Bab 29

13.9K 289 19
                                    

"Kuatnya alahan awak ni." Kata Adryan yang sedang mengurut belakang Farah. Farah hanya mengangguk kerana tidak mampu untuk berkata-kata.

"Jom lah saya bawa awak pergi klinik."

"Tak nak."

"Dahtu?"

"Saya nak tido kejap. Manalah tau nanti ok." Farah mengumur mulut lalu bergerak ke katil. Adryan setia mengikutnya dari belakang.

"Awak, duduk jauh sikit boleh? Peninglah bau perfume awak."

"Hah? Perfume? Saya tak pakai perfume pun." Adryan membau bajunya. Dia pelik. Takkanlah Farah tak boleh bau perfume yang dia pakai? Kena berjauhan la dulu buat sementara waktu.

"Haaaa, jauh je lah. Tak tahan dah ni." Lantas Farah melemparkan bantal ke arah Adryan. Adryan menjauh, tiba-tiba Adryan pula yang mual. Dia pantas masuk ke dalam tandas.

"Sayang!" Jerit Adryan dari bilik air.

"Kenapa pulak?" Farah membalas lemah.

"Saya tak boleh jauh dari awaklah, nanti saya pulak yang muntah."

"Alah, masalahnya saya tak boleh dekat dengan awak."

"Huwaaa, penatlah!"

"Saya pun penat jugak muntah ni. Saya yang kandung baby dalam perut ni tau. So, bekorban sikit please. Nanti ok lah tu." Kandung baby? Yeah, Farah mengandung. Dah 3 minggu usia kandungan tu.

"Ye lah, ye lah." Lama kelamaan, keadaan Adryan stabil. Farah juga tidur dengan nyenyak sekali. Tiada lagi tanda-tanda loya atau mual.

"Arghhhhh." Satu jeritan tiba-tiba bergema di dalam bilik menyebabkan Adryan tersedar dari lamunannya.

"Sayang, Kenapa ni? Bangunlah." Lembut Adryan berbisik di telinga Farah seraya mengejutkan Farah dari tidurnya.

"Saya mimpi buruk."

"Tulah, tidur lagi petang-petang ni. Mimpi apa?"

"Alah, penat lah. Saya mimpi pasal kawan-kawan saya."

"Hurm, Kenapa dengan diorang?"

"Entahlah, tak nak fikir dah. Saya nak jumpa diorang malam ni. Wajib!" Sebenarnya, Farah mimpi pasal kawan-kawan dia tinggalkan dia, Sebab accident. Pergh, tak sanggup kot. Kawan sehidup semati mana boleh tinggalkan macam tu je. Kena jumpa jugak dengan diorang malam ni. Takut juga kalau mimpi tu jadi kenyataan.

"Okey, then?" Sejujurnya, hubungan persahabatan Farah dengan Atiqah dan Faqihah menjadi kurang rapat semenjak Farah kahwin. Dengan Ieka pulak masa Farah bertunang dia hilangkan diri. Siapa yang tak sakit hati kan bila orang yang kita suka bertunang, pastu kahwin dengan orang lain, bestfriend sendiri pulak tu.

"Pergilah call diorang."

"Okey." Adryan akui, memang sikap manja isteri dia tu semakin menjadi jadi. Biasalah, tengah berbadan dua kan.

"Okey, diorang semua on je. And one more thing, diorang happy sangat sebab awak mengandung. Diorang tu dah tak sabar nak dapat anak saudara baru."

"Of course la. Anak saya nanti mesti comel kan?"

"Mesti la, papa dia kan hensem." Adryan mengangkat keningnya. Berlagak je lebih.

"Eleiii, mama dia pun cantik okey."

"Hahaha, ye la ye la. Awak memang cantik pun, kalau tak, takde nye saya terpikat dengan awak." Adryan menarik hidung Farah yang tidak mancung itu. Haha.

"Hey, orang kena tengok kecantikan dari dalam hati tau. Baru la bahagia." Farah menjuihkan bibir.

"Saya tengok dua-dua lah. Hehe." Dia sudah tersengih sambil menggarukan kepala.

Cinta DrastikTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang