Hud mematikan penggera yang sedari tadi berbunyi. Hud kembali baring lalu menatap wajah lena Mia. Hud membetulkan sedikit posisi rambut Mia yang menutup wajahnya.
'Kenapa Mia cantik sangat waktu tidur?' Tanya Hud di dalam hati. Sudah seminit berlalu namun Hud masih menatap wajah Mia.
'She's so perfect.' Kata Hud lagi.
Tiba-tiba Hud terlihat kain putih di belakang pintu, matanya terus membuntang.
"Ah!!" Jerit Hud kerana terkejut membuatkan Mia terbangun dari tidurnya. Hud sudah bersembunyi di bawah selimut.
"Hud.." Panggil Mia, dia masih mamai.
"Sayang!" Hud terus memeluk Mia dan kepalanya kini berada di atas perut Mia.
"Kenapa ni?" Tanya Mia yang masih mamai. Dia menarik selimut mereka dan terlihatlah Hud yang sedang memeluk pinggangnya dengan erat.
"Ada kain putih dekat belakang pintu." Kata Hud dengan gementar. Mia terus melihat ke belakang kerana pintu itu berada di belakangnya. Mia mengeluh kecil saat melihat telekungnya yang dia letak di sana.
"Itu telekung Mia lah." Kata Mia. Hud masih tidak berani untuk membuka matanya.
"Hud.." Mia menepuk-nepuk pelan belakang Hud.
"Betul ke sayang?" Tanya Hud takut-takut. Hud akhirnya memberanikan diri menatap wajah Mia.
"Yaa.. Hud ni, tak malu ke nanti kalau Wallif tau Hud macam ni." Kata Mia. Hud terus melihat ke arah belakang pintu, ternyata kain putih yang di lihatnya tadi hanyalah telekung Mia.
Hud terus membetulkan posisinya baringnya kerana tadi dia tidak baring di bantal tapi di perut Mia.
"Hud bukannya takut.." Hud cuba untuk menyembunyikan rasa takutnya.
"Habistu apa?" Tanya Mia curiga.
"Hud terkejut.." Jawab Hud. Padahal Mia kenal betul sikap Hud yang takutkan hantu. Dari kecil sampai dah besar, masih tak berubah.
"Jom solat subuh sayang." Hud ubah topik lalu tersenyum menampakkan gigi arnabnya.
"Jom." Kata Mia. Mereka berdua pun terus turun dari katil kerana ingin pergi ke bilik air.
"Hud pergilah dulu, lepastu baru Mia." Kata Mia pada Hud.
"Kenapa? Jomlah sama-sama sayang." Hud yang tadinya sudah berada di pintu kini pergi ke arah Mia. Dia berdiri di sisi Mia.
"Mungkin dia tengah tunggu Hud dekat bilik air." Kata Mia dengan wajah tenang.
"Siapa?" Tanya Hud takut-takut.
"Pontia..
"Sayang!" Belum sempat Mia menghabiskan katanya, Hud sudah memotong. Hud memeluk lengan Mia dengan erat sambil melihat sekeliling. Tergelak Mia dibuatnya.
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomanceAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...