Mia POV
Jam sudah menunjukkan angka 6:30 pagi. Tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan satu mesej dari aplikasi whatapp masuk.
+6014******:
You Mia kan? Isteri Hud.Siapa yang text aku pagi-pagi ni?
MIA:
Ya saya. Kenapa ya?Tidak sampai 3 saat, dia sudah reply.
+6014*******:
I ni sebenarnya kekasih suami you. I cuma nak you tahu yang suami you tu curang.Mataku membuntang. Betul ke Hud curang dengan aku? Masa seakan-akan berhenti buat seketika.
+6014*******:
Kalau you tak percaya. Ni gambar i dengan Hud.Aku dapat rasakan jantungku berdegup kencang saat melihat wanita itu menghantar gambarnya bersama Hud. Hati aku sakit, sedih dan kecewa. Tapi aku tak tahu nak buat apa.. Aku tak sangka Hud sanggup buat aku macam ni.
Tanpa sedar air mataku mengalir di pipi.
HUD POV
Sedari tadi aku mencari kelibat Mia. Aku pergi ke ruang tamu lalu melihat ke arah Tok Aki dan Wallif yang sedang duduk santai di sofa sambil menonton Tv. Aku pun terus pergi ke arah Tok Aki
"Mana Mia Tok?" Tanyaku pada Tok Aki.
" Mia keluar dengan Harris tadi.. " Jelas Tok Aki. Aku terkedu saat mendengar jawapan dari Tok Aki.
Tiba-tiba aku sedih. Kenapa Mia tak bagi tau aku? Entah kenapa kebelakangan ni aku selalu rasa sedih. Sejak ada Harris.. Mia dia.. Tak apalah.
Aku duduk di sofa yang berada di sebelah Wallif.
"Baba dah sihat?" Tanya Wallif sambil memegang lenganku.
"Baba masih demam." Jawabku lalu tersenyum kelat. Wallif berdiri lalu naik ke pangkuanku. Aku mengusap pelan rambut Wallif.
"Baba cari mama? Tadi mama keluar dengan Pakcik Harris." Kata Wallif lalu tersenyum ceria.
"Ya.. Baba tahu mama keluar dengan pakcik Harris." Aku mengusap lagi rambut Wallif.
"Tangan baba panas.." Wallif memegang tanganku erat.
"Kan baba masih demam.
" Aku tergelak kecil. Wallif terus memelukku. Wallif je yang dapat mengubat sedikit hatiku yang luka."Wallif harap Baba cepat sihat." Kata Wallif dengan nada sedih.
" Don't be sad. Baba ok. " Pujukku.
~°~
Mia dan Harris duduk di tunggul kayu yang berada di bawah pokok. Harris menemani Mia pergi ke pantai kerana Mia ingin meluahkan masalahnya pada Harris. Dari dulu lagi, jika Mia ada masalah dia pasti akan meluah pada Harris.
"Sanggup Hud buat Mia macam ni.. " Kata Mia sambil menangis teresak-esak. Harris yang duduk di sebelah Mia sedari tadi hanya mendiamkan diri.
"Mia dah tanya Hud ke?" Tanya Harris setelah lama membisu.
"Belum.." Jawab Mia pelan.
"Mia tenangkan lah fikiran dulu.." Kata Harris namun tangisan Mia semakin kuat.
Harris melihat ke kiri dan kanan kerana banyak mata yang melihat ke arah mereka. Pasti mereka fikir Harris lah penyebab Mia menangis.
"Apa salah Mia sampai Hud sanggup buat Mia macam ni? Kenapa Hud sanggup duakan Mia?" Mia mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Tapi air mata Mia tak juga berhenti dari mengalir.
"Mungkin ni semua salah faham je.." Kata Harris cuba untuk menenangkan perasaan Mia. Harris juga tidak tau ingin berbuat apa, tapi Harris kenal sikap Hud. Hud tidak akan pernah menduakan Mia. Harris yakin.
"Dia ada send gambar dia dengan Hud.. Salah faham apanya?" Mia memandang ke arah Harris. Harris masih tertunduk merenung pasir pantai.
"Harris yakin Hud takkan buat Mia macam tu. Hud takkan duakan Mia. Mana tahu orang yang send gambar tu cuma nak rosakkan rumah tangga Mia?" Kata Harris lalu melihat ke arah Mia. Pandangan Harris dan Mia bertemu. Mia mengerutkan dahinya lalu berpaling ke arah ombak pantai.
Air mata Mia masih mengalir di pipi. Tiba-tiba tangisan Mia kembali terdengar. Mia menangis sambil memeluk kedua lututnya. Makin panik Harris saat ada beberapa orang lelaki cuba mendekati mereka.
"Kenapa ni?" Tanya seorang lelaki pada Harris.
"Tak ada apa." Harris hanya tersenyum kelat.
"Cik.." Panggil lelaki itu pada Mia. Mia terus melihat ke arah lelaki itu.
"Dia apa-apakn cik ke? Kami boleh tolong." Kata lelaki itu. Mia hanya menggeleng menangis lagi.
"Maaf bang." Kata Harris pada lelaki itu. Dia meminta maaf kerana telah menyebabkan salah faham.
"Maaf ganggu." Kata lelaki itu sebelum berlalu pergi. Harris mengeluh lega.
Mia keliru, dia tak tahu gambar itu betul atau tidak. Mia percaya pada Hud tapi gambar tu benar-benar membuatkan Mia sedih dan kecewa..
"Macam mana dia ada gambar Hud? Hud tak pernah pun cerita yang Hud ada kawan perempuan." Kata Mia setelah lama mendiamkan diri.
"Mia tanyalah Hud.." Kata Harris lagi. Mia hanya mendiamkan diri. Cuba untuk menenangkan fikirannya.
"Macam mana kalau semuanya betul? Hud ada perempuan lain?" Tanya Mia lagi.
"Mia janganlah fikir macam tu. Harris yakin Hud takkan ada perempuan lain." Kata Harris dengan yakin.
"Kenapa pula?" Mia memandang ke arah Harris.
"Harris cuma tak nak Mia buat keputusan dengan terburu-buru. Harris nak Mia bincang baik-baik hal ni dengan Hud." Jawab Harris. Dia cuba untuk memberi nasihat sebaik mungkin untuk Mia kerana Harris teringatkan Wallif juga.
"Entahlah.. Kebelakangan ni Mia selalu rasa sedih. Mia selalu risau bila Hud lewat balik dari kerja. Bila Hud pergi oversea.. Mia takut, Mia sedih.. Mia pun tak tahulah kenapa.. Mia tak dapat kawal perasaan Mia sendiri." Luah Mia jujur. Mia betul-betul sedih walaupun sebenarnya dia tahu Hud buat semua tu disebabkan kerja dulu.
Tapi Mia tetap sedih.
"Semua perasaan tu normal bagi seorang isteri. Mia risaukan Hud sebab Mia cintakan Hud, sayangkan Hud, taknak kehilangan Hud kan. Mia mesti bincang hal ni baik-baik dengan Hud." Pesan Harris.
Mia mengesat air matanya. Kata-kata Harris ada benarnya juga. Dia mesti bincang hal ini baik-baik dengan Hud.
"Jom balik.. Dah lewat." Kata Mia. Dia pun terus berdiri dari duduknya.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomanceAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...