Bab 2

13K 361 7
                                    

*Keesokan harinya*

"Korang menghilang ke mana hah semalam ? Puas saya tunggu dekat tasik tahu tak." Kata Farah dengan suara yang agak meninggi.

"Sorry lah,kitorang terlupa la."Kata Faqihah diikuti dengan anggukan daripada Atiqah Dan Ieka.

Mereka berempat pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia. Farah dan Ieka mengambil jurusan kulinari manakala Faqihah dan Atiqah mengambil jurusan sains. Mereka berkawan sejak dari sekolah menengah. Maklumlah, setia kawan. Nasib baik dapat masuk universiti yang sama. Kalau tak, mesti persahabatan mereka akan terputus di tengah jalan.

"Alamak aii, macam mana boleh lupa pulak.Korang pergi mana balik sampai lewat malam. Ingatkan dah tak ingat jalan nak balik rumah. Dahlah call pun tak angkat. Nasib baik saya pegang kunci rumah yang lagi satu, kalau tak, mungkin saya akan tertidur kat luar rumah ni. Haa, ambik korang. Kan dah kena bebel. Farah memang terkenal dengan sikapnya yang suka membebel dikalangan rakan-rakannya.

"Kitorang pergi shopping dekat sogo lah semalam. Tak tahu la pulak dah terlajak sampai ke malam." Atiqah memberi alasan.

"Kalau dah terlajak sekali pun at least call la saya dulu. Masa saya terlelap pun korang tak balik lagi. Siapa yang ajak shopping dulu sebenarnya. Kan saya dah cakap yang saya tunggu korang kat tasik,tapi mengada-gada nak pergi sogo. Korang ni dah lupa kawan ke ?" Farah memanjakan suaranya.

"Sorry sorry and sorry. Kitorang tak ingat langsung dekat awak semalam. Hmm, memang time kitorang balik semalam awak dah tertidur pun. Ni haa,Faqihah la ni ajak kitorang pergi sogo. Lagipun biasanya kan petang-petang awak selalu pergi dekat rumah Pak Cik awak dekat pulapol tu. Lagipun dekat sogo semalam ada sale. Rambang mata kitorang dibuatnya." Kali ini Ieka pula yang bersuara.Panjang lebar dia menerangkan hal yang sebenar kepada Farah.

"Sebenarnya, aku tak kisah pun dengan diorang. Just nak berlakon membebel je tadi tu, Kalau tak membebel nanti diorang pelik pulak. Sebab apa aku tak membebel diorang seikhlas hati aku? Sebab aku bahagia la semalam. Diorang tak boleh tahu lagi pasal Adryan tu. Nanti macam-macam diorang tanya, diorang tu kalau menyoal orang sampai esok takkan habis." Farah berkata sendiri dalam hatinya. Dia tersengih sendirian.

"Haa, yang awak tiba-tiba tersengih ni dah kenapa. Ada benda berlaku ke dekat tasik semalam?" Atiqah menegur Farah apabila melihat air muka Farah berubah.

"Ehh, cepat cepat. Kita dah lambat ni. Jom bersiap pergi kuliah." Farah mengubah topik. Dia berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Faqihah,Atiqah dan Ieka berpaling sesama sendiri." Mesti ada benda berlaku dekat tasik semalam. Kita kena siasat ni." Atiqah bersuara. Faqihah dan Ieka hanya mengangguk tanda setuju.

*Di Universiti*

"Wahhh, hensem gilerr kot budak baru tu. Saya berkenan laa." Ieka berkata kepada Farah selepas lecturer meminta budak baru a.k.a Adryan untuk mengenalkan dirinya kepada rakan-rakan yang lain.

"Alamak, mamat ni. Dah tak ad U lain ke nak masuk, why U ni, why why?" Farah menggenggam tangannya tanda protes Adryan masuk ke Universiti yang sama dengannya.

Selepas memperkenalkan diri, Adryan mengambil tempat duduk di belakang Farah yang kebetulan kosong disitu.

"Ehem ehem. Awak ohh awak."Adryan bersuara.

"Dah kenapa mamat ni nak ber'awak 'saya' dengan aku, dah buang tabiat ke dia ni. Tapi betul ke dia panggil aku. Heshh,nak berpaling ke tak, nak berpaling ke tak. Arghhh,buat tak tahu je lah." Farah berdialog sendiri dalam hatinya.

"Psttt psttt, Farah!" Adryan bersuara sekali lagi.

Terkejut Farah dibuatnya kerana apabila dia berpaling ke belakang, dengan tiba-tiba Adryan mengenyitkan mata kepadanya.

"Omg, Apehal mamat ni. Kalau Ieka nampak ni mesti dia marah." Farah terus memalingkan kepalanya kehadapan setelah terkejut apabila Ieka mencuit bahunya.

"Awak ni nak potong line saya eh? Dia tu saya punya ok, saya punya. Belum apa-apa lagi dah nak tengok dia puas-puas." Ieka memarahi Farah. Tapi tak la serius sangat.

"Sorry sikit ok, saya dah ada orang yang saya minat a.k.a crush saya. So,tak ada maknanya saya nak kacau line awak. Dia tu je yang tiba-tiba kenyit mata kat saya." Farah mencebikkan bibir. Ieka hanya memberikan senyuman yang tawar kepada Farah. Adryan yang setia mendengar dari belakang hanya tersengih melihat gelagat dua orang gadis yang berada dihadapannya.

Mereka terus fokus terhadap pengajian mereka sehingga tamat masa iaitu pada pukul 2 petang.

*Bersambung*

Cinta DrastikTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang