Kelihatan seorang wanita tinggi lampai yang memakai dress hitam paras peha keluar dari Van hitam miliknya. Siapa lagi kalau bukan Sara.
Rambutnya yang panjang berwarna hitam putih itu di biarnya terhurai. Sekali pandang sudah seperti skunk.
Skunk ialah mamalia yang dikenali dengan keupayaannya untuk mengeluarkan bau yang sangat busuk. Tapi berbeza dengan Sara yang sangat harum. Di tambah dengan wajahnya yang cantik dan putih pasti boleh membuatkan mana-mana lelaki jatuh hati.
Jam sudah menunjukkan angka 4:30 petang. Sara melihat ke arah gudang lalu tersenyum manis kerana impiannya untuk mendapatkan Harris sudah semakin dekat dan akan terkabulkan tidak lama lagi.
Sara masuk ke dalam gudang itu lalu pergi ke ruangan yang telah dia sediahkan.
Kelihatan lelaki berpakaian serbah hitam itu sedang duduk di kerusi hadapan Mia.
"You buat apa ni?" Tanya Sara memecahkan suasana yang tadinya sunyi. Lelaki itu terus berpaling ke arah Sara. Pandangan mereka bertemu. Sara terkedu saat melihat wajah kacak lelaki itu. Sara tidak meneruskan langkahnya.
"You.. Siapa?" Tanya Sara.
"Kau dah kenapa?" Tanya lelaki itu. Sara terus tersedar suara lelaki itu sama seperti suara lelaki yang diupahnya untuk menculik Mia.
Dia tidak menyangka selama ini lelaki itu menyembunyikan wajah kacaknya.
Focus Sara terus beralih ke arah Mia yang masih belum sedarkan diri. Sara tersenyum.
"Mia.." Panggilnya pelan. Sara berjalan mendekati Mia. Lelaki itu berdiri kerana ingin memberi ruang pada Sara dan Mia.
"Masih belum bangun?" Tanya Sara pada lelaki itu.
"Kau nampak mata dia terbuka atau tertutup?" Soalan berbalas soalan.
"Tertutup." Jawab Sara.
"Maksudnya dia masih belum sedarkan diri." Kata lelaki itu. Sara terus menjelingnya. Sara menampar-nampar pelan wajah Mia namun Mia tetap tidak sedarkan diri.
"Call dia sekarang." Arah Sara pada lelaki itu. Tanpa berfikir panjang, lelaki itu terus mendail nombor Hud.
Panggilan terus di jawab oleh Hud. Handphone itu bertukar tangan.
"Harris.." Panggil Sara.
"Harris?" Kedengaran suara Hud di hujung talian. Sara mengerutkan dahinya. Dia melihat tulisan yang tertera di screen handphone Mia.
"I suruh you call Harris!" Sarah sudah naik angin. Sara terus mematikan talian.
~°~
"Kenapa dia sebut nama Harris?" Tanya Tok Aki. Saat Hud menyambut panggilan itu. Mereka semua sudah berkumpul di ruang tamu. Sedari tadi Hud tidak dapat duduk dengan tenang.
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomanceAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...