S2 [16] Nak Peluk Lagi?

12.5K 479 17
                                    

Hud berdiri di sisi katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hud berdiri di sisi katil. Wajah Mia ditatap lama sebelum bahu isterinya itu digoncang pelan.

"Mia bangun.. Solat subuh." Pelan suara Hud membangunkan Mia. Macam mendodoikan budak kecil. Kalau macam ni Milo pun tak bangunlah jawabnya.

"Mia.." Hud mencuba sekali lagi. Tiba-tiba Hud ternampak air mata Mia mengalir. Dahi Hud terus berkerut. Mimpi hantu ke isteri aku ni?

"Mia." Hud mengesat air mata Mia yang deras mengalir. Mia mencelikkan matanya secara tiba-tiba. Matanya terus membulat saat melihat wajah Hud.

"Hud!!" Jerit Mia. Tangan Hud ditariknya dengan kuat mengakibatkan Hud jatuh ke dalam pelukan Mia.

"Hud! Jangan tinggalkan Mia!" Mia menangis teresak-esak sambil memeluk tubuh Hud dengan erat. Hud yang keliru hanya mampu mendiamkan diri. Dia cuba untuk bangun namun gagal kerana Mia memeluknya dengan erat sekali.

"Mia.. Kenapa ni?" Tanya Hud yang masih keliru. Dia memetulkan posisinya. Kini kepala Mia berada di dadanya. Tangan Mia erat memeluk pinggang Hud.

"Hud ko.. koma.." Mia menangis teresak-esak di dada Hud. Hud tergelak kecil. Dia akhirnya tahu bahawa Mia mimpi buruk. Dia mengusap pelan belakang kepala Mia. Comel betul isteri aku ni. Kata Hud dalam hati.

"Mia cuma mimpi, Hud ok lah. Yaa Allah." Hud tersenyum. Sayang juga Mia dengan Hud rupanya. Mestilah sayang, gila tak sayang.

"Mia takut Hud tinggalkan Mia dengan Wallif. Baby kita lagi, semua perlukan Hud.." Mia menarik hingus berkali-kali. Sabar saja Hud melayan karena Mia ni. Cengeng betul. Dulu Puan Shila yang melayan cengeng Mia ni, sekarang dah tanggungjawab Hud.

"I'm not leaving ok? Shh.. Stop crying. Semua tu cuma mimpi. Lepas ni doa dengan Allah supaya umur Hud panjang. Boleh jaga Mia dengan anak-anak kita." Kata Hud memujuk.

Mia tidak berkata apa-apa. Dia hanya mengangguk patuh.

"Pandai isteri saya." Hud mencium dahi Mia lama lalu menghadiahkan senyuman termanisnya kepada Mia.

"Mia sayang Hud." Mia masih lagi memeluk pinggang Hud, seperti tidak akan melepaskannya lagi.

"I love you more.. Forever and aways. Dah jom bangun, solat subuh dengan Tok Aki." Kata Hud. Namun Mia tetap mendiamkan diri.

Hud tergelak kecil. Mia ni kalau mengandung dah macam budak-budak perangai dia. Sabar jelah Hud.

"Kenapa tak nak bangun ni? Nak peluk lagi?" Tanya Hud. Mia mengangguk. Hud tergelak lalu mengeluh kecil.

"Mia janganlah comel sangat. Hud geramlah." Kata Hud. Mia hanya mendiamkan diri.

"Jadi Mia taknak solat subuh?" Tanya Hud lagi. Tangannya juga masih kemas memeluk bahu Mia.

"Solat.. Hud ni! Mia nak peluk sekejap pun tak boleh!" Marah Mia secara tiba-tiba. Hud tersenyum, cepat betul emosi Mia berubah.

"Tak salah pun." Pujuk Hud.

"Kalau nak peluk, lepas solat subuh pun boleh kan." Kata Hud. Akhirnya Mia pun meleraikan pelukannya.

"Jangan tinggalkan Mia.." Kata Mia pelan sambil memegang tangan kanan Hud. Tergelak Hud dibuatnya.

"Hud ada ni kan." Kata Hud lalu mengesat air mata Mia menggunakan ibu jarinya.

Mereka berdua pun terus keluar dari bilik lalu pergi ke bilik air bersama.

~°~

Jam menunjukkan angka 9 pagi.

Hud dan Tok Aki duduk di sofa ruang tamu sambil berbual. Wallif pula awal pagi lagi sudah pergi rumah Harris. Hud tau tapi Hud tak risau sangat sebab rumah Harris kat sebelah sahaja.

"Mana Mia Hud?" Tanya Tok Aki secara tiba-tiba. Hud yang sedari tadi berbual dengan pembantu peribadinya di telefon terus melihat ke arah Tok Aki.

"Meeting tu memang tak jadi kan?" Tanya Hud pada PA nya.

"Kejap Tok." Kata Hud pada Tok Aki.

"Yaa Encik Hud." Jawab Rikki di hujung talian.

"Okay. I will call you back." Kata Hud sebelum mematikan talian.

"Maaf Tok.. Mia masih tidur lagi Tok. Semalam Mia mimpi buruk, jadi Hud biarkan jelah Mia tidur lepas solat subuh." Jawab Hud. Tok Aki mengangguk tanda faham. Tok Aki pun sedar perubahan sikap Mia yang ketara selepas mengandung.

"Mia ada mengidam apa-apa ke Hud? Kalau Mia nak mengidam buah-buahan banyak kat kebun Tok tu." Kata Tok Aki lalu menghirup kopi o suamnya yang dia buat sendiri. Pagi tadi Hud nak tolong buatkan Tok Aki kopi o, tapi Tok Aki menolak kerana dia rasa was-was.

"Mia tak ada kata apa-apa pun Tok. Belum lagi kot Mia mengidam." Jawab Hud lalu meletakkan handphonenya di atas meja depan sofa. Tok Aki mengangguk lagi. Nak buat senaman leher agaknya Tok Aki ni.

"Tok Aki nak pergi tandas dulu. Tolong tengok-tengokkan kopi o Tok ni. Nanti masuk lalat pula." Tok Aki berdiri dari duduknya lalu meninggalkan Hud. Nak cepat betul Tok Aki pergi tandas. Dah sakit perut sangat agaknya.

Hud melihat ke arah kopi o Tok Aki lalu menutup gelas itu menggunakan piring kaca yang kecil.

"Hud!" Panggil Mia, Hud melihat sekeliling untuk mencari kelibat Mia. Mata Hud terhenti pada susuk tubuh Mia yang sedang berdiri di depan pintu dapur.

"Hud..." Pandangan Mia dan Hud bertemu. Mata Hud terus membutang saat melihat Mia memegang perutnya.

Hud terus teringat saat Mia keguguran dahulu, banyak darah yang mengalir. Hud jadi kaku..

"Sayang.." Panggil Hud.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now