Mia mendekati Hud dan Wallif yang sedang duduk di kerusi meja makan. Dah masanya untuk makan malam. Mia mencari kelibat Tok Aki namun tak kelihatan.
Mia duduk di kerusi sebelah Hud.
"Mana Tok Aki?" Tanya Mia pada Hud.
"Tok Aki dekat ruang tamu, tengok tv." Jawab Hud.
"Tok Aki dah makan ke?" Tanya Mia lagi.
"Dah tadi, sayang makanlah." Kata Hud lalu tersenyum, menampakkan gigi arnabnya.
"Mia.. Tak lapar." Jawab Mia lalu dia melihat ke arah Wallif.
"Nanti mama sakit perut.. Mama makanlah." Wallif bersuara.
"Tak apa. Mama ok, mama tak lapar. Klau mama makan nanti mama muntah pula." Jawab Mia. Hud tak paksa Mia sebab dia tau nanti Mia lapar lah tu tengah malam.
"Ok baik mama." Jawab Wallif pasrah.
~°~
"Oyang." Wallif memanggil Tok Aki lalu duduk di sisi Tok Aki. Saat itu mereka sedang duduk di sofa ruang tamu.
"Kenapa?" Tanya Tok Aki.
"Pakcik Harris kata Oyang Ada gitar. Betul ke Oyang ada gitar? Pagi tadi Wallif tengok pakcik Harris main gitar, Wallif nak belajar main gitar juga macam pakcik Harris." Jelas Wallif panjang lebar.
Tok Aki terus teringat zaman mudanya. Dulu dia suka bemain gitar, lagu P.Ramlee dan banyak lagi.
"Ada dekat dalam Almari Oyang. Tapi kamu tu masih kecik. Bahaya nanti tali tu putus pula sebab dah lama." Kata Tok Aki.
"Baiklah.. Tapi, Oyang mainkan boleh? Wallif nak tengok. Wallif suka gitar." Rayu wallif. Dua telapak tangan dilekatkan menjadi satu. Wallif buat muka sedih.
"Kenapa ni Tok?" Tanya Hud yang tiba tiba saja datang.
"Wallif ni, nak Tok main gitar. Tok ni dah tua. Dah tak campion macam dulu." Kata Tok Aki dengan wajah tak ada perasaan.
"Tapi.. Wallif nak dengar.. Pakcik Harris main gitar hebat sangat. Wallif suka.. Baba pandai ke main gitar?" Tanya Wallif.
"Harris.." Tiba-tiba Hud rasa tercabar. Kalau sehari Wallif tak sebut nama Harris, tak sah.
"Mestilah baba pandai." Jawab Hud dengan tenang, padahal dalam hati tuhan saja yang tau.
"Wallif nak tengok baba!" Wallif kelihatan teruja.
Hud pergi ke bilik Tok Aki lalu mengambil gitar yang dimaksudkan Tok Aki.
Saat itu, Mia sudah ada di ruang tamu. Mia duduk di sebelah Wallif dan Tok Aki. Manakalah Hud pula duduk di sofa hadapan mereka.
Hud memegang gitar itu.
"Terbalik tu. Budak ni pun." Kata Tok Aki secara tiba-tiba.
"Yaa... Sorry sorry." Hud tersenyum kelat.
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomanceAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...