku Rizqish yang masih berdiri itu terus berjalan ke mejanya untuk mengambil surat peletakkan jawatan dari pekerjanya. Agak terperanjat dirinya apabila salah satu staf terbaiknya ingin berhenti kerja.
Tengku Rizqish terus membuka sampul surat tersebut dan membaca isi kandungan yang ditulis oleh Carlen. Terasa sedih pula hatinya membaca isi kandungan itu.
"Bila Carlen letak surat ni." Tanya Tengku Rizqish kepada Ziyan.
"2 hari lepas dia kata dia tak boleh nak jumpa kau jadi dia terpaksa berhenti awal." Kesian juga apabila mendengarkan bahawa ibu Carlen jatuh sakit kerana serangan jantung.
"Nanti kau mintak number account bank Carlen aku nak transfer duit dekat dia. Sekurangnya dia boleh gunakan duit tu time terdesak."
Ziyan yang mendengar arahan itu terus menelefon Carlen. Nampak di sini walaupun Tengku Rizqish agak bengis namun kebajikan pekerja dijaga dengan baik. Tu baru dengan staf cuba bayang kalau dengan isteri mesti dia jaga isteri dia dengan baik.
"Wei aku nak cakap something ni." Danny yang datang tanpa memberi salam itu terus menerjah bilik kerja Tengku Rizqish.
"Aku pun nak cakap something juga." Masing-masing melihat antara satu sama lain. Mana satu nak cakap dulu kalau dua-dua nak cakap ?" Riz kau cakap dulu baru aku cakap" Kata Danny.
"Aku jemput korang datang majlis kawin aku lusa ni." Walaupun majlis yang akan dilakukan tersebut hanyalah kecil-kecilan namun dia tetap akan menjemput kawan-kawanya.
"Jangan nak hebohkan tentang perkahwinan aku, aku dapat tahu ada manusia yang tak amanah yang sebarkan perkahwinan aku jangan tanya kenapa aku bunuh kau." Tegas suaranya kalau tidak diberikan amaran mulalah mulut nanti macam murai.
Mereka bertiga yang mendengar bahawa Tengku Rizqish ingin berkahwin terus meletus ketawa mereka "HAHAHAHAHA tulah kau siapa suruh sangat benci Aries kan dah jadi bini."
Tengku Rizqish yang mendengar perkataan tersebut terus melemparkan filenya ke muka Iyan. "Kalau kau rasa taknak datang silakan aku tak paksa." Seketika dia merasakan seperti ada api di dalam hatinya.
"Kau tak panas ke ? Aku rasa macam ada bau-bau manusia yang tempah nerakalah." Terus mereka bertiga diam hilang terus gelak sakan mereka. "Nak gurau sikit pun tak boleh tak payahlah kasar sangat nak jadi suami orang kan".
Hampir sahaja cawan yang berada di tangan Tengku Rizqish mengenai kepala Danny "Tu kalau kena memang bocor otak kau" Rengus dirinya.
"Huh yang kau Danny kau nak cakap apa ?" Seketika dia merasakan ada sesuatu aura yang tidak kena pada Danny. Tengku Rizqish yang sedang mencicip air kopi itu hanya sabar mendengarkan apa yang ingin dikatakan oleh Danny. Air ni apasal panas semacam.
"Almond is back capisce gia la posiziona dell Aries" Suaranya agak tenggelam apabila menyebut nama tersebut (means Almond dah tahu kedudukan Aries)
Air yang berada di tangan Tengku Rizqish betul-betul tersembam elok mengenaii bajunya. Akibat terperanjat hampir sahaja air yang panas itu mengenai kulit tanganya.
"What. Stai trufanndo !" M-cam mana dia boleh hidup !! (Means kau tipu aku kan !"
"Aku tak tipu kau ive got the email from someone dia bagi amaran dekat aku suruh tengokkan Aries."
"Macam mana dia tahu kedudukan Aries ?!" Hampir sahaja cermin yang berada di dalam biliknya itu ditumbuk. Nasib baik Ziyan dapat mengawal Tengku Rizqish supaya tidak melakukan perkara tersebut.
"Jaga Aries baik-baik. Kau tahu kan kalau Aries dah jatuh dekat tangan Almond kau dah takda peluang nak dapatkan dia."
Tengku Rizqish bagaikan hilang arah sekuat mana pun dia namun kekuatan Almond membatasi segalanya. Dia terpaksa merencanakan sesuatu supaya Aries tidak jatuh ke tanganya.
———————————-
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Tajemnica / Thriller𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...