[9] Milo?

42.9K 1.6K 65
                                    

Aku mencelikkan mataku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mencelikkan mataku.. Sedar je dah pagi, aku sambung tidur lepas solat subuh semalam. Aku melihat sebelahku ternyata Mia dah tak ada.

"Hmm.." Aku duduk, dan melihat jam yang berada di tepi katil. Mataku terus membulat.

"Dah Jam 10?!" Kataku terkejut, aku mengelip-ngelipkn mataku kerana mungkin aku cuma tersalah nampak. Ternyata tidak. Aku terus bergegas bangun turun dari katil.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka lalu kelihatan Mia masuk ke dalam bilik.

"Dah bangun?" Tanya Mia sambil melihat ke arahku. Pandangan kami bertemu.

"Mi.. Mia dari mana?" Tanyaku kekok kerana teringat kejadian semalam. Mia dah maafkan aku ke?

"Dari dapur.." Jawabnya ringkas. Mia pun terus pergi setelah mencapai bukunya yang berwarna merah jambu yang terletak di atas meja solek.

"Mia!" Panggilku. Langkah Mia terus terhenti. Mia memalingkan tubuh ke arahku.

"Kenapa Mia tak kejutkn Hud?" Tanyaku. Aku berkata sambil membetulkan rambutku yang sedikit kusut itu.

"Sebab Papa Ilham kata harini Hud tak perlu pergi kerja. Nanti papa bagi tau bila Hud boleh masuk kerja balik.. " Jelas Mia tanpa riaksi di wajahnya.

"Okey.." Kataku.

"Hud pergilah mandi, lepastu makan yaa. Nanti sakit perut pula." Kata Mia sebelum berlalu pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam bilik.

Tiba-tiba hati aku rasa sesuatu. Entah apa.

Mia pedulikan aku ke?

~°~

Kelihatan Mia sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menekan-nekan screen handphonenya. Aku mendekati Mia lalu duduk di sisi Mia.

Mia chat dengan siapa agaknya? Takpelah, bukannya penting pun.

"Mia chat dngan siapa?" Akhirnya aku bertanya. Takkan chat dengan Harris pula kan?

"Harris.." Jawabnya bersahaja. Aku dah agak! Betul ke Harris tu cuma kawan Mia?

"Oh Harris.." Yang takde girlfriend tu kan? Yang awak suka sangat tu kan? Selebihnya aku hanya mampu kata dalam hati.

"Yaa, kenapa Hud?" Tanyanya.

"Takde lah.. Hmm Mia." Panggilku lagi.

"Yaa." Jawabnya.

"How do i look today?" Aku berkata lalu tersenyum menampakkan gigi arnabku.

"Hmm okey je.." Jawabnya singkat.

Je?? She doesn't even look at me.. Senyumanku terus mati. Takkan Mia masih belum maafkan aku sebab semalam?

Aku mengeluh kecil. Entah kenapa aku tiba-tiba rasa kecewa. Lebih baik aku tenangkan fikiran dekat taman belakang rumah. Dari tadi aku tak nampak puan Shila, kerja kot.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now