Bab 8

7.3K 261 3
                                    

Woi Awar, kenapa kau tolak Ieka hah?" Marah Adryan. Mukanya ketat menahan marah. Awar sudah kehilangan kata. Air liur ditelan bagaikan menelan pasir. Adryan mahu menolong Ieka bangun tetapi ditolak baik oleh Ieka. Maklumlah, bukan muhrim. Faqihah, Atiqah dan Farah yang terdengar bunyi kuat dari arah belakang mereka berpatah balik untuk melihat kejadian yang berlaku. Mereka terkejut setelah melihat Ieka duduk di tengah jalan. Ieka lantas berdiri setelah melihat rakan-rakannya datang. Dia tidak mahu rakan-rakannya fikir yang bukan-bukan tentang Awar. Tidak semena-mena tamparan dari Adryan hinggap di pipi Awar. Ekslusif tu. Perlahan je tu. Awar je yang over sangat macam pipi gebunya ditampar kuat. Ieka terkejut setelah melihat tindakan Adryan. Faqihah, Atiqah dan Farah yang melihat adegan itu juga turut terkejut. Terlalu drastik tindakan itu.

"Ad, sampai hati you tampar i. You tu patut backup i, bukan pompuan ni." Marah Awar sambil tangan kirinya menunjukkan jari telunjuknya ke arah Ieka. Tangan kanannya meraba-raba pipinya yang sedang merah itu. Pedih mungkin. Siapa suruh tolak Ieka? Huh !

"Sampai hati you tampar i." Adryan mengajuk kata Awar sambil membuat muka sedih. Kemudian dia menarik lengan baju Ieka dan terus berlalu dari situ. Awar mengecilkan matanya dan mengangkat kening." Kau tunggu Ieka, kau tunggu! Sebab kaulah aku kena tampar. Kau yang buat Adryan benci aku. Aku benci kau, kau tunggu balasan daripada aku." Tiba-tiba Faqihah, Atiqah dan Farah menghampiri Awar sambil menepuk tangan. Awar terus berpaling kepada mereka.

"Woww, bravo bravo. Hebatnya kau, kena slap free free je. Ekslusif kot. Haha. Tapi yang kitorang nak bagi ni lagi ekslusif." Faqihah berkata dengan nada sinis.

"Yang korang sibuk sangat ni dah kenapa hah?" Marah Awar. Yelah, sape yang tak marah. Kan baru lepas kena ejek.

"Yang kau pergi tolak kawan kitorang dah kenapa?" Atiqah mula bersuara. Start dari keluar daripada dewan tadi dia tak bersuara langsung. Mungkin disebabkan Zizan. Hurmmm.

"Kalau kau nak tau, Adryan tu milik aku sorang je, nobody boleh rapat dengan dia kecuali i sorang and kalau korang nak tau lagi, kawan korang tu yang tergedik-gedik nak dekat Adryan." Perghh, selamba je dia cakap camtu.

"Eh,mulut kau tu jaga sikit eh. Jangan jadi mulut longkang boleh tak? Disebabkan kau tolak kawan kitorang and tuduh dia macam-macam. Kitorang akan bagi sepit ketam ekslusif dekat kau. Haha." Ucap Faqihah biasa je. Cool and steady.

"Sepit ketam? Takkanlah !" Tiba-tiba hinggap satu demi satu cubitan daripada Faqihah, Atiqah dan Farah. Faqihah punya sepit ketam perisa sederhana. Atiqah punya perisa biasa dan yang paling hot and spicy of course yang Farah punya.

"Apa yang korang buat ni hah?" Tempik Awar. Faqihah, Atiqah dan Farah tergelak jahat dan cepat-cepat beredar dari situ.

"Arghhh, geramnya aku !! Nantikan balasan daripada aku!!" Tempik Awar lagi. Faqihah, Atiqah dan Farah terus mencari bayangan Adryan dan Ieka. Cepatnya diorang jalan. Huh.

"Haa,tu diorang ada kat kafe. Jom!" Faqihah memulakan langkah.

"Kenapa dengan aku ni? Apa salahnya Adryan rapat dengan Ieka? Lgipun kan Ieka memang suka dekat Adryan. So, aku kena happy. Jangan sedih Farah. Please, la tahzan." Allah always with you. Farah berdialog sendiri dalam hatinya.

"Farah,buat apa lagi tercegat kat situ. Jomlah pergi dekat diorang." Atiqah mematikan lamunan Farah. Farah yang tadi masam mencuka terus mengukir senyuman. Lesung pipit tu penting. Huhu.

"Ieka, jomlah pegi carefour. Beli makanan untuk lusa. Kalau nak beli esok takut kelam-kabut pulak." Kata Faqihah.

"Alah,rileks la dulu. Kitorang baru je sampai kat sini. Tak sempat buka mulut lagi ha." Adryan membuat muka kesian.

"Ahh, aku tak kisah. Yang penting aku nak Ieka join kitorang sekali." Faqihah menarik tangan Ieka.

"Alah,nak ikut sekali."

"No way!" Faqihah mengecilkan matanya. Mereka berempat balik ke rumah sewa terlebih dahulu dan bersiap. Sekaligus mengambil kereta yang ditinggalkan oleh Abang Atiqah yang sudah ditinggalkan di rumah sewa diorang. Kunci kereta? Atiqah ada kunci simpanan la.

Mereka berempat shopping makanan sepuas-puasnya. Satu demi satu snek kegemaran mereka diambil.

"Waaa, seriously tak sabar lusa nanti. Huhu." Kata Farah. Dia mengambil 3 kotak honey star kegemaranya. Sedap giler kot.

"Saya pun!" Kata Ieka.

"Korang. Lepas shopping ni nak tak kita pergi makan kat restoran tu. Lapar lah." Faqihah memegang perutnya.

"Ok." Atiqah, Farah dan Ieka berkata hampir serentak.

*Di restoran*

"Saya pelik lah sebenarnya. Adryan ni kejap-kejap rapat dengan Farah. Kejap-kejap dengan Ieka. Macam playboy je." Kata Faqihah. Mereka baru selesai memesan makanan yang ingin dimakan.

"Hmm, tu lah. Saya pun fikir benda yang sama jugak. Farah, Ieka. Better korang hati-hati dengan dia tu. Kita tak boleh percaya sangat dengan orang yang kita baru kenal." Atiqah memberikan sedikit tazkirah pada hari ini. Kalau ada kemusykilan bab-bab agama. Just ask her. InShaAllah semua dia boleh jawab. Haha. Macam Ustazah gitu lorh.

Farah dan Ieka mengangguk tanda mengerti dengan kata-kata Atiqah.

"Ermm, kenapa korang serius sangat harini? Hehe, jomlah sembang pasal benda lain. Tak penting kot nak sembang pasal mamat tu. Huhu." Farah membuat senyuman palsu. Dalam hatinya hanya mempersoalkan kenapa dan mengapa Adryan tiba-tiba nak rapat dengan Ieka. Kena siasat ni. Mereka makan makanan yang dipesan sambil berbual. Betapa indahnya ikatan sebuah persahabatan.

*Bersambung*

Cinta DrastikWhere stories live. Discover now