Jam sudah menunjukkan angka 3:40 pagi. Tiba-tiba Mia terjaga dari tidurnya. Peluh sejuk mengalir di dahinya. Mia terus menggenggam tangan kiri Hud dengan kuat.
"Mia.." Hud terjaga lalu melihat ke arah Mia. Wajah Mia kelihatan cemas.
"Mia." Panggil Hud lagi. Namun masih tiada sahutan dari Mia. Mata Mia melihat tepat ke arah pintu bilik yang tertutup rapat.
"Mia.. Kenapa ni?" Hud memegang tangan Mia. Mia masih diam.
"Mia sayang.. Dah.. Tido sayang." Hud memeluk Mia lalu mengusap rambut Mia seperti mengusap rambut bayi.
"Mia mimpi buruk.." Mia membalas pelukan Hud.
"Mimpi je sayang." Hud mengusap belakang Mia.
"Ya.." Kata Mia seakan-akan berbisik.
"Mia mimpi apa?" Tanya Hud. Hud tiba-tiba nak tau Mia mimpi apa. Selama ni kalau Mia mimpi buruk, Hud tak nak tau mimpi apa. Sebab Hud tau mimpi buruk yang Mia maksudkan tu adalah mimpi seram.
"Mia mimpi hantu pontianak.. Dia dekat pintu bilik." Jawab Mia. Hud melihat ke arah pintu bilik, dia telan air liur. Menyesal pula Hud tanya.
"Dah.. Hud ada." Jawab Hud, walaupun takut, dia tetap harus nampak berani depan Mia.
"Hud penakut." Kata Mia pelan. Hud tersenyum.
"Tak adelah. Mana ada Hud takut." Kata Hud.
Mia mendiamkan diri.
"Dah.. Jom sambung tido." Hud memejamkan matanya. Berdegup juga jantungnya saat Mia sebut pontianak tadi. Tapi Hud cuba lawan perasaan takut tu. Ya allah Hud, bila lah nak berubah agaknya.
"Dah jangan takut." Kata Mia setelah lama mendiamkan diri.
"Siapa takut?" Tanya Hud.
"Hud lah." Jawab Mia.
"Macam mana Mia tau Hud takut?" Tanya Hud. Dia mencelikkan matanya.
"Mia dapat dengar degupan jantung Hud. Kuat sangat." Mia tergelak kecil. Apa tidaknya, telinganya berada di dada Hud saat ini.
"Hud tak takut.." Hud hanya mampu tersenyum.
"Yelah tu.. Jom tido." Mia mengeratkan pelukannya.
"I love you.." Kata Mia. Hud tersenyum menampakkan gigi arnabnya.
"Love you more and more and more and more." Balas Hud. Mia tergelak. Mia dah semakin manja. Hud memeluk erat tubuh isterinya.
"Boleh tak Hud panggil Mia sayang?" Tanya Hud. Namun tiada sahutan dari Mia.
"Mia?" Panggil Hud. Hud memandang wajah Mia. Kelihatan rona merah di pipi Mia. Mia blushing?
"Boleh tak Hud panggil Mia sayang?" Tanya Hud lagi. Akhirnya Mia mengangguk. Hud tersenyum menampakkan gigi arnabnya.
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
عاطفيةAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...