Bab 1

27.5K 514 14
                                    

Hmmm, Mana Diorang ni,kata nak joging sekali.Tapi batang hidung pun tak nampak lagi. Guys please la cepat sampai. Hesh, menyesal datang awal. Kalau dah tau macam ni, baik aku datang sekali dengan diorang tadi. Entah melencong ke mana entah. " Bebel Farah dalam hatinya yang sedang duduk di tepi tasik.

Sedang dia menghayunkan kakinya,'duppp!'
Ada bunyi yang mengejutkan. Terkejut Farah dibuatnya apabila ada seorang lelaki yang tertiarap dihadapannya.

"Alamak,mampus la aku kali ni". Farah menggelabah apabila jejaka yang berada di hadapannya memandangnya dengan pandangan yang tajam.

"Em, sorry lah. Sorry sangat-sangat, saya tak sengaja.Maafkan saya please! Please!" Kata Farah sedikit merayu.

"Banyaklah kau punya sorry,sakit tahu tak." Kata jejaka itu sedikit melenting sambil menggosokkan lututnya.

"Salah kau jugak,jalan bukannya nak tengok depan,kau yang sengaja langgar kaki aku kan?" Kata Farah membela diri.

"Amboi-amboi,dah tau salah,salahkan orang pulak."

"Em,ye lah ye lah . aku dah mintak maaf kan ? So,maafkan je la . Please ! Please !" Bibirnya dicebikkan. Dia ingat comel sangat agaknya.

"Ehhh,kau ingat senang-senang je aku nak maafkan kau ? Ada syarat ok ."Kata jejaka itu sambil mengangkat keningnya.

"Yeah, nak ngorat dia ah. Haha." Kata jejaka itu dalam hati. Suka hati dia je nak ngorat anak dara orang. Maklumlah, handsome.

"Alamak,syarat apa pulak ? Hishhh"Farah mengeluh.

"Kau kena temankan aku joging.Deal ?"

"What, aku tak kenal kau pun okey. Kenapa nak kena teman pulak? "Suaranya agak meninggi. Yelah, tak kenal pun tetiba je suruh teman. Buang tabiat ke apa.

"Sebab tu lah aku nak suruh kau teman aku. Aku nak kenal kau."

"Erk? Dah kenapa tiba-tiba je nak kenal?" Perasaan berdebar mula bertapak dalam hatinya.

"Sebab errr. Tak ada apa-apalah. Kalau kau tak temankan aku, aku tak nak maafkan kau. Merangkak la kau dekat padang mahsyar nanti cari aku untuk minta kemaafan." Haa, ambik, kan dah dengar ceramah.

"Ish, tak ada syarat lain ke?"

"Nope."

"Okey fine. Tapi janji lepas jogging ni maafkan aku."

"Ok. Promise."

Mereka berdua memulakan perbualan setelah beriringan berjogging bersama.

"So,apa nama kau?" Kata jejaka itu sambil mengukir senyuman. Handsome giler beb!

"Farah. Farah Warda." Dia tidak mengukir senyuman. Malah, menjeling jejaka itu. Ye lah, masa yang ada untuk beriadah bersama rakan-rakan tidak kesampaian disebabkan jejaka ini. Salah kawan-kawan dia juga, tak reti nak muncul. Kalau muncul awal sikit mungkin takkan bertembung dengan jejaka ni. Tapi tulah, jodoh maybe.

"Senyumlah sikit." Farah tidak mengendahkan arahan jejaka itu. Dia menjongketkan bibirnya dan mengecilkan matanya.

"Pandai-pandai je suruh aku senyum. Hesh, senyuman aku ni mahal tau." Bisik Farah dalam hati.

Eh, kenapa tengok macam tu? Okey okey. Tak suruh kau senyum pun. Kenalkan, aku Adryan. Adryan Kashfi.

"Oh, ok." Hanya itu jawapan yang keluar dari mulut Farah.

"Tu je?"

"Yes, kau nak apa lagi?"

"Let's be friend."

"Er okey." Agak janggal bagi Farah sebenarnya. Tapi tu lah, orang nak berkawan dengan kita. Takkan nak tolak pulak. Kesian pulak kat dia.

Mereka berdua berbual sehingga tidak sedar bahawa masa sedang mencemburui mereka. Kedua-dua mereka pulang dengan hati yang gembira. Hmm,maklumlah. Dah dapat kawan baru,mana boleh tak gembira kan ?

*Bersambung*

Cinta DrastikWhere stories live. Discover now