Bab 22

6.3K 214 4
                                    

"Awar, apa kau buat kat aku hah? Farah, Jangan salah faham, sumpah saya tak buat apa-apa dekat Awar." Adryan separuh menjerit. Dia sememangnya tidak sangka yang Awar akan buat perkara yang terkutuk untuk mendapatkan dirinya.

"You tanya I Adryan? You yang buat benda tak senonoh dekat I." Awar membela diri, air mata lakonannya masih mengalir di pipi.

"Hah? I? Apa yang I buat?"

"Dahla Hakim, jomlah balik. Makin sakit hati aku duduk kat sini." Farah memulakan langkah. Kali ini, Hakim pula yang mengikutnya dari belakang.

"Farah, Tunggu, saya nak explain dulu semua ni. Tolonglah!" Rayu Adryan. Farah tidak menghiraukan rayuan itu. Mereka berdua terus berlalu keluar daripada rumah yang membawa seribu kenangan pahit di dalamnya.

"Hahaha, padan muka kau Farah. Happy tak tengok aku dan Adryan macam ni?" Sebenarnya, Awar mana ada buat benda yang bukan-bukan pun dekat Adryan. Ini cuma lakonannya. Lakonan untuk meraih cinta Adryan.

Sebelum melakukan lakonan ini, Awar sudahpun memeriksa telefon Adryan dan melihat perbualan terakhirnya dengan Farah. Dia sudah mencari nama Ieka tapi tidak jumpa. Jadi, tiada cara lain. Walaupun Ieka yang rapat dengan Adryan, Dia tahu, berdasarkan chat yang dibaca bahawa Farah lebih rapat. Sebab tu dia menelefon Farah.

"Tak guna betul lah kau ni Awar. Apa yang kau tak puas hati sangat ah dengan aku?" Suaranya masih meninggi. Amarahnya semakin membuak-buak. Tersentak Awar dibuatnya apabila mendengar suara Adryan yang semakin kuat.

"I just want you Adryan. Only you."

"Tapi aku benci kau. Aku benci kau! Arghhhhh."

~~~~~

"Pastu Farah, awak nak balik ke nak pergi tempat lain dulu?"

Senyap.

"Hello, Farah. Aku tanya ni."

Senyap

"Farah?"

Senyap

"Farah!" Kali ini Hakim menjerit.

"Hah, apa apa?"

"Ish kau ni. Nak balik ke nak pergi tempat lain dulu?"

"Em, tempat lainlah dulu." Sengaja dia tidak mahu menunjukkan mukanya yang sedang menangis. Takut kawan-kawannya risau pulak.

"Pergi tasik nak?" Pelawa Hakim. Memandangkan hari sudah petang, tasik memang sesuai untuk dijadikan arah tujuan sekarang. Di situ, ramai orang yang bersuka ria waktu macam ni.

"Tak nak." Teringat akan pertama kali bertemu dengan Adryan di tasik. Waktu itu, dia berasa sangat beruntung kerana boleh mengenali lelaki macam Adryan. Baik, peramah dan kacak. Tidak sanggup rasanya untuk mengingat balik kejadian hari itu, jika mengingatnya, dia akan teringat Adryan yang berada di rumah Awar. Sungguh, hatinya amat sakit. Sangat sakit.

"Pastu?"

"Ermm, entahlah. Serabutlah duk fikir benda ni je."

"Tak payah fikir. Kan senang."

"Ish kau ni. Orang tengah sedih ni. Jangan buat lawak k. Kau cakap memang la senang. Aku ni yang sakit hati."

"Alah, aku just nak kau senyum je. Tak cantik ahh muka masam je."

"Tak boleh nak senyum." Bibirnya berat untuk mengukir senyuman pada waktu ini. Dia memgelap air mata yang masih bersisa di pipi.

"Cuba kau tengok muka aku yang hensem ni. Confirm cair terus pastu mesti boleh lupakan Adryan."

"Awak, awak. Buat lawak eh? Nak saya gelak?"

"Nak nak. Gelaklah cepat."

"Hahaha. Lawaknya." Ketawanya tidak ikhlas.

"Ish, gelaklah betul-betul. Penat aku buat lawak ni."

"Hahaha." Ketawanya masih tidak ikhlas.

"Gelak la ikhlas sikit. Please."

"Awak awak, hati saya ni tengah sakit tau awak. Boleh tak jangan ganggu saya."

"Ye lah awak. Saya cuma nak hiburkan hati awak je." Hakim memcebik bibir.

"Ala, sorry la awak. Awak ni, awak tahu saya tengah patah hati kan."

"Ye lah awak. Awak tengah patah hati kan? Nanti saya hiburkan hati awak tau." Sengaja mereka menggunakan awak-saya. Nak bermanja la kononnya.

"Ok awak." Bertuah rasanya bila ada orang yang sentiasa menghiburkan kita. Lupa terus kepada kejadian tadi. Farah kembali senyum. Memang betul apa yang Hakim cakap tu. Tak perlu fikirkan semua tu. Biarlah dia mulakan hidup baru tanpa memikirkan Adryan. Tapi susah, memang teramat susah untuk melupakan segala kenangan manis bersama Adryan.

"Then, nak ke mana ni?"

"Em, suka hati kaulah. Asalkan tempat tu boleh buat aku happy."

"Ok. Tapi balik dulu lah. Malam ni kita keluar." Kata Hakim seraya mengukir senyuman.

"Err, malam ni eh? Ok."

Farah membuka telefonnya. Terkejut dibuatnya apabila dia terlihat 20 missed call dan 50 chat dari Adryan.

"Hakim, tengok ni."

"Woww, gila deabak."

"Perlu ke aku angkat bila dia call dan balas bila dia chat?"

"Urmm, entahlah. Bab ni aku tak boleh nak tolong."

"Ala, tolonglah."

"K, macam ni. Kau kan nak hiburkan hati. Jadi, bila kau tak payah angkat dan balas, mesti akan rasa sedih. So aku sarankan tak payah lah."

"Hmm, ok."

~~~~~

"Farah, mana awak ni. Tolonglah angkat." Adryan mendail nombor Farah berkali-kali. Tetapi masih tiada jawapan.

"Ish, ni semua sebab Awar. Harap-haraplah pihak atasan takkan tau benda ni. Kalau tak, mampus aku kena kahwin dengan dia. Eii, jijik k. Jijik. Perempuan macam tu elok humban dalam sungai. Pastu biar kena makan buaya. Huh." Kata Adryan yang sedang memandu untuk pulang ke rumah.

Sakit hatinya bila memikirkan balik kejadian yang berlaku petang tadi. Dia menengking Awar habis-habisan tadi. Baru puas hatinya. "Macam mana lah aku boleh tertipu dengan Awar tu. Ish, jatuh maruah aku."

*Bersambung*

P/s : Vote kalau rasa cerita ni best dan komen kalau cerita ni membosankan. Manalah tau boleh diperbaiki. Thanks.

Cinta DrastikTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang