Awal pagi lagi Hud sudah pergi ke warung Pak Samad untuk membeli pisang goreng Tok Aki. Kini hanya ada Mia, Tok Aki dan Wallif saja di rumah. Wallif duduk di sisi Tok Aki. Saat ini mereka bertiga sedang duduk di sofa ruang tamu sambil makan kuih gelang yang dibuat oleh Mia. Mia dah pandai buat kuih gelang kerana di ajar oleh umie.
Sedari tadi Mia melihat ke arah screen handphone. Pelik Tok Aki dibuatnya, nak kata Mia main game, jari dia tak gerak. Hanya matanya saja yang setia memerhati screen handphone.
"Mia.. Kandungan tu dah berapa minggu?" Tanya Tok Aki secara tiba-tiba. Dia menghirup kopi o suamnya. Mia terus melihat ke arah Tok Aki. Tangan kiri Mia memegang perutnya yang masih belum ketara membulat.
"Dah enam minggu Tok." Jawab Mia lalu tersenyum. Peluh halus yang mengalir di dahinya dia biarkan. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa panas. Mungkin kerana jam sudah menunjukkan angka 11:20 tengahari.
Sejujurnya Mia risau kerana Hud belum balik dari warung Pak Samat. Sudah sejam lebih dia menunggu mesej dari Hud, namun hampa. Hud tak online. Hatinya mula risau. Takkan Hud sesat pula? Tak tahu jalan pulang? Mustahil, mustahil.
"Kenapa dari tadi Mia tengok telefon tu? Tok tengok Mia ni macam risau je, kenapa?" Tanya Tok Aki. Ternyata Tok Aki juga risau. Dia perasan wajah Mia yang sedari tadi kelihatan risau. Tok Aki takut jika ada sesuatu yang tak diingini berlaku. Adakah kandungan Mia tak sihat? Bisik hatinya.
"Mama.. Perut mama sakit?" Tanya Wallif setelah lama menjadi pendengar dan pemerhati saja. Dia juga sedih melihat wajah risau mamanya. Wallif berdiri dari duduknya lalu berpindah di sebelah Mia. Di usapnya perut mamanya itu.
"Adik.. Janganlah nakal-nakal, kesian mama.." Bisiknya pelan di perut Mia. Mia tersenyum nipis lalu mengusap rambut Wallif yang sudah memanjang itu.
"Mama.." Panggil Wallif.
"Ya?" Tanya Mia.
"Mama sedih ke?" Tanya Wallif sambil memegang tangan kanan Mia.
"Tak lah, mana ada mama sedih." Jawab Mia lalu tersenyum.
"Mama janganlah sedih-sedih yaa, Wallif kan ada." Kata Wallif.
"Baik, mama tak akan sedih-sedih." Kata Mia lalu mencium pipi Wallif.
"Nanti kalau Wallif dah besar, Wallif teman mama selalu." Kata Wallif lagi. Cuba untuk menceriakan Mia.
"Terima kasih Wallif." Wallif memang pandai mengambil hati Mia. Sama seperti Hud.
Tiba-tiba Mia teringat lagi pada Hud.
"Tok tahu tak kenapa Hud belum balik lagi?" Tanya Mia pelan. Dia memandang wajah Tok Aki dengan penuh berharap yang Tok Aki tahu penyebabnya.
"Hmm..." Tok Aki menaikkan satu kening ke atas. Dia kelihatan berfikir. Macam detective saja rupa Tok Aki saat ini. Sekali pandang dah macam detective conan.
"Betul juga tu.. Tok tak tahu kenapa budak tu masih belum pulang lagi." Jawab Tok Aki, dia sudah terbiasa memanggil Hud dengan panggilan budak walaupun semua cucunya sudah dewasa.
"Mia risau.." Mia berkata lalu memeluk Wallif. Wallif hanya mampu mendiamkan diri, dia tidak tahu ingin berbuat apa. Sejak mamanya mengandung, sikap mamanya berubah menjadi lembut. Dulu Mia sedikit tegas dengan Wallif, tapi kini Mia cepat sedih dan cepat menangis. Hatinya berubah menjadi lembut selembut kapas.
"Nanti baliklah Hud tu." Kata Tok Aki cuba untuk menenangkan hati Mia.
Tiba-tiba handphone Mia berbunyi menandakan satu panggilan masuk. Mia melihat ke arah screen handphonenya. Tertera nama Hud. Mia terus menyambut panggilan itu.
"Assalamualaikum." Kedengaran suara wanita memberi salam. Mia sungguh terkejut. Siapakah wanita itu?
"Wa.. Walaikumsalam.." Jawab Mia takut-takut. Tok Aki dan Wallif tekun memerhati Mia. Sejujurnya Tok Aki dan juga Wallif terkejut, tapi mereka buat muka tak ada perasaan.
"Pemilik handphone ini kemalangan jalan raya.. Sila pergi ke hospital Seri, jalan 5. Pesakit sedang dirawat di Wad kecemasan. Kami perlukan ahli keluarga mangsa untuk tindakan selanjutnya." Kata wanita itu
Mata Mia membutang lalu handphone Mia terjatuh dari tangannya. Air mata Mia mengalir di pipi.
"Kenapa Mia?" Tanya Tok Aki risau.
~°~
Hospital Seri.
Sudah sejam lebih Mia, Wallif, Tok Aki dan Harris menunggu di luar bilik pembedahan. Banyak darah keluar dari hidung dan telinga Hud. Doctor mengesahkan Hud menghidap perdarahan otak. Mata Mia membengkak karana terlalu menangis. Ya allah besar sungguh ujian ini. Tolonglah selamatkan Hud.
Wallif juga turut menangis. Hidung dan keningnya merah. Dia duduk di pangkuan Harris. Harris memeluk erat tubuh kecil itu dari belakang.
"Mia.." Panggil Tok Aki. Mia tidak menjawab panggilan Tok Aki. Fikirannya melayang jauh sehingga tidak dapat mendengar apa-apa bunyi di sekelilingnya. Dia sungguh takut kehilangan Hud.
Tiba-tiba pintu bilik pembedahan terbuka. Mereka berempat terus melihat ke arah pintu, Mia yang akhirnya tersedar terus berdiri dari duduknya.
Doctor lelaki itu membuka penutup mulutnya lalu mendekati Mia.
"Macam mana dengan suami saya?" Tanya Mia.
"Suami Puan Koma.." Jawab doctor itu. Masa seakan-akan berhenti seketika buat Mia.
"Mama.." Wallif mendekati Mia lalu memeluk kaki Mia.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomanceAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...