Bab 16

6.5K 233 3
                                    

"Farah, aku masuk khemah dulu eh? Good night, sleep tight." Hakim meminta izin untuk mengundur diri. Mereka berdua berbual sehingga ke tengah malam. Sepertinya mereka sudah mengenali diantara satu sama lain. Mereka berdua bertukar cerita sesama sendiri. Peserta lain yang sedang melepak diunggun api juga masuk sedikit demi sedikit. Tempat tidur sudah memanggil mereka.

"Ok, good night." Hakim berlalu dari situ. Sekarang hanya tinggal Farah sorang je yang belum masuk kedalam khemah. Sebenarnya dia mahu meluahkan segalanya. Meluahkan segala yang ada dalam isi hatinya.

"Farah farah, kenapa dengan kau ni? Dah Adryan suka dekat Ieka, pasrah je lah. Ieka tu kan bestie kau. Farah! Wake up wake up. Bukan dia sorang lelaki dekat dalam dunia ni." Farah berkata dengan perlahan ditemani dengan titisan air mata. Walaupun banyak keadaan pada hari ini yang membuatkannya gembira, dia tetap tidak boleh menyembunyikan lagi perasaannya. Dia yang sedang berseorangan itu meluahkan perasaannya. Sememangnya dia cemburu apabila melihat Adryan lebih mengambil berat tentang Ieka. But its okey, Hakim kan ada.

"Ehem ehem, sorry. I ganggu ke?" Seorang gadis membetulkan suaranya.Apa yang sukar dipercayai gadis itu ialah Awar. Ya, Awar. Perempuan yang selalu tergila-gilakan Adryan.

"Eh, taklah. Tak ganggu pun. Meh la duduk kat sini." Farah mengelap air mata yang masih berbaki dipipi gebunya. Dia mengajak Awar duduk disebelahnya.

"Oh, ok. Awak, awak bestie Ieka kan?" Soal Awar setelah duduk. Dia buat-buat bertanya supaya lebih banyak percakapan diantara dia dengan Farah.

"Yup. Kenapa?" Farah pelik dengan kelakuan Awar yang menjadi lebih baik dengannya. Sebelum ni kalau terserempak, memang Awar akan sentiasa memberi jelingan maut kepadanya.

"Eh, tak ada apa-apalah. Kirim salam kat dia. Saya nak masuk khemah dulu. Assalamualaikum." Memang benar, sikap awar berubah seratus peratus. Tapi sebab apa? Dah kena sampuk hantu hutan ke?

"Err ok. Waalaikumussalam." Dia masih tertanya-tanya. Takutlah pula nak tanya Awar. Nanti kalau dia mengamuk susah pulak. Walaupun kelakuan Awar agak beransur baik, tapi dibiarkan dulu supaya keadaan stabil.

