"Hud!" Panggil Tok Aki, saat itu Hud berada di dapur.
"Yaa Tok!" Sahut Hud. Kelihatan Hud pergi ke ruang tamu lalu mendekati Tok Aki.
"Handphone kamu ni dari tadi berbunyi. Ada orang call, mungkin penting." Kata Tok Aki. Hud terus mengambil handphonenya yang berada di atas meja ruang tamu.
Ternyata panggilan itu daripada Rikki, PA Hud. Hud terus menyambut panggilan tersebut.
~°~
Mia mencapai novel yang berada di laci meja solek lalu duduk di katil.
Tok tok tok!
Kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar sebelum pintu itu terbuka. Hud masuk ke dalam bilik lalu mendekati Mia.
"Sayang.." Hud duduk di sisi Mia.
"Kenapa?" Tanya Mia. Pandangan mereka bertemu.
"Hud dah siap masak, jom makan." Hud tersenyum lalu mencium pipi Mia kejap.
"Hud masak apa?" Tanya Mia lalu tersenyum.
"Adalah." Hud memegang tangan Mia.
"Kenapa tangan sayang panas? Sayang demam?" Senyuman Hud terus mati. Hud meletakkan telapak tangannya di dahi Mia. Panas!
"Sayang demam!" Kata Hud cemas.
"Mia cuma sakit kepala je, Mia ok lah." Kata Mia lalu tersenyum.
"Sayang demam.. Jom pergi hospital." Kata Hud panik.
"Mia ok lah Hud, nanti lepas minum panadol ok lah ni. Jom makan, Mia lapar sangat." Kata Mia sambil meletakkan tangannya di perut.
"Tapi.."
"Jomlah makan." Kata Mia lalu berdiri dari duduknya. Dia menarik pelan tangan Hud.
Hud mengeluh kecil.
"Jom.."
~°~
Jam sudah menunjukkan angka 9:30 malam. Hud menyelimuti tubuh Wallif lalu mencium dahi Wallif
"Goodnight." Kata Hud lalu tersenyum.
"Goodnight Baba." Wallif membalas senyuman Hud. Wallif tahu mamanya demam dan tak dapat menemaninya malam ini. Tadi Wallif sudah mencium pipi Mia sebelum dia masuk ke dalam bilik tidurnya.
Hud keluar dari bilik tidur Wallif lalu pergi ke dapur. Dia mengambil bubur yang sudah dia sediahkan tadi lalu pergi ke bilik tidur bersama dulang kecil di tangannya.
Kelihatan Mia sedang baring di atas katil sambil menyelimuti tubuhnya.
"Sayang.." Panggil Hud. Dia sudah memaksa Mia untuk pergi ke hospital tapi Mia tetap berkeras tak nak pergi.
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomanceAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...