S2 [35] Masuk Hospital

2.8K 115 0
                                    

Mia membuka matanya, dia dapati dirinya sudah berada di dalam bilik rawatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mia membuka matanya, dia dapati dirinya sudah berada di dalam bilik rawatan. Kelihatan Puan Shila yang sudah terlena di kerusi tepi katil Mia. Tangan Mia di genggam erat oleh Puan Shila.

"Mummy.." Panggil Mia pelan. Namun masih belum ada sebarang riaksi dari Puan Shila.

"Mummy.." Panggil Mia sekali lagi. Mia menggerakkan sedikit tangannya. Akhirnya Puan Shila terbangun.

"Mia!" Puan Shila terus memegang kedua tangan Mia.

"Mummy.." Mia tersenyum. Mia terus memegang perutnya kerana baru teringat kejadian petang tadi.

"Kandungan Mia?" Tanya Mia, air matanya mengalir di pipi.

"Kandungan Mia ok." Jawab Puan Sofia. Mia sangat bersyukur saat mendengar jawapan yang keluar dari mulut Puan Shila.

"Hud mana Mummy?" Tanya Mia. Puan Shila tidak menjawab soalan Mia.

"Hud mana?" Tanya Mia sekali lagi.

"Hud masih belum sedarkan diri.." Jawab Puan Shila.

"Kenapa dengan Hud?" Mia sudah menangis teresak-esak. Mia cuba untuk bangun kerana ingin bertemu dengan Hud. Dia sangat merindui Hud saat ini.

"Mia masih sakit.." Puan Shil cuba untuk menghalang Mia.

"Mia nak jumpa Hud.." Air mata Mia mengakir deras di pipi.

"Esok Mia jumpa Hud yaa. Sekarang Mia rest dulu." Kata Puan Shila. Mia tiada tenaga untuk melawan. Mia hanya mampu menangis.

"Hud.." Panggil Mia pelan. Puan Shila juga ikut menangis.

"Sabar sayang." Puan Shila mengusap pelan tangan Mia.

~°~

Keesokan harinya, awal pagi lagi Harris sudah pergi ke hospital untuk menjenguk Mia dan Hud. Saat menjenguk Hud ternyata Hud masih belum sedarkan diri.

"Macam mana dengan pelakunya?" Tanya Encik Ilham pada Harris.

"Polis dah tangkat kedua pelakunya kemarin." Jawab Harris. Harris akan pastikan Sara dan lelaki itu mendapat hukuman yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan.

Harris betul-betul rasa bersalah pada Hud dan Mia kerana telah melibatkan mereka berdua dalam hal ini. Dia tidak menyangka Sara akan bertindak seperti ini.

Harris melihat ke arah Hud yang masih terbaring kaku. Bibir Hud kelihatan pucat.

Tok tok tok!

Pintu di ketuk dari luar sebelum pintu itu terbuka dengan sendirinya. Mia terus masuk ke dalam bilik rawatan Hud bersama dengan Puan Shila.

Mia pergi ke arah Hud yang sedang terbaring di atas katil. Air mata Mia mengalir di pipi.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now