Aku dan Wallif mendekati lalu kami duduk di meja makan.
"Kejap ya." Kata Mia.
"Baik mama." Kata Wallif. Kami berdua pun hany duduk diam sambil menunggu Mia menghidangkan sarapan pagi. Apa agaknya yang Mia masak?
Aku tersenyum saat melihat ke arah Mia yang sedang dua pinggan ke arah kami. Mia meletakkan pinggan itu di atas meja makan.
"Mama masak apa?" Tanya Wallif dengan wajah teruja. Habislah..
"Mama masak mee goreng.." Jawab Mia lalu tersenyum. Aku dan Wallif berpandangan.Mia meletakkan pinggan yang berisikan mee goreng itu di hadapan Wallif dan aku.
"Makanlah!" Kata Mia dengan bersemangat, siap berpeluk tubuh lagi. Mia kata dia sudah menghabiskan masa dua jam di dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.
Sejak bila Mia suka masak ni?
"Mesti sedap kan Wallif.." Kataku lalu tersenyum paksa.
"Ya baba!" Jawab Wallif. Walaupun sebenarnya kami sudah tahu bahawa Mia tak pandai masak.
Mee goreng Mia yang berwarna hitam pekat itu dipandang lama oleh Wallif. Sesekali dia melihat ke arahku. Takkan aku nak biarkan Wallif makan mee tu?
Wallif cuba untuk makan mee goreng itu. Mia memandang wajah Wallif dengan teruja. Aku pula sebaliknya, aku memandang Wallif dengan wajah risau kerana dua saat lagi mee itu akan masuk ke dalam mulut Wallif.
Dua bulan lepas aku telah dimasukkan ke dalam hospital kerana keracunan makanan. Aku masih ingat dengan jelas bahawa makanan terakhir yang aku makan adalah makanan yang di masak oleh Mia.
"Wallif!" Aku memegang garfu Wallif.
"Bi.. Biar baba yang makan.." Kataku tersekat-sekat. Wallif terus memandangku.
Tanganku mula sejuk.
Sudah 20 saat berlalu, namun aku masih tak berani untuk makan mee itu. Tiba-tiba Wallif menggoncang pelan bahuku.
"Cepat lah makan!" Marah Mia. Kerana terkejut, aku pun terus memasukkan mee goreng itu ke dalam mulutnya.
"Uhuk!!" Aku terbatuk. Mee goreng Mia sangat masin dan keras! Mahu saja aku termuntah. Aku menepuk-nepuk dadaku kerana tersedak.
"Baba!!" Jerit Wallif lalu berdiri dari duduknya.
"Hud!" Mia memegang kedua pipiku. Wajah Mia kelihatan risau sekali.
"A.. Air.." Kataku pelan sambil memegang leherku.
~°~
Sedari tadi aku bersembunyi di langsir jendela ruang tamu kerana tak nak habiskan mee goreng yang Mia masak. Aku dah cuba tapi aku sanggup nak habiskan.
Tiba-tiba aku terlihat Wallif berdiri di depan jendela sambil melihat ke arah halaman rumah.
Tiba-tiba Wallif melihat ke arah aku yang sedang bersembunyi di sebalik langsir. Wallif kelihatan terkejut.
"Baba.." Panggil Wallif dengan pelan. Aku meletakkan jari telunjuk di bibirku tanda senyap.
"Shh.. Kalau mama datang, cakap Baba tak ada." Kataku pelan seakan-akan berbisik pada Wallif. Wallif sekadar mengangguk. Good boy!
"Hud.." Pangil Mia. Dia keluar dari dapur lalu pergi ke ruang tamu. Jantungku mula berdegup kencang.
"Wallif ada nampak Baba tak?" Tanya Mia. Dia mendekati Wallif. Aku memejamkan matak berharap Walkif akan memberikan kerjasama.
Wallif tidak menjawab pertanyaan Mia. Dia hanya mendiamkan diri.
"Mana Hud ni?" Tanya Mia sendiri. Tolonglah jangan.. Aku membuka mataku, tiba-tibaMia menyelak langsir yang menutupi badanku.
"Hud buat apa kat situ?" Tanya Mia, mungkin dia sudah melihatku. Tidak!
"Hud?" Panggil Mia lagi. Aku melihat ke arah Mia sambil tersenyum.
"Hud!" Wajah Mia kelihatan serius. Itu betul-betul membuatkan aku tak berani bersuara.
"Kenapa diam je?" Kata Mia lagi, dia kelihatan marah. Aku pun terus mendekati Mia sambil tersenyum kelat.
"Kenapa Hud tak habiskan mee yang Mia masak? Penat Mia masak tau!" Kata Mia dengan wajah sedih, membuat aku rasa sangat bersalah.
Aku memegang belakang leherku lalu aku beranikan diri untuk bersuara.
"Belum habis lagi ke?" Tanyaku pura-pura tak tau.
Aku betul-betul tak tau nak cakap apa saat ini.
"Sini!" Mia menarik tanganku lalu membawaku ke dapur. Aku mengikuti saja Mia dari belakang.
Sampai saja di dapur. Kelihatan Tok Aki sedang memegang garfu yang berisikan mee goreng Mia. Sejak bila Tok Aki berdiri kat situ?
"Hud, Tok rasa mee ni ya." Kata Tok Aki. Mataku membutang.
"Tok jangan!" Belum sempat aku menghalang, mee goreng itu sudah masuk ke dalam mulut Tok Aki. Dahi Tok Aki berkerut.
"Erg.." Tiba-tiba Tok Aki pengsan di situ.
"Tok!!" Aku terus mendapatkan tok Aki.
"Tok.." Panggil Mia namun tiada sahutan dari Tok Aki.
"Tok pening.." Kata Tok Aki sambil memegang kepalanya. Aku fikir Tok Aki dah pengsan.
Aku pun terus membantu Tok Aki untuk bangun dan membawa Tok Aki ke dalam biliknya.
Aku membaringkan Tok Aki di atas katil lalu menekan butang on pada suis kipas.
"Tok.." Panggilku.
"Air.." Kata Tok Aki. Mia hanya mendiamkan diri di tepi pintu bilik. Aku pun terus pergi ke dapur lalu mengambil segelas air putih.
Aku pergi ke bilik Tok Aki lalu membantu Tok Aki untuk minum.
"Uhuk." Tok Aki terbatuk sebanyak dua kali.
"Tok nak rehat dulu." Kata Tok Aki.
"Kita pergi hospital Tok." Kataku pada Tok Aki.
"Tok perlu rehat je ni." Kata Tok Aki.
"Oyang." Tiba-tiba Wallif masuk ke dalam bilik Tok Aki. Wallif mendekati Tok Aki lalu memegang tangan Tua Tok Aki.
"Oyang sakit ke?" Tanya Wallif. Tok Aki hanya mengangguk. Wajah Wallif kelihatan sedih.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomanceAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...