Kelihatan Mia mendekatiku, saat itu aku sedang duduk di sofa ruang tamu.
"Hud tak kerja ke harini?" Tanya Mia lalu tersenyum.
"Tak.." Jawabku singkat. Aku terus naring di sofa. Entah kenapa harini aku rasa pelik.
"Kenapa?" Tanya Mia. Kini dia sudah berdiri di depanku.
"Hud Malas.." Jawabku singkat lalu aku duduk kembali. Entah kenapa harini aku rasa malas sangat. Susah nak jelaskan.
"Hud.." Panggil Mia lagi.
"Hmm.. " Aku melihat ke arah Mia. Tiba-tiba aku terlihat Milo pergi ke arah kami. Comel pulak Milo harini.
"Milo.." Panggilku. Milo terus pergi ke arahku.
Aku mengusap badan Milo. Waa, Milo tak menakutkan seperti yang aku sangka selama ni.
"Mia nak tanya sesuatu.. " Kata Mia lalu Mia duduk di sebalahku.
"Apa?" Tanyaku pada Mia.
"Hud sayang Mia?" Tanya Mia dengan tiba-tiba.
"Hm? Kenapa ni Mia?" Tanyaku pelik. Mia memang jarang tanya soalan tu pada aku sebelum ni.
"Jawab jelah.." Katanya pelan.
"Entah." Jawabku. Aku terkejut lalu menekup mukutku. Apa aku dah cakap?! Aku dah kenapa ni?
Tiba-tiba Mia menangis. Apa yang aku dah buat ni?! Knapa aku cakap macam tu pada Mia? Hud kau dah gila ke?!
"Hey, i'm just kidding. Of course i love you! Hud sayang Mia." Aku terus menarik Mia ke dalam pelukanku. Aku mengusap belakang Mia dengan pelan.
Aku tak sangka, aku baru saja buat Mia menangis.
"Tapi Hud kata entah.." Kata Mia pelan.
"No, i'm Just kidding.. I love you so much.." Pujukku. Aku meleraikan pelukanku lalu aku melihat wajah Mia. Mia terus mengesat air matanya yanh mengalir di pipi.
"What's wrong? Kenapa dengan Mia beberapa harini?" Tanyaku. Mia masih mendiamkan diri. Aku juga tidak tau kenapa aku berkelakuan pelik.
"Mia, say something. Im so sorry.. Tadi Hud tak bermaksud pun nak cakap macam tu.." Kataku. Aku rasa teruk, aku dah buat Mia nangis. Suami jenis apalah aku ni.
"I'm pregnant.." Kata Mia setelah lama mendiamkan diri.
"Wh.. What?!" Aku terkejut.
"Yaa." Dia melihatku, pandangan kami bertemu. Kening dan pipinya sudah bermerah kerana nangis.
Aku hanya mampu mendiamkan diri sambil melihatnya dengan wajah terkejut. Aku tak tahu nak kata apa.
"Hud tak happy ke?" Tanya Mia.
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomanceAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...