S2 [7] Tak Boleh Diharap

9.1K 548 20
                                    

Setelah selesai menolong Tok Aki di kebun, aku pun terus naik ke rumah untuk membersihkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah selesai menolong Tok Aki di kebun, aku pun terus naik ke rumah untuk membersihkan diri.

Aku masuk ke dalam bilik untuk mengambil tuala bersih. Kelihatan Mia sedang duduk di birai katil sambil membaca novel.

"Mana Wallif?" Tanyaku pada Mia. Sedari tadi aku tak nampak kelibat Wallif.

"Wallif ikut Harris pergi ke pekan." Jawab Mia.

Ikut Harris? Tak bagi tau aku pun.

"Hud." Panggil Mia sambil melihat ke arahku. Mia mengerutkan dahinya.

"Hm?" Kami berpandangan.

"Kenapa baju Hud kotor ni?" Tanya Mia. Dia berdiri dari duduknya lalu mendekatiku. Dia memegang bajuku.

"Tadi Hud tolong Tok Aki dekat kebun belakang rumah." Jawabku jujur. Bukan setakat petik terung, banyak lagi yang Tok Aki suruh aku buat. Awalnya aku tak tau apa-apa pun, tapi setelah diajar dengan betul oleh Tok Aki, rupanya kerja tu senang je.

"Habistu kenapa sampai macam ni sekali?? Pipi pun ada tanah." Mia memegang pipiku.

"Oh ni.."

30 minit yang lalu..

"Tok, Hud dah petik terung ni." Kataku lalu meletakkan bakul terung di atas kerusi panjang yang berada di depan pokok mangga belakang rumah.

"Hud, tolong bagi angsa Tok tu makan." Kata Tok Aki lalu menunjuk ke arah kandang besar yang berada di tepi rumah yang diperbuat dari kayu. Aku pun terus melihat ke arah yang di tunjuk oleh Tok Aki.

Jadi angsa ni ke yang buat bising semalam tu?

Aku pun terus pergi ke arah kandang angsa itu.

"Tok.. Hud takut lah. Macam mana kalau angsa tu gigit?" Lihat dari jauh saja aku sudah gerun, apalagi kalau dah dekat. Tidak..

"Kamu fikir angsa Tok tu ada gigi ke Hud?" Tanya Tok Aki dengan wajah tenang. Aku tergelak kecil. Ya tak ya jugak.

"Tapi seram lah Tok." Kataku lagi.

"Kamu tu lelaki Hud, bukannya perempuan! Angsa pun nak takut. Kalau Tok suruh Harris, sekejap aje dah siap. Tak boleh diharap betul lah kamu ni Hud!" Marah Tok Aki. Tok ni asyik marah aje. Ada darah tinggi agaknya Tok Aki ni.

Kalau ya pun marah tak perlu lah nak banding-bandingkan aku dengan si Harris tu.

"Apa yang kamu tercegat lagi kat situ tu? Mengata Tok ya?" Kata Tok Aki seperti tahu-tahu saja apa yang ada di fikiranku.

"Hm.. Tapi macam mana Tok?" Tanyaku pada Tok Aki.

"Kamu letak je makanan tu atas pinggan besar yang dah tersediah kat sana. Tu pun nak Tok ajarkan ke?" Tok Aki memandangku dengan wajah serius. Tok ni saje lah ni nak buli aku.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now