[15] I Think I'm..

27.5K 1.3K 41
                                    

"Hud

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hud.. " Mia memanggilku. Ketika itu aku sedang duduk di pangkin yang berada di depan pokok mangga, my best place. Jam sudah menunjukkan angka 4:20 petang.

"Hmm.." Jawabku malas. Mi mendekatiku lalu duduk di sebelahku.

"Harini Harris balik kampung!" Katanya dengan nada ceria.

"Ouh.." Kataku bersahaja.

"Hmm?" Mia melihatku dengan wajah yang pelik.

"Kenapa?" Tanyaku lagi.

"Tak ada lah.." Katanya lalu terus meninggalkanku.

"Bila dengan Harris Mia mesti gembira. Bila dengan aku, memang tak lah.." Kataku sendiri.

"Hud.." Kini Tok Aki pula yang memanggilku. Kelihatan Tok Aki berjalan ke arahku.

"Tengok apa yang Tok Aki jumpa ni." Kata Tok Aki lalu memberikanku satu balang kaca yang isinya di penuhi surat kecil yang dilipat.

"Apa ni Tok?" Tanyaku pelik. Aku tak pernah tengok balang tu sebelum ni.

"Ini balang kamu, kamu bacalah apa yang kamu tulis dulu, Manalah tahu kamu boleh ingat balik memory lama kamu." Kata Tok Aki. Kini aku tertarik dengan balang itu. Mungkin semua persoalan akan terjawab.

"Terima kasih Tok.." Kataku lalu tersenyum. Kini balang itu bertukar- tangan. Tok Aki pun meninggalkan aku.

Aku baru teringat, pagi tadi Tok Aki sibuk mengemas stor lama di rumah. Nak jadikan bilik tetamu katanya. Aku ada juga bantu Tok Aki tapi aku tak perasan pula dengan balang kaca ni.

"Wow.. Banyaknya yang perlu aku baca.." Kataku sendiri. Aku meletakkan balang kaca itu di atas ribaku. Aku membuka penutup balang itu lalu terus membaca surat yang pertama.

January 13:

Saya rasa, saya sukakan Mia.. Saya sukakan dia sebab dialah perempuan yang paling berani yang saya pernah kenal selepas MAMA saya.

"Waa.. So this is about Mia.. Mungkin semua kertas ni tentang Mia.." Kataku sendiri. Aku tergelak kecil. Kemudian aku meneruskan pembacaanku.

Tapi saya rasa Mia tak sukakan saya. Walaupun saya seorang budak yang kacak..

"Yaa.. You right.." Kataku lagi.

Harris.. Saya tak sukakan Harris, Sebab dia pun sukakan Mia! Saya takkan kalah dengan dia! Saya sukakan Mia.. Dan saya akan buktikannya.

"Dah habis.." Aku pun mencari surat yang bertarikh 14 January..

January 14:

Mia.. Saya tak tahu dia tolak cinta saya atau tak. Dia cuma cakap macam ni - "Awak dah gile ke?"

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now