"Ish, jangan la macam ni. Aku gurau je. Nyanyi please!" Hakim mengelipkan matanya berkali-kali. Bajet cute pulak dia ni. Haha.
"Tak nak!" Farah memeluk tubuh.
"Nak la."
"Aku kata tak nak, tak nak la. Suara aku bukan merdu sangat pun. Bukan macam kau."
"Tak payah nak tipu. Aku tau suara kau merdu."
"Kau pernah dengar aku nyanyi? Tak kan?"
"Pernah ok. Kau je yang tak perasan."
"Bila?"
"Secret!" Hakim berjalan laju ke depan untuk menuju ke unggun api.
"Gedik betul. Nak bersecret bagai. Huh! Tak gentle langsung."
~~~~~
Hakim teringat kejadian semasa di tandas haritu.
"Kerana kau berikan ku bahagia, bila kau menyatakan cintamu, kerana kau membuatku terlena dalam rindu,aku cinta padamu." Kedengaran suara seorang gadis dari arah tandas perempuan.
"Woww, merdunya." Hakim mengintai sedikit ke dalam tandas wanita. Nasib baik tiada orang lain waktu tu.
"Huh, Farah? Alamak, dia dah nak keluar. Masuk balik lah dalam tandas." Hakim tergesa-gesa masuk semula ke dalam tandas lelaki. Kalau keluar nanti nampak kelam kabut pulak. Dia buat-buat keluar tandas serentak dengan Farah. Huh, pandai betul berlakon.
Hakim tersenyum sendiri setelah mengingati kejadian itu. Dia terus berjalan sehingga sampai ke tapak unggun api. Dia menoleh ke belakang dan ternampak Farah dengan muka masam mencuka. Dia tergelak.
"Assalamualaikum. Korang, jom jom duduk dekat unggun api. Banyak game kita nak main ni." Kata Hakim setelah ketawanya reda. Suaranya kuat supaya semua peserta mendengar arahannya. Farah yang dari tadi berdiri di belakang Hakim maju untuk duduk di sebelahnya.
"Setuju eh?"
"Tak."
"Please!"
"Tak nak."
"Ish, biarlah kau tak nak pun. Nanti aku tarik kau supaya bangun sekali dengan aku. Huh." Hakim berbisik dalam hatinya. Dia tersengih.
"Tak nak sudah!" Sengaja dia berkata begitu.
~~~~~
"Ad, boleh tak i nak duduk dekat sebelah you?" Kata Awar dengan gaya gediknya.
"Sorry, but i think that Ieka need me." Adryan senyum ke arah Ieka yang dari tadi duduk di sebelahnya.
"Ieka duduk dekat sebelah kanan you. I duduk kat sebelah kiri you. Amacam?" Awar memberi cadangan.
"Awar, haritu you sendiri yang cakap dekat i yang you dah malas nak layan i. So now? Why you still ganggu i?"
"Sebab i cintakan you. I love you Adryan. Please terima cinta i. I need you in my life. Please." Kata Awar tanpa teragak-agak.
"But i hate you. Sorry. You tengok sendiri lah cara you tu. Gedik tahu tak, macam mana i nak hidup dengan you kalau you still dengan perangai you tu. I tak suka perempuan gedik macam you." Fuh, hati Awar seperti ditikam pisau yang tajam. Hampir sahaja dia mengeluarkan air mata. Tetapi cepat-cepat diseka. Dia berlari menuju ke khemahnya. Ingin melepaskan kesedihan yang ada dihatinya.
"Adryan, kejam sangatlah." Ieka yang dari tadi hanya mendengar perbualan Awar dan Adryan mula bersuara. Dia tidak bersetuju dengan tindakan Adryan.
"Alah, biasa je tu. Nanti oklah tu." Tenang Adryan berbicara.
"Awak tau tak. Kekadang, benda-benda macam ni boleh bawa mati. Nanti kalau Awar bunuh diri macam mana?"
"Takkan la sampai macam tu sekali."
"Saya taulah sebab saya ni perempuan. Saya faham perasaan dia."
"Arghh, lupakan pasal dia. Saya tahu dia takkan buat benda macam tu. Apa yang saya harapkan dia berubah. Tak gedik macam sekarang ni. Saya berharap sangat."
"Ye lah. Kita sama-sama doakan dia ok. Janji."
