Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah bagi mereka. Hanya dalam beberapa jam lagi, mereka akan mendapat segulung ijazah. Selepas ini, mereka boleh mencari rezeki sendiri dengan bantuan ijazah ini, InShaAllah akan dipermudahkan oleh Allah untuk mendapat pekerjaan. Hakim sudah setahun habis pengajiannya.
Dengar khabar, dia telah berjaya mendapatkan kerja yang diinginkan. .Chef beb, restoran 5 bintang pulak tu. Kejadian 6 bulan lepas masih bermain-main dalam minda Farah.
*Flashback*
Sedang mereka menonton wayang, Hakim memandang tepat ke dalam anak mata Farah.
"Farah?"
"Yup." Dia juga memandang Hakim. Mereka bertentangan mata seketika.
"Saya keliru lah." Matanya masih tidak berganjak daripada memandang wajah Farah.
"Hah? Kenapa dengan kau ni? Nak bersaya awak pulak tu. Hehe, peliklah kau ni." Farah menyedapkan hatinya.
"Saya keliru. Takut kalau saya dah jatuh cinta dekat awak." Gulp, Farah menelan air liur. Pandangannya dialihkan kepada skrin wayang dihadapan.
"Aduh, apa aku nak jawab ni." Farah buntu. Hesy, banyak masalah betul lah.
"Sorry Hakim, tapi ka- kau tau kan yang a-aku suka Adryan. Tapi aku janji, seriously aku janji. Kita kawan sampai syurga ok?" Tergagap-gagap Farah membalasnya.
"Ohh, ok. Saya faham. Tak pe lah kalau macam tu. Saya balik dulu." Hakim terus bangun dari tempat duduknya dan berlalu dari situ. "Sorry Hakim." Desis Farah dalam hati.
Argh, sememangnya benda inilah yang dibenci oleh Farah sejak dulu lagi. Dari teman, menjadi cinta. Sungguh, dia tidak mahu melukakan hati sesiapa. Tapi apakan daya, perasaan sayang dan sukanya hanya untuk Adryan sorang je.
*End of flashback*
Semenjak dari hari itu, Hakim langsung tidak menghubungi Farah. Dia seolah-olah telah hilang daripada hidup Farah. Tapi, memang. Memang perasaan bersalah masih membelenggu dirinya. Ketika sedang termenung, seseorang yang amat Farah kenali ada di hadapan matanya. Awar, luarannya sudah beransur baik. Pakaiannya lebih menutup aurat dan makeupnya tidak terlalu tebal.
"Farah, hujung minggu ni Saya akan pergi dekat Istanbul and maybe saya takkan balik sini dah."
"Huh? But why?"
"Saya dah banyak makan hatilah, saya buat apa-apa pun pintu hati Adryan takkan terbuka untuk saya. So, awak kena janji dengan saya. Please, jaga Adryan elok-elok. Kalau nak nikah jangan lupa ajak tau." Sempat lagi dia bergurau.
"Takkan secepat ni awak berubah?"
"Se-sebenarnya mama saya baru meninggal dua hari lepas, dia tak sempat nak tengok saya graduasi. Saya sayang dia sangat-sangat. Serius, saya tak tahu ma-macam mana saya akan hidup tanpa dia." Tersekat-sekat Awar berbicara diiringi dengan air mata yang mencurah-curah.
"Sabarlah awak. Dari Dia kita datang, dari Dia jugak kita pergi. Sabar eh. Memanglah kita sayang parents kita, tanpa mereka siapalah kita ni kan." Farah mengusap-usap belakang Awar.
"Boleh percaya ke tak dia ni." Sebenarnya, situasi ini susah untuk dipercayai, takut juga kalau pisang berbuah dua kali.
"Hurm, mesti awak ingat saya tipu. Yes, saya mengaku dulu memang saya tipu awak. Saya tipu sebab saya nak dapatkan Adryan. Tapi tulah, seriously, saya memang dah tak sanggup makan hati. Hati saya dah banyak tersiksa sebab tunggu Adryan. Dah sakit hati dengan Adryan, tambah pulak dengan kematian mama saya. Saya memang dah tak boleh tahanlah." Awar seolah-olah boleh membaca fikiran Farah pada waktu itu. Nasib baik masih ada secebis murni dalam hatinya.
"Ohh. Sabarlah Awar." Hanya perkataan 'sabar' yang mampu diungkapkan oleh Farah pada waktu itu. Yelah, dia tak tahu macam mana perasaan Awar masa tu. Dia pun tak pernah lalui semua tu.
"Tapi sebelum tu saya nak minta maaf kat kawan-kawan awak, Adryan dan Hakim sekali. Saya tahu yang saya dah banyak buat salah kat korang." Kali ini jelas terpancar keikhlasan hatinya.
"Hurm, saya harap keputusan awak nak berhijrah ke sana tu betul dan saya harap sangat, awak dapat jodoh yang lebih baik daripada Adryan."
"Aamiin, InShaAllah Farah, thanks sebab percayakan saya walau saya dah banyak menyakiti hati awak." Awar mengelap air mata yang masih bersisa di pipi.
"Tak pelah. Kita ni kan always buat salah, so kena lah saling bermaafan." Farah memeluk erat tubuh Awar.
"Thanks sangat-sangat." Awar juga membalas pelukan Farah.
Tidak percaya rasanya, semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Takdir sudah menentukan segalanya. Yang penting kena sabar dan redha dengan apa yang telah berlaku.
P/s : Sorry part ni pendek sangattt.. Maafkan segala ke'typo'an dan ayat yg berbelit. As always, vote kalau rasa cerita ni best dan komen kalau tak best. Hehe, actually cerita ni nak sampai penghujung dah sebab idea kering, tak muncul-muncul. Lagipun SMU dah nak dekat, ingat nak habiskan cerita ni sebelum SMU. Ok, byeeee.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Drastik
Fiksi RemajaFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...