S2 [12] Hantu Penanggal

12.6K 519 23
                                    

Kelmarin aku dah keluar dari hospital kerana aku dah sihat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelmarin aku dah keluar dari hospital kerana aku dah sihat. Mia happy sangat sebab dapat tau yang aku dah boleh balik.

Jam menunjukkan angka 7:30 pagi. Tadi mama kata diorang nak balik kampung dalam waktu terdekat ni. Mungkin dah tak sabar nak jenguk Tok Aki dan teruja lepas tau Mia pregnant.

Wallif pula, jam 6 pagi tu lagi dah pergi ke rumah Harris sebab nak tengok Harris main gitar.

Aku melihat ke arah Tok Aki yang sedang kusyuk menonton tv sambil menikmati pisang goreng yang aku beli dari warung Pak Samat tadi. Haritu Tok Aki dah tunjukkan jalan pada aku, akhirnya sampai juga aku ke warung Pak Samad yang disebut-sebut oleh Tok Aki dan Mia selama ini.

Kat warung Pak Samat tadi aku ada berbual dengan Pakcik Agis tentang hantu penanggal yang suka dengan wanita mengandung. Aku terkejut sangat waktu dengar kisah tu..

30 minit yang lalu..

Aku memparking keretaku di tepi jalan lalu mematikan enjin kereta. Dari luar aku dapat melihat pelanggan Pak Samat yang masih sedikit.

Aku keluar dari perut kereta lalu pergi ke warung kecil Pak Samat.

"Assalamualaikum.." Aku memberi salam.

"Mat salleh beri salam!" Kata seorang pakcik dengan wajah terkejut. Aku mengerutkan dahiku.

"Siapa mat salleh?" Tanyaku pada Pakcik itu.

"Eyy kamu le.." Kata pakcik itu. Seorang lagi pakcik yang duduk di meja sebelah hanya mendiamkan diri sambil memandangku. Aku tersenyum kelat.

"Itu Hud! Cucu Aki Sahak!" Tiba-tiba Pak Samat datang membawa secawan kopi o lalu meletakkan cawan itu di atas meja pakcik tadi.

"Ouhh cucu Aki Sahak rupanya.. Muka macam orang ameroka." Kata Pakcik itu lalu tergelak kecil menampakkan gigi depannya yang sudah tiada.

"Bukan ameroka, tapi Amerika. Apalah kamu ni Agis. Itulah dulu aku suruh kamu belajar, kamu tak mau." Pakcik Samat berkata lagi. Aku hanya mampu tersenyum. Pakcik.. Pakcik..

"Duduklah Hud, pakcik nak bersembang dengan kamu dulu." Pelawa Pakcik Agis kepadaku.

"Tak apalah pakcik, sebenarnya Hud nak cepat ni." Kataku dengan sopan. Tok Aki pesan suruh cepat. Nanti Tok Aki marah pula.

"Kamu beli goreng pisang kan? Aki Sahak yang suruh? Lama lagi mengorengnye tu. Kamu duduk lah dulu." Pujuk Pakcik Agis tak berputus asa. Akhirnya aku duduk juga di kerusi yang berada di hadapan Pakcik Agis. Hanya meja yang memisahkan kami.

Tiba-tiba pakcik Agis mendekatkan wajahnya ke arahku. Dia melihat ke kiri dan kanan seperti ingin mengatakan sesuatu yang sangat rahsia.

"Kamu ada dengar cerita tentang penanggal?" Tanya Pakcik Agis secara tiba-tiba. Aku mengerutkan dahiku.

"Penanggal tu apa??" Tanyaku pelik. Aku tak pernah dengar lagi sebelum ni. Haiwan buas ke?

"Penanggal tu hantu yang suka dengan perempuan mengandung.. Dekat kampung sebelah dah banyak jadi mangsa penanggal. Eyy seram pakcik dibuatnya." Kata Pakcik Agis dengan pelan.

