[24] Hud, Mia Yang Punya

21.7K 872 40
                                    

Hud POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hud POV

Aku menyentuh bahuku yang lebam.

Tadi masa berjalan kat taman aku sempat selamatkan orang yang kena ragut, terjadi sedikit pergelutan antara aku dan peragut tu tapi akhirnya aku dapat kalahkan peragut tu. Aku dah call polis dan settle kan dekat balai polis.

Aku tak dapat nak jumpa Mia dalam keadaan aku sekarang ni. Aku takut dia nampak belakang leher aku yang juga lebam. Aku harap Mia tak fikir yang bukan-bukan pada aku.

Aku terus masuk ke bilik air dan bersihkan diri.

~°~

Pagi itu aku terus pergi ke hospital kerana ingin bertemu dengan Mia.

Aku membuka sedikit pintu bilik rawatan Mia dan ternampak Harris sedang berbual dengan Mia.

"Mia betul tak apa-apa ni?" Tanya Harris. Aku menutup pintu bilik itu dan terus bersandar di situ. Tapi aku masih boleh dengar perbualan Harris dengan Mia. Entah kenapa tiba-tiba hati aku sakit.

"Mia tak apa-apa.." Jawab Mia setelah lama membisu.

"Kenapa Hud tak datang lagi?" Tanya Harris.

"Tak tahu, Mia tak tahu." Jawab Mia pelan sambil tertunduk. Aku dapat melihat wajah sedih Mia.

"Mungkin Hud.." Belum sempat Harris menghabiskan katanya, aku sudah membuka pintu rawatan Mia lalu masuk ke dalam.

"Hud." Mia terkejut saat melihatku.

"Sayang.." Aku pergi ke arah Mia dan terus memeluk Mia erat. Mia tidak membalas pelukanku, mungkin kerana Mia masih terkejut.

Aku meleraikan pelukanku. Mia melihatku dengan wajah terkejut. Aku dah agak.

"Hm, I think i have to go." Kata Harris dengan tiba-tiba.

"Kenapa?" Tanyaku.

"Mia dah lama tunggu Hud.." Kata Harris lalu tersenyum.

"Ouh yaa?" Aku melihat ke arah Mia.

"Okey Hud, temankan lah Mia." Kata Harris sebelum dia berlalu pergi.
Harris menutup pintu bilik rawatan Mia. Aku terus tertunduk.

"Maaf Mia." Kataku. Aku melihat ke arah Mia.

"Kenapa Hud.." Aku faham apa yang Mia nak katakan.

"Hud cuma tak suka tengok Mia dengan Harris.. Hud cemburu." Kataku pelan.

"Maaf sebab tak dapat datang kelmarin.." Kataku lagi.

"Kenapa Hud tak datang? Mia sendiri kata yang Mia nak jumpa Hud kan?" Tanyanya.

"Hud sibuk.." Tipuku.

"Betul ke?" Tanyanya. Mia menarik tanganku.

"Ahh." Aku mengusap bahuku.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now