𝓜𝔂 𝓘𝓷𝓷𝓸𝓬𝓮𝓷𝓽 𝓦𝓲𝓯𝓮
| SENYUM SELALU |Sudah dua hari Wallif demam, namun hari ini Wallif merasa lebih bertenaga sedikit. Wallif turun dari katil lalu masuk ke dalam bilik air kerana ingin membersihkan diri.
Tok Tok Tok!
Kedengaran pintu bilik Wallif diketuk dari luar. Tiba-tiba pintu itu terbuka dengan sendirinya lalu kelihatan Mia masuk ke dalam bilik Wallif sambil mendukung Luth.
"Wallif." Panggil Mia saat tidak melihat Wallif di atas katil. Mia melihat ke arah bilik air lalu telinganya juga dapat menangkap bunyi air dari arah bilik air tersebut. Dia sudah tahu bahawa Wallif sedang mandi. Mia pun terus menutup kembali pintu bilik Wallif bersama Luth.
"Wallif mandi." Kata Mia pada Luth.
"Yun.." Sedari tadi Luth ingin turun kerana ingin berjalan sendiri, tapi Mia tidak menghiraukannya.
"Mama.." Panggil Luth sambil menunjuk ke arah bilik tidurnya yang berada di sebelah bilik tidur Wallif.
"Ikutlah mama dalam bilik." Kata Mia lalu membawa Luth masuk ke dalam biliknya. Seperti biasa, wajah Luth sentiasa kelihatan tenang. Jarang sekali dapat melihat wajah Luth tersenyum.
Langkah Mia terhenti saat melihat Hud yang sedang berdiri di tepi katil. Hud menaikkan lengan kemeja putihnya sampai ke siku lalu melonggarkan sedikit necktie yang dipakainya.
"Sayang." Panggil Hud saat terlihat Mia yang mematung di depan pintu.
"Kenapa?" Tanya Hud pelik. Hud pun terus mendekati Mia. Hud mendukung Luth yang tadinya berada di pelukan Mia. Hud mencium sekejap dahi Mia lalu menatap wajah isterinya itu.
"Kenapa ni macam nampak hantu?" Tanya Hud. Mia hanya tersenyum.
"Takdelah." Jawab Mia.
"Sayang penat ke?" Tanya Hud lalu menutup pintu bilik.
"Yun.." Kata Luth. Hud mencium pipi Luth sebelum menurunkan Luth ke bawah. Luth pun terus pergi ke arah katil lalu naik ke atas katil.
"Tak penat pun." Jawab Mia lalu Mia duduk di birai katil.
"Wallif macam mana?" Tanya Hud sambil mengambil tualanya yang berada di dalam almari baju.
"Wallif mandi tadi." Jawab Mia. Tadi niatnya ingin memeriksa keadaan Wallif, tapi bila tau Wallif tengah mandi, Mia terus membatalkan niatnya.
"Sayang dah mandi ke?" Tanya Hud. Mia hanya mengangguk.
"Tunggu abang kejap, nanti kita solat sama-sama." Kata Hud.
"Okay abang." Kata Mia. Saat Hud sudah masuk ke dalam bilik air, Mia pun terus memeriksa bawah bantalnya dan ternyata ular plastic yang baru saja dia beli itu masih berada di situ.
Tadi Mia risau jika Hud sudah menemui ular plastic itu. Habislah rancangannya ingin mengenakan Hud. Nasib baik rancangannya masih boleh diteruskan.
Luth yang ternampak ular plastic itu terus melompat ketakutan ke arah Mia. Mia memeluk Luth, ternyata Luth sudah menangis di dalam pelukannya.
"Sorry sayang.." Mia memujuk Luth lalu menepuk-nepuk pelan belakang Luth. Namun Luth masih lagi menangis teresak-esak.
~°~
Wallif keluar dari bilik air bersama tuala putih yang berada di pinggangnya.
Dia mengelap rambutnya menggunakan tuala bersih sebelum pergi ke arah almari baju. Tuala bersih itu di biarkannya tersangkut di bahu.
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomanceAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...