"Apa?! Mia masuk hospital?!" Mama jerit tak tentu pasal.
"Yaa." Jawabku ringkas. Malas nak layan. Aku dah agak yang mama akan membebel harini.
"What did you do?!" Wajahnya kelihatan merah menahan marah. Aku pula hanya memandangnya dengan wajah tenang.
"Nothing.. Mia yang jatuh sendiri.. Hud tak buat apa-apa yang salah. Dah bagus dah tu Hud bawak dia pergi hospital." Entah kenapa mood aku tak berapa nak bagus harini. Mungkin sebab cuaca panas, atau sebenarnya disebabkan suara mama yang bising.
"Pergi jenguk Mia." Tiba-tiba Papa menyampuk, entah dari mana papa muncul. Macam hero the flash. Dasyat betul papa ni.
"Why should i?" Aku pun terus berbaring di sofa ruang tamu. Kenapalah mama dan papa ni suka sangat mengarah aku. Aku tahulah aku ni kacak. Ehem.
"Dia bakal isteri Hud kan." Jelas papa. Isteri lah sangat. Tapi betul juga apa yang papa kata tu.
"Yelah, Hud pergi lah ni." Aku pun terus bangun lalu mencapai kunci kereta.
~°~
Aku mengetuk pintu bilik rawatan Mia sebelum masuk ke dalam. Kelihatan Puan Shila sedang duduk di kerusi tepi katil Mia.
"Assalamualaikum.." Aku memberi salam pada Puam Shila.
"Waalaikumsalam, masuklah Hud." Puan Shila membenarkan aku masuk.
"Terima kasih.." Kataku sebelum menutup kembali pintu bilik rawatan Mia. Kelihatan Mia sedang duduk di katil hospital sambil menyelimuti kakinya. Dia melihat ke arah tingkap kaca. Apa agaknya yang Mia fikirkan?
"Duduklah kat sini.." Puan Shila membenarkan aku duduk di kerusi tepi katil Mia.
"Ya.. Aunty." Kataku dengan teragak-agak.
"Sebenarnya Aunty ada meeting harini, boleh tak tolong temankan Mia? Nanti malam Aunty pergi sini.. Boleh tak Hud?" Pinta Puan Shila dengan penuh berharap.
"Ah.. Okey.. Tak ada masalah Aunty.." Aku tersenyum paksa. Ni semuanya sebab papa, tak pasal-pasal aku teman Mia dekat sini.
"Aunty pergi dulu ya. Sayang, mummy pergi dulu.." Puan Shila mencium dahi Mia yang sedari tadi mendiamkan diri sebelum berlalu pergi meninggal kami berdua.
Aku duduk di bangku tepi katil sambil memandang ke arah Mia. Sedari tadi Mia tidak berkata apa-apa. Mia marahkan aku ke?
Sebenarnya aku kekok juga.. Tapi buat-buat tenang je lah.
"Mia?" Panggilku pelan. Namun Mia tetap mendiamkan diri sambil melihat ke arah tingkap kaca yang berada di sebelah kirinya. Aku kerutkan dahi.
"Mia sakit ke?" Tanyaku risau. Eh, aku tak risau pun sebenarnya.
"Mum.." Kedengaran suara Mia dengan perlahan.
"Mum? Ape tu?" Tanyaku pelik.
"Mumm.. Mummyy!" Mia sudah menangis teresak-esak macam budak tadika tak dapat lollipop. Tanganya menumbuk-numbuk bantalnya. Aku pun terus berdiri dan memegang tangannya.
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomanceAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...