Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri.
"What are you doing?" Tanya Mia.
"I just want to sleep with you." Hud Lutfi memeluk lengan Mia.
"Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia berasa pelik. Nak tidur...
"Terima kasih Pakcik!" Kata Wallif dengan gembira. Harris pun berlalu pergi meninggalkan kami.
Aku hanya melihat saja Harris berlalu pergi.
"Baba." Panggil Wallif. Dia melihat ke arah pintu dapur. Aku pun terus melihat ke arah yang sama. Kelihatan Hud sedang berdiri di depan pintu dapur sambil melihat ke arah kami.
Sejak bila Hud berdiri kat situ?
Hud tersenyum kelat sebelum berlalu pergi.
"Maa.. Baba sakit.." Kata Wallif sambil menarik hujung lengan bajuku.
"Baba sakit? Macam mana Wallif tahu?" Aku memandang Wallif dengan wajah hairan. Namun Wallif tidak menjawab pertanyaanku.
Betul ke Hud sakit??
"Mama.. Wallif nak mandi." Kata Wallif setelah lama membisu.