S2 [14] Just Ok?

9.4K 501 8
                                    

Mia POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mia POV

Aku duduk di kerusi meja makan. Harini aku sarapan pagi seorang diri. Aku mengeluh kecil, sunyi rasanya bila Tok Aki dah pergi kebun belakang rumah. Tok Aki selalu buat aku risau. Bila lah Tok Aki nak berehat aje kat rumah yaa?

Wallif pula dah pergi ke rumah Umie. Aku terpaksa sarapan sendiri sebab pagi tadi masa Wallif dan Tok Aki sarapan, aku takde selera. Sekarang makan seorang lah jawabnya.

Hud pula kat ruang tamu, dia video call dengan Rikki. Rikki tu adalah PA Hud. Bila lah Hud tak sibuk yaa?

Tiba-tiba bahuku dipegang dari belakang. Aku terus berpaling ke belakang kerana terkejut. Kelihatan Hud tersenyum sambil memandangku. Terserlah gigi arnabnya yang putih.

"Termenung lagi." Kata Hud lalu duduk di kerusi yang berada di sebelahku. Hud memegang tangan kiriku lalu mencium tanganku.

"Mia sunyi." Jawabku jujur. Sepotong roti kecil aku masukkan ke dalam mulut. Hud mencium pipiku sekejap.

"Janganlah, nanti Tok Aki nampak macam mana?" Tanyaku.

"Mia comel sangat waktu makan." Hud mencubit pipiku. Aku menepis tangan Hud, sakitnya pipi aku. Hud tergelak kecil.

"Hud nak tunjuk sesuatu pada Mia." Kata Hud lalu memberikan handphonenya kepadaku. Kelihatan chat Hud dengan seseorang di aplikasi whatapp.

JENNY:
What?! Isteri u percaya dengan semua tu? Oh my god Hud! She's so cute!

HUD:
This is not funny Jen. Mia marah sangat. Jen please jangan buat macam tu lagi. Mia pregnant tau. Mia tak boleh terkejut macam tu.

JENNY:
What?! Isteri u pregnant?! Oh my god! Hud im so sorry... I tak sangka semuanya akan jadi macam ni. I cuma bergurau. I nak bagi tahu isteri you yang i cuma prank dia. Tapi isteri you dah block I. Hud, I menyesal sangat..
:'( Padahal niat I cuma nak berkawan dengan isteri you.

HUD:
It's ok. Semua dah ok sekarang. Cuma saya akan bagi Mia baca chat ni. Saya tak nak Mia fikir yang bukan-bukan lagi lepasni. Saya tak pernah curang.

JENNY:
Hud i'm so sorry. Mia, if you read this right now. Ni I Jenny. I kawan Hud. I dengan Hud tak ada apa-apa. Dan i nak bagi tau you yang i tak pernah nampak pun Hud bercinta waktu kami study sama-sama dulu. You bertuah sangat sebab dapat suami macam Hud. Actually i pun dah ada suami. I dah ada seorang anak tau. Just like you and Hud. Mia tahniah!! IM SO SORRYY!!

Aku memandang ke arah Hud. Hud memelukku lalu meletakkan kepalanya di bahuku. Kebelakangan ni Hud kuat bermanja. Mungkin sebab aku pregnant ke? Atau macam mana?

"Mia.. Hud sayang Mia sangat-sangat." Kata Hud pelan. Aku membalas pelukan Hud. Tiba-tiba aku rasa bersalah dengan semuanya. Semua yang dah terjadi. Aku tak jaga Hud waktu Hud sakit haritu dan yang paling teruk sekali, aku tak percayakan Hud.

"Maafkan Mia sebab Mia tak dapat jadi isteri yang terbaik untuk Hud dan mama yang terbaik untuk Wallif. I'm so sorry because i don't trust you." Tiba-tiba air mataku mengalir di pipi. Hud mengeratkan pelukannya.

"Ok." Jawab Hud pelan.

"Just ok?" Tanyaku pelik. Just ok? Hud tak marah?

"Mia.. Please don't ever say that again. Hud bukannya sweet talker but without you, Hud tak akan tahu erti cinta sebenar. You're the best thing that happend in my life.." Kata-kata Hud membuatkan air mataku mengalir dengan lebih deras. Ya allah, aku bersyukur kerana engkau telah menghadirkan Hud dalam hidup aku. Demi Allah, aku mencintai Hud dengan setulus hati.

"Are you crying?" Hud meleraikan pelukannya. Dia memegang kedua pipiku.

"Hey.. Stop crying.." Hud mengesat air mataku menggunakan ibu jarinya. Aku hanya mampu mengangguk.

"Say something." Hud memandang tepat ke bebola mataku.

"I'm so sorry." Hanya itu yang mampuku katakan saat ini.

"Mia tak ada buat salah dengan Hud.." Hud mengesat lagi air mataku yang tak henti-henti mengalir. Aku menarik hingusku. Hud tersenyum melihat gelagatku.

"Mia sayangkan Hud!" Aku terus memeluk Hud dengan erat. Aku menangis semahunnya di dada Hud. Aku dapat rasakan tangan Hud mengusap belakangku. Sekarang aku berkelakuam seperti budak kecil.

"I love you.. Forever and always.." Kata Hud pelan seakan-akan berbisik. Aku mengeratkan pelukanku.

"Dah lah tu, nanti Tok Aki nampak macam mana?" Tanya Hud. Aku tahu Hud ejek aku. Aku terus mencubit pinggang Hud kerana sakit hati.

"Ah!" Jerit Hud. Aku tersenyum. Padan muka.

"Mia tak peduli kalau Tok Aki nampak." Kataku dengan tegas. Hud tergelak kecil.

"My wife is back." Hud membalas pelukanku.

"Mia nak makan." Kataku. Hud pun terus meleraikan pelukannya.

"Hud pun belum sarapan lagi." Kata Hud. Aku fikir Hud dah sarapan dengan Tok Aki dan Wallif tadi.

"Kenapa?" Tanyaku.

"Sebab Hud nak sarapan sama-sama dengan Mia." Jawab Hud. Aku tersenyum.

"Kejap, Mia sediakan sarapan untuk Hud." Kataku. Pagi tadi Hud sudah membeli nasi lemak dan goreng pisang di warung Pak Samad. Tapi aku hanya makan roti kering kerana nak diet.

"Tak apa, Hud boleh buat sendiri." Kata Hud lalu berdiri dari duduknya. Aku hanya tersenyum sambil melihat ke arah Hud. Hud mengambil pinggan lalu meletakkan nasi lemak ke dalam pinggan.

"Kenapa Mia makan roti je?" Tanya Hud.

"Sebab Mia tak lapar." Sebenarnya aku lapar juga. Hud hanya mendiamkan diri.

Tidak lama selepas itu, Hud duduk kembali di sebelahku. Hud meletakkan pinggan di atas meja.

"Hud suap Mia nak?" Tanya Hud. Aku hanya menggeleng.

"Makanlah Mia." Hud pun menyuakan sesudu nasi lemak ke mulutku. Aku terpaksa makan juga.

"Sedapnya!" Nasi lemak Pak Samat memang terbaik! Hud tergelak kecil.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now