"Janji." Mereka berbalas senyuman. Mereka sama-sama berjalan ke arah unggun api. Ieka berjalan terhenjut - henjut kerana kakinya masih sakit. Faqihah, Atiqah dan Zizan menyertai mereka dari belakang.
"Ok, memandangkan semua dah ada dekat sini, kita dah boleh start game kita." Kata Hakim sambil berdiri.
"Yeahhh." Semua peserta bersorak.
"So now, ada sesiapa yang nak tunjukkan bakat? Menyanyi, menari, teka-teki, bercerita atau sebagainya. Anyone?" Hakim menyoal semua peserta.
"Saya saya! Saya nak bercerita pasal ghost. Huhu, siapa nak dengar?" Kata seorang peserta yang bernama Afiq. Dia berdiri supaya semua orang dapat mendengar dengan jelas.
"Eee, takutlah."
"Ish, tak payahlah."
"Nak nak!"
Macam-macam respon yang didengari. Afiq bercerita dengan penuh perasaan. Semua peserta mendengar dengan kusyuk. Setelah bercerita, seorang peserta yang bernama Azam menawarkan diri untuk berteka-teki. Fuhh, semua teka-teki dia susah. Ramai yang main belasah je menjawab teka-teki itu. Apa yang penting, semua gembira.
"Wahh, bagus betul korang ni kan? Banyak je idea nak hiburkan kita malam ni. Sekarang ni, saya nak tunjukkan bakat saya pulak. Saya nak menyanyi. Hehe. Tepuklah tangan sikit." Hakim mahu melaksanakan rancangannya. Dia mahu Farah menyanyi sama.
"Lagu ni bertajuk Untuk Dia. Terimalah."
"Aku yang patut,
Yang patut,
Memberinya segala,
Kerna aku mampu,
Ya aku mampu,
Melakukan apa-apa saja,
Untuk dia, Hey !" Nyanyian korus dinyanyikan oleh semua orang yang berada di situ. Hakim segera menarik Farah untuk bangun bersamanya. Terkejut Farah dibuatnya dengan tindakan drastik Hakim itu. Dia tidak tahu untuk apa dia berdiri disitu. Dia pura-pura happy, menyanyi bersama sambil menepuk tangan."Nanti nyanyi tau. Jangan rosakkan show aku ni." Bisik Hakim dengan laju supaya tidak disedari oleh peserta lain.Puih, show la sangat.
"Huh? Ok ok. Fuh, Bismillah." Farah juga berbisik.
"Engkau punya gaya,
Walaupun tak kaya,
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja,
Mungkin kau lihat ku banyak berbelanja,
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja,
Bertemu di mukabuku,
Ku jatuh hati padamu,
Bukan tak nak mengaku,
Tapi hati rasa malu,
Senyum mu menawan,
Menawan,
Kau buat hatiku tertawan."Semua peserta terpegun dengan hasil duet Hakim dan Farah. Memang terbaiklah. Tepukan gemuruh diberikan setelah mereka selesai menyanyi. Faqihah, Atiqah dan Ieka juga terpegun. Sungguh mereka tidak sangka bahawa kawan baiknya itu mempunyai bakat terpendam.
"Nak lagi."
"Wahh, so sweet."
"Sedap giler suara diorang."
Banyak komen positif yang mereka dengar setelah selesai menyanyi.
"Cewah Farah, kan aku dah kata suara kau tu merdu. Best kan tadi." Hakim tersenyum puas.
"Huh, best tu memanglah best. Tapi seriously nervous aku tak hilang lagi. Huhu."
"Kejap lagi hilanglah tu. Puas hati tak? Kau kan dah tunjukkan bakat kau yang hebat tu. Suara ala-ala Najwa Latif gitu lorh. Haha"
"Em, puaslah jugak. Hehe."
"Tulah, nasib baik aku paksa kau."
"Eleh, kalau kau tak paksa pun aku nak tunjuk bakat sendiri. Tak perlukan kau pun. Wuuuu." Kata Farah dengan nada mengejek.
"Eleh. Cakap je lebih. Mentang-mentanglah dah lepas."
"Hahahaha." Mereka ketawa bersama. Tidak sangka hubungan mereka yang selalu bergaduh, menjadi baik setelah perkhemahan ini diadakan. Rancangan Hakim untuk mengenakan Farah pada awalnya juga terus terpadam dari mindanya.
Aktiviti diteruskan lagi sehingga tengah malam.
*Bersambung*
YOU ARE READING
Cinta Drastik
Teen FictionFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...