S2 [34] Cemburu Berakhir Fatal

2.4K 120 0
                                    

Sara duduk di kerusi yang berada di hadapan Mia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sara duduk di kerusi yang berada di hadapan Mia. Dia tersenyum bahagia. Dia sudah membenarkan lelaki berpakaian serbah hitam itu pergi kerana misinya telah berjaya.

Mia membuka matanya, dia tidak dapat bergerak kerana tubuhnya di ikat di kerusi tempatnya duduk. Senyuman Sara terus mati saat melihat Mia yang sudah sedarkan diri.

Mia terus menyentuh perutnya kerana risau dengan kandungannya. Sara mengerutkan dahinya.

"Kenapa? You sakit perut ke?" Tanya Sara. Mia terus melihat ke arah Sara, pandangan mereka bertemu.

"Sara?" Panggil Mia. Dia sudah pernah bertemu dengan Sara di party hari jadi Harris dulu. Seingat Mia, Sara adalah teman sekerja Harris.

"Yes." Jawab Sara.

"Kenapa apa awak buat saya macam ni?" Tanya Mia. Sara buat muka bosan.

"Sebab I nak dapatkan Harris! Kalau I tak buat semua ni Harris takkan terima I!" Jawab Sara. Dia sudah naik angin.

"Maksud awak apa?" Tanya Mia.

"You ni bodoh ke? Nak I jelaskan guna bahasa apa baru you faham?" Kata Sara. Baru saja dia ingin menampar wajah Mia niatnya terus terhenti kerana teringat pesan Harris.

"Apa yang bagus sangat dengan you ni Mia? Kalau dibandingkan dengan I, I ni sepuluh kali lebih bagus dari you." Kata Sara. Dia tersenyum sinis sambil menyelak sedikit rambutnya yang berwarna hitam putih itu.

"Harris takkan terima awak." Kata-kata Mia membuatkan Sara betul-betul sakit hati.

"Apa you cakap?" Sara menekup mulut Mia. Mia hanya mendiamkan diri.

Pang!

Sara menampar pipi kiri Mia. Sara mendengus geram. Mia rasa badannya sangat lemah sekali.

"Kalau ikutkan hati, dah lama I bunuh you!" Kata Sara, bergema suaranya di ruangan itu.

~°~

Puan Shila mengesat air matanya yang sedari tadi tidak berhenti mengalir.

"Mana mama dengan baba?" Tanya Wallif yang baru bangun dari tidur. Wallif mendekati Puan Sofia.

"Nenda.." Panggil Wallif pelan saat melihat Puan Sofia sedang menangis.

"Kenapa Nenda nangis?" Tanya Wallif namun Puan Sofia tidak menjawab soalan Wallif. Puan Sofia terus mememeluk tubuh kecil Wallif.

"Janganlah sedih.." Pujuk Wallif lalu membalas pelukan Puan Sofia.

Wallif melihat ke arah Tok Aki yang juga sedang mengalirkan air mata. Berat sungguh ujian ini. Kata Tok Aki dalam hati.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now