S2 [26] Kalau Dah Jodoh

2K 128 1
                                    

Jam sudah menunjukkan angka 9 malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam sudah menunjukkan angka 9 malam. Kelihatan Tok Aki, Hud, Mia dan Wallif sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menonton tv.

Setiap malam mereka berempat akan berkumpul di ruang tamu untuk menonton tv bersama.

"Harini Wallif buat apa je dekat rumah Nek Umie?" Tanya Mia pada Wallif. Wallif yang sedari tadi bermain dengan legonya terus melihat ke arah Mia.

"Harini Wallif buat layang-layang, lepastu Wallif main dengan pakcik Harris dekat tepi pantai." Jawab Wallif dengan nada teruja. Mia tersenyum.

"Baba pandai main layang-layang?" Tanya Wallif pada Hud.

"Baba tak pandai." Jawab Hud jujur. Dia focus membantu Wallif membina robot menggunakan lego milik Wallif.

"Oyang pandai main layang-layang?" Tanya Wallif pada Tok Aki pula.

"Mestilah pandai, Oyang duduk diam je pun layang-layang tu dah boleh gerak sendiri." Jawab Tok Aki dengan penuh percaya diri. Hud dan Mia tergelak saat mendengar jawapan dari Tok Aki. Wallif pula hanya mendiamkan diri sambil memikirkan jawapan Tok Aki yang baginya tidak logik.

"Macam mana?" Tanya Wallif kerana tidak dalam membayangkan situasi itu.

"Oyang cuma bergurau." Kata Tok Aki lalu tergelak, terlihatlah gigi palsu Tok Aki yang tersusun rapi. Wallif juga tergelak.

"Lepastu Wallif buat apa lagi dengan pakcik Harris?" Tanya Mia.

"Lepastu pakcik Harris belikan Wallif aiscream! Sedap sangat mama." Jawab Wallif dengan nada teruja.

"Patutlah Wallif tak makan ice cream yang Baba beli." Kata Hud yang sedari tadi mendiamkan diri. Wallif terus memegang lengan kiri Hud.

"Wallif nak makan, tapi kan mama dah pesan jangan makan ice cream banyak-banyak nanti Wallif sakit perut." Jelas Wallif kerana tak nak Hud merajuk.

"Good boy." Hud mengusap rambut Wallif. Wallif tersenyum lalu duduk di pangkuan Hud.

"Baba dah siap buat robot ni." Hud menunjukkan robot lego yang dibuatnya pada Wallif.

"Waa! Baba hebatlah!" Puji Wallif. Dia pun terus memegang lego yang kini sudah berbentuk robot itu.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 10:50 malam. Tok Aki sudah masuk ke dalam biliknya, Wallif pula sudah tidur di temani Hud dan Mia tadi.

Hud mematikan suis lampu lalu baring di sisi Mia.

"Hud.." Panggil Mia pelan.

"Yaa sayang." Hud melihat ke arah Mia. Pandangan mereka bertemu.

"Mia tak ngantuk." Kata Mia.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now