Bab 20

6.5K 238 5
                                    

"Ohh, macam tu rupanya. Takpe lah, kalau kau dan dia ada jodoh, tak kemana punya." Kata Hakim demi meyakinkan Farah. Dari tadi dia mendengar cerita Farah dengan kusyuk. Tidak sanggup rasanya untuk melihat kawan baiknya bersedih.

"Tapi satu je aku takut, Ieka pun minat dekat Adryan. Adryan ni pun mengaku dekat Awar yang Ieka ni girlfriend dia. Ieka ni pun apa lagi, happy bukan main la. Sebab tu aku tak nak sakitkan hati dia."

"Don't worrylah. Kau explain kat dia elok-elok."

"Cakap elok-elok pun tak guna sebab lambat laun kitorang akan bergaduh juga."

"Aku akan tolong kau. Amacam? Deal?"

"Tak nak lah. Adryan tu Ieka punya."

"Aku pun hensem apa. Hahaha." Kata Hakim sambil memegang kolar bajunya. Perasan wuuu.

"Eleh, perasannya. Ada baldi tak? Nak muntah. Tak hingin aku."

"Ehh, nak muntah cari tempat lain k. Kat sini tempat orang makan." Lega hatinya apabila melihat Farah tersenyum kembali. Sengaja dia berkata begitu supaya keadaan kembali riuh. Masa Farah bercerita tadi pun, muka dia masam je. Tak syiok ah.

"Tak ada tempat lainlah masalahnya. Hahaha."

"Hahaha, dah lah. Weh, jomlah. Kata nak beli barang dapur."

"Ehh, aku pulak. Kau yang nak beli kan?"

"Temanlah please."

"Ye lah ye lah. Disebabkan kau dengar luahan hati aku, aku teman kau k."

"Yeayy, ni best ada bestfriend ni. Haha. Jom."

~~~~~

Rasa bersalah menyelubungi hati Ieka. "Ah, aku tak patut buat macam ni. Buat kawan aku sendiri terasa dengan aku. Tapi aku suka Adryan. What should I do?" Setitis demi setitis air mata keluar dari tubir matanya.

Atiqah dan Faqihah yang nampak kepada perubahan wajah Ieka cepat-cepat membawa Ieka ke kereta. Takut juga kalau Ieka menangis teresak-esak kat sini. Tak pasal-pasal dapat malu percuma kat sini.

"Ieka, janganlah macam ni. Dah dah la tu." Faqihah menenangkan Ieka yang masih lagi menangis di tempat duduk belakang. Daripada bertolak balik tadi, sampai sekarang tak berhenti lagi. Hmm.

"Betul tu. Dahla Ieka, saya tau awak dan Farah suka dia. Tapi awak janganlah ikut perasaan sangat eh. Fikirkan dulu elok-elok. Jangan buat keputusan secara terburu-buru. One more thing, saya tak nampak lagi kat mana keistimewaan Adryan tu sampai korang suka sangat dekat dia."

"Setuju!" Kata Faqihah dengan semangatnya yang berkobar-kobar. Mana taknya. Faqihah mana pernah nampak keistimewaan semua lelaki, dia ni nampak keistimewaan dan tergila-gilakan anime lelaki je. Lelaki sejati? Sebelah mata pun tak pandang.

Sesampainya di rumah sewa, Ieka terus berlari anak menuju ke dalam biliknya dan terus mengunci pintu bilik. Atiqah dan Faqihah saling berpandangan.

"Biarlah dia melayan perasaan dulu." Kata Atiqah diikuti dengan anggukan daripada Faqihah. Mereka berdua duduk di atas sofa berhadapan dengan televisyen untuk menonton drama korea kegemaran mereka. Kalau dalam sehari tak tengok drama korea ni memang tak sah.

~~~~~

Adryan mencari tempat letak kereta di carefour. Seperti biasa, dia memang selalu membeli-belah di situ. Dah lebih lima kali pusing tak jumpa-jumpa lagi tempat yang sesuai untuk meletak keretanya. Penuh orang harini. Biasalah, hari minggu memang ramai. Semua orang mencari kesempatan untuk membeli-belah bersama keluarga mereka.

Semasa di hadapan pintu carefour, tanpa disedari, Adryan hampir sahaja terlanggar seorang gadis yang sedang melintas jalan. Salah dia juga, matanya hanya fokus melilau mencari tempat untuk meletakkan kereta. Tak tengok depan pun. Dia lantas memberhentikan keretanya dan tanpa berlengah masa, dia keluar dari kereta untuk membantu gadis itu.

"Miss, are you okey?" Soal Adryan yang sedang memandang gadis yang sedang menunduk sambil menggosokkan kakinya itu.

"No, I'm not okey." Kata gadis itu sambil mengangkat mukanya.

"Hah? Awar? Apa yang you buat kat sini?"

"Adryan, please la jangan marah I. Kaki I terseliuh ni."

"Ish, kesian la pulak dekat Awar ni. Tapi betul ke kaki dia terseliuh. Ke dia sengaja nak bermanja dengan aku?" Soal Adryan dalam hatinya sambil melihat kaki Awar. Entah boleh dipercayai atau tidak perempuan itu.

"Then, you nak i buat apa?"

"Tolong hantar i balik boleh tak?"

"Hah? Balik rumah? Rumah you?"

"Yup, rumah I. Why?"

"Entah-entah nanti dia suruh aku papah dia. Ahh, Adryan. Jangan bersangka buruk." Katanya di dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.

"Nothing, jom." Tanpa membantu Awar, Adryan cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Dia hanya melihat Awar berjalan terhenjut-henjut untuk masuk ke tempat sebelah pemandu keretanya.

"Haha, plan aku hampir berjaya. Adryan, Adryan. Tak sangka kau boleh masuk dalam perangkap aku. Tak sia-sia aku stalk kau sampai ke sini." Awar tersenyum kemenangan.

Adryan teringat akan kejadian semasa berkhemah tempoh hari. Kaki Ieka pun terseliuh juga. Tapi nasib baiklah cepat sembuh, dia pun boleh menyertai semua aktiviti yang dianjurkan termasuklah jungle trekking. Walaupun kakinya masih sakit, dia tetap meneruskan perjalanan. Tersenyum sendiri dibuatnya apabila teringat keletah manja Ieka. "Comel." Katanya dalam hati.

"Adryan, Adryan." Panggil Awar kebingungan setelah melihat Adryan mengelamun.

"Ehh, Yaa yaa."

"Jomlah. Jalan cepat."

"Ish, geram betul dengan Awar ni. Habis hilang mood aku nak shopping harini. Huh." Adryan tidak membalas kata-kata Awar. Malah, mengutuk dalam hati adalah. Dia lantas memandu untuk menghantar Awar ke rumahnya.

Awan mendung. Langit bergemuruh. Angin sepoi-sepoi bahasa. Perkataan yang mampu diungkapkan pada waktu itu. Nak hujan nampaknya. Hurmm.

*Bersambung*

P/s : Vote kalau rasa cerita ni best dan komen kalau cerita ni membosankan. Manalah tau boleh diperbaiki. Thanks.

Cinta DrastikTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang