Today i have to meet Mia at the garden. It's our private garden.
"Hud.." Kedengaran suara Mia memanggil namaku. Aku melihat ke arahnya. Frozen Elsa? Tak ada gaya rambut lain ke? atau aku patut nyanyikn aje lagu let it go waktu perkahwinan kami nanti?
"Dah lama sampai?" Tanyaku lalu menghadiahkan senyuman termanisku pada Mia.
"Kan Mia baru aje panggil nama Hud, maksudnya Mia baru sampai lah." Jelas mia. Ya tak ya juga.
"Duduklah." Aku mempelawa Mia duduk di bangku panjang yang bercat kuning pink itu. Tak ada cat warna lain ke? Ni mesti idea mama.
"Tak nak lah, Mia nak pergi kolam teratai." Kata Mia. Mengada betul lah Mia ni. Orang suruh duduk tu, duduk jelah.
"Okey.." Balasku lalu tersenyum kelat.
"Jom.." Elsa tersenyum. Baik aku panggil aje dia Elsa, feel disney sikit.
"Jom.." Aku tersenyum lalu memegang tangannya. Mia terus menarik tangannya dari genggaman tanganku.
"Mana boleh pegang tangan. Kita baru bertunang, mama awak tak bagi tahu ke? Kita ni bukannya mahram." Deep. Aku bagaikan terpukul oleh kata-kata Mia.
"Ma.. Maafkan Hud." Aku menggaru leherku yang tidak gatal.
"Tak apa, lepasni jangan ulang lagi." Pesan Mia sebelum berlalu pergi meninggalkan aku.
"Tunggu lah Hud! Elsa!" Aku terus menekup mulutku. Mataku membulat. Aku terpanggil dia Elsa.. Nahaslah aku! Eh? Kenapa aku nak takut dengan dia?
"Hud panggil Mia Elsa?!" Mia mengerutkan dahinya. Dia kelihatan marah, macam nak terkam aku pun ada.. Seram..
"Tak lah, mana ada..." Aku cemas dan mula mendekatinya.
"Jangan dekat! Nanti Mia tumbuk Hud!" Mia mengundur selangkah demi selangkah. Kalau Mia tumbuk aku pun mesti tak sakit kan.
"Tak.. Hud Cuma.." Aku cuba untuk mendekatinya.
"Apa?! Kenapa panggil Mia Elsa? Mia tak suka Elsa! Mia suka Anna." Macam tu pulak.
"Hud nak kata kat situ ada.."
BUSHH!
Belum sempat aku menghabiskan kataku. Mia sudah terjatuh ke dalam kolam.
"Ada kolam." Aku menghabiskn kataku.
"Tolong Mia! Mia tak pandai bere.. Nang!! " Mia menjerit.
Tipu lah.
Aku hanya memandang saja. Akhirnya Mia tenggelam ke dalam kolam. Nak tipu aku lah tu.
"Mia?" Tanpa memikirkan apa-apa lagi. Aku terus terjun untuk menyelamatkan Mia lalu membawa Mia naik ke darat.
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomanceAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...