"Maaf Hud.. Mia janji tak buat lagi.." Mia terus mengemas semua bajuku.
"Kalau Mia buat lagi, Hud tak akan maafkan Mia!" Kataku dengan wajah serius.
"Hud nak makan apa harini?" Tanya Mia secara tiba-tiba.
"Mia nak masak ke?" Tanyaku was-was.
"Mestilah." Katanya lalu tersenyum manis.
Kenapa Mia ni? Macam pelik je.
"Hud! Hud bangun!" Aku mencelikkan mataku. Mama menggoncang kedua bahuku kerana ingin membangunkan aku. Mimpi rupanya..
"Kenapa ni Maa.." Tanyaku lemah. Aku terus bersembunyi di bawah selimut.
"Harini kan hari perkahwinan Hud! Tok Kadi dah sampai! Hud masih tidur lagi?! Are you crazy?!" Jerit mama. Mama bergurau je tu. Aku tersenyum, mama ni nak prank aku pun agak-agaklah.
"Mama ni bergurau jelah.. Sekarang baru 3 bulan 11. " Kataku dengan yakin disebalik selimut. Aku memejamkan kembali mataku.
"No! Budak ni! Sekarang dah 4 bulan 11! Cepatlah bangun!!" Mama menarik selimutku.. Aku terus mencelikkan mataku. Mama serius ke?
"Bangun Hud!" Jerit mama lagi. Aku pun terus turun dari katil lalu pergi ke arah bilik air.
"Mama gurau je.." Langkahku terhenti saat terdengar tawa mama. Aku berpaling ke belakang. Ternyata mama sedang ketawa sambil melihat ke arahku.
"Tak lawak lah maa.." Aku berkata tanpa riaksi di wajahku.
"Dah lewat tapi masih belum bangun." Kata mama. Aku mengeluh kecil lalu pergi ke katil.
"Harini kan Hud cuti.." Kataku. Macam manalah aku masih boleh tertipu oleh mama.
"Bangunlah, kita sarapan sama-sama. Papa tengah tunggu Hud tu." Kata mama sebelum keluar dari bilikku. Aku hanya melihat saja mama berlalu pergi lalu menutup pintu bilik.
Aku mencapai handphoneku yang berada di atas meja tepi katil. Jam menunjukkan angka 7 pagi. Aku mengeluh kecil lalu kembali baring di atas katil.
Dah lah semalam aku tidur lewat.
~°~
Hari yang telah lama ditunggu-tunggu oleh mama dan papa akhirnya tiba. Harini aku akan sah bergelar suami kepada Mia.
Kami akan mengadakan akad nikah di rumah Puan Shila.
"Maa.. Maafkan saya.. Saya lambat.." Kataku kepada Tok Kadi.
Aku melihat ke arah Mia.. Mia juga melihat ke arahku membuatkan aku terpaku buat seketika. Mia nampak cantik.. Cantik sangat.
"Ehem." Tok kadi berdeham membuatkan lamunanku terus mati. Aku ketawa kecil sambil memegang belakang leherku. Malu..
YOU ARE READING
🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗
RomansaAku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia. "Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...