Aku sungguh terkejut setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Pakcik Agis. Pakcik Agis serius ke? Atau cuma bergurau?

"Betul ke Pakcik?" Tanyaku inginkan kepastian yang lebih mendalam.

"Betul lah Pakcik cakap ni. Haritu ada orang yang nampak penanggal tu dekat kampung kita ni!" Jerit Pakcik Agis secara tiba-tiba. Aku memegang dadaku kerana terkejut.

Tiba-tiba aku teringatkan Mia. Mia mengandung.. Macam mana ni?

"Macam mana caranya supaya penanggal tak pergi dekat rumah kita pakcik?" Tanyaku laju. Aku betul-betul takut dan risau.

"Oh senang aje, letak ranting limau dekat luar tingkap bilik. Penanggal tu bukannya suka sangat bau limau." Jawab Pakcik Agis dangan wajah tenang lalu menghirup kopi o suamnya.

Aku mendiamkan diri sambil berfikir macam mana caranya untuk dapatkan ranting limau.

"Ish kamu ni Agis, tak habis-habis." Tiba-tiba Pak Samat menyampuk.

"Kamu jangan dengar sangat apa yang si Agis tu cakap. Merepek aje tu!" Kata Pak Samat lalu meletakkan plastik yang berisikan pisang goreng di atas meja depanku.

"Ish kau ni Samat, aku cakap tu betul. Nak percaya atau tidak terpulanglah dari kamu. Aku balik dulu. Assalamualaikum." Tiba-tiba Pakcik Agis berdiri dari duduknya lalu pergi meninggalkan kami.

"Waalaikumsalam.. Dah tua-tua pun masih nak merajuk lagi si Agis ni. Tak faham aku." Kata Pak Samat. Aku berdiri dari dudukku lalu mengeluarkan duit untuk diserahkan pada Pak Samat.

"Terima kasih ya Pak Samat." Kataku lalu tersenyum.

"Sama-sama." Jawab Pak Samat lalu membalas senyumanku

30 minit kemudian..

"Ouh ya! Tok Aki ada tanam pokok limau kat belakang rumah." Kataku sendiri. Aku baru teringat bahawa Tok Aki ada satu pokok limau di belakang rumah. Nasib baik haritu aku ada tolong Tok Aki dekat kebun.

Aku berdiri dari dudukku lalu pergi ke pintu utama.

"Kamu nak kemana tu Hud?" Tanya Tok Aki. Aku berpaling ke arahnya.

"Pergi belakang rumah kejap Tok." Jawabku.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 3 petang. Kelihatan Tok Aki sedang membersihkan dedaun yang berada di kebun belakang rumah.

Tadi Tok Aki hanya berniat untuk memberi ayamnya makan di kandang ayam. Tapi tiba-tiba pula Tok Aki nak bersihkan dedaunan di kebun. Tok aku memang rajin, pembersih dan teliti orangnya.

Langkah Tok Aki terhenti saat melihat ke arah pokok limaunya. Beberapa ranting limaunya sudah patah.

"Siapa punya kerja ni?!" Marah Tok Aki sendiri. Dia pun terus pergi ke arah pokok limaunya tersebut.

Baru Tok Aki teringat bahawa Hud ada pergi ke kebunnya pagi tadi.

"Hud!!!" Panggil Tok Aki sekuat hati. Namun tiada sahutan dari Hud.

"Hud!!" Panggil Tok Aki lagi. Terbatuk-batuk Tok Aki dibuatnya.

Tidak lama selepas itu, kelihatan Hud melihat ke arah Tok Aki dari jendela dapur.

"Kenapa Tok?" Sahut Hud.

"Kamu ke yang patahkan ranting limau Tok ni?!" Tanya Tok Aki dengan wajah serius. Hud mendiamkan diri sambil melihat ke arah ranting limau Tok Aki.

"Hud.. Hud tak sengaja Tok!" Jawab Hud.

"Ish budak ni!" Marah Tok Aki. Hud tersenyum kelat.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now