"Ish, sabar sabar. Jangan serabutkan otak kau. Nanti kau pulak yang stress. So now, time to sleep." Farah bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia segera menuju ke khemahnya yang tidak jauh dari situ.

~~~~~

"Bangun bangun! Azan subuh dah berkumandang." Pembantu pengerusi memberikan arahan menggunakan speaker di dewan supaya dapat didengari oleh semua peserta. Azan juga kedengaran sayup dari surau berdekatan. Atiqah yang terjaga selepas mendengar azan itu cepat-cepat membangunkan rakan-rakannya. Kesemua mereka terbangun dengan mudah. Almaklumlah, tiada katil dan bantal empuk, sebab tu boleh bangun cepat. Kalau tak, sampai ke tengahari tak bangun lagi rasanya. Mereka berempat beriringan menuju ke bilik air untuk mencuci muka. Kemudian berlalu ke surau. Peserta lain juga melakukan hal yang sama.

"Wahh, sedap giler tidur semalam. Sejuk je." Faqihah memeluk tubuhnya yang masih kedinginan semasa imam surau membacakan doa.

"Ha'ah, sejuk sangat. Tapikan awak, saya rasa macam pernah dengarlah suara orang yang jadi imam ni. Siapa eh? Saya nak intai boleh?" Kata Farah yang duduk disebelah Faqihah. Tangannya bersedia untuk menyelak langsir dihadapannya. Nasib baik dapat saf depan sekali.

"Ish, tak payah. Mengada-ngadalah awak ni." Kata Faqihah lalu menepis tangan Farah.

"Biarlah. Nak selak jugak." Dia menyelak langsir hampir lima saat, Farah terdiam seketika, terkejut dia dibuatnya. Mukanya macam orang yang rapat dengan dia. Ya, memang rapat, imam itu ialah Hakim. Amat sukar untuk dipercayai sebenarnya. Mukanya kelihatan suci pada waktu itu. Berseri-seri, tak macam selalu.

"Wow." Hanya perkataan itu yang terkeluar dari mulut Farah.

"Kenapa ni? Dah macam nampak lelaki hensem je. Hensem sangat ke? Nak tengok jugaklah." Faqihah terlalu teruja apabila ternampak mata Farah bersinar-sinar. Dia mahu menyelak langsir itu juga, tetapi dihalang oleh Farah.

"Tak payah nak mengada-ngada." Hah ambik, kena batang hidung sendiri balik. Haha.

"Nak selak jugak. Nak jugak." Dia menyelak langsir.Lantas dia tersenyum nakal. "Ceiwah Farah, untunglah." Faqihah mengusik Farah.

"Apa yang untung? Awak ni ada-ada je. Isk isk isk." Farah menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia menoleh ke arah Atiqah dan Ieka. Mereka masih tersengguk-sengguk. "Hmm, mengantuk lagilah tu." Bisik Farah dalam hati. Dia dan Faqihah ketawa apabila memerhati gelagat Atiqah dan Ieka. Macam budak-budak. Haha.

Seusai makan pagi, mereka semua diberikan peluang untuk bermandi manda di sungai berdekatan. Farah dan Ieka hanya melihat Atiqah dan Faqihah mandi. Ieka dilarang mandi disebabkan kakinya yang terseliuh. Farah pula tidak tahu berenang. Kedalaman sungai itu mencecah leher mereka. Orang yang tahu berenang je boleh enjoy. Untunglah. Mereka berdua hanya merendamkan kaki kedalam sungai.

"Ieka, semalam saya masuk khemah lewat. Then tetiba je Awar tegur saya. Dia dah berubahlah awak. Lain sangat dengan Awar yang kita kenal dulu. Awar yang selalu cari gaduh dengan kita. Kenapa dengan dia eh? Awak tau tak?" Farah akhirnya menyoal Ieka dengan soalan yang menyerabutkan kepalanya.

"Huh, dia dah insaf kot. Lagipun semalam dia dah berterus terang dekat Adryan, lepastu Adryan marah dia. Adryan pulak mulut macam tak ada insuran je. Dia main lepas cakap je. Sesuka hati dia je marah Awar. Maybe sebab tu." Rasa bersalah menghantui Ieka. Dia berlagak tenang di hadapan Farah. "Takkanlah orang macam Awar tu boleh insaf? Just disebabkan Adryan dia jadi macam tu. Fuh, dasyat giler dia ni.Arghh, bersangka baik Ieka. Husnudzon." Ieka berbisik dalam hati.

"What? Seriously? Berani giler dia tu. Tapi sebenarnya Adryan tak boleh marah orang sesuka hati dia je. Awar pun ada perasaan jugak. Hmm, nanti kita pergi berborak dengan Awar nak tak? Dia ada kirim salam kat awak semalam."

"Serius la. Takkan saya nak tipu pulak.Eh boleh je. Nanti saya jawab salam tu dekat depan dia. Hehe." Ieka semakin pelik. "Dah kenapa dengan Awar ni. Betul ke dia dah insaf. Arghhh, serabut betul lah.!"

"Hai korang, Tak join diorang mandi ke?" Adryan menegur Ieka dan Farah dari belakang, dia menunding jari kearah sekumpulan peserta yang sedang seronok mandi di seberang sungai. Adryan ni memang selalu potong line bila orang tengah bercakap.

"Tak, kaki tak sembuh lagi ni ha." Kata Ieka sambil melihat kakinya.

"Farah?"

"Sejuklah."

"Ye ke? Ke tak reti berenang." Adryan tergelak kecil. Lebih-lebih pula dia ni bercakap dengan Farah. Pergilah layan cinta hati dia tu. Siapa lagi kalau bukan Ieka.

"Reti lah. Kan saya dah kata, saya sejuk. Nak tengok saya berenang ke?

"Nak nak!" Adryan menepuk tangan. Kau ingat ni pertandingan olimpik nak bertepuk tangan bagai. Huh.

"Ok, saya turun sekarang." Farah maju kedepan. "Alamak Farah, kenapa dengan kau ni. Kau berlagak hebat sangat dah kenapa? OhMyy, macam mana ni? Arghh, menyesal." Dia memandang Adryan dan Ieka sekilas.

"Cepat, saya kira satu sampai tiga, awak turun tau. Satu, dua, tiga!" Belum sempat Farah bersedia. Dia tergelincir jatuh ke dalam sungai. Dia tidak dapat berdiri di dalam sungai yang dalam itu. Tangannya terkapai-kapai meminta bantuan.

"Alamak, Farah! Tolong, tolong !" Ieka cepat-cepat meminta bantuan daripada orang sekeliling. Adryan terpaku. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia terlalu terkejut dengan tindakan Farah. Dah tak tahu berenang, nak tunjuk hebat. Isk isk. Tak patut tak patut.

Faqihah dan Atiqah yang terdengar jeritan dari arah bertentangan cepat-cepat ke situ. Mereka membantu Farah untuk naik semula ke darat. Nasib baik tak lemas sepenuhnya. Tetapi tubuhnya lemah, tidak mampu berbuat apa-apa. Hakim yang sedang berseronok mandi juga terdengar jeritan Ieka. Dia cepat-cepat pergi ke situ. Rasa risau menyelubungi diri. Mestilah risau. Keselamatan peserta berada ditangannya. Jika ada peserta yang sakit sekalipun, dia yang harus bertanggungjawab merawat mereka.

"Ya Allah. Farah, kau ok ke?" Hakim panik. Tidak tentu arah jadinya. Tiada jawapan yang keluar daripada mulut Farah. Dia masih tercungap-cungap. Farah dibawa ke khemahnya untuk direhatkan.

*Bersambung*

Cinta DrastikWhere stories live. Discover now