Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri.
"What are you doing?" Tanya Mia.
"I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia.
"Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...
"Hud, Mia risaulah." Kata Mia. Mia berdiri di sisi Hud sambil melihat ke arah Hud yang sedang memotong bawang. Hud memakai Apron yang berwarna biru muda.
"Tak apa. Harini biar lelaki yang masak, kan Wallif." Hud melihat Wallif. Petang itu Hud memberi cuti pada pembantu rumah kerana harini dia ingin masak untuk Mia dan Wallif.
"Ya!" Sahut Wallif. Dia membetulkan Apron kuningnya itu. Wallif juga sudah memakai apron kecil. Mia tak tau bila Hud beli apron tu.
"Okey, Wallif hati-hati." kata Mia risau.
"Baik mama.." Jawab Wallif lalu tersenyum.
Wallif hanya melihat saja Hud memotong bawang. Mia pun terus pergi ke meja makan.
"Baba pandai masak ke?" Tanya Wallif.
"Tak, tapi Baba dah belajar dari Nenda haritu. Kenapa? Wallif takut masakkan Baba tak sedap ke?" Tanya Hud lalu tersenyum ke arah Wallif.