Faqihah dan Atiqah memapah Ieka manakala Adryan menjaga dari belakang. Yelah, manalah tau tiba-tiba terjatuh terlentang ke belakang, boleh la dia sambut. Gatal betul mamat ni. Haha. Nasib baiklah tempat diorang cari kayu api tu tidak jauh dari khemah.
Banyak mata yang memerhati setelah mereka sampai ke situ. Apatah lagi Awar. Mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu.
"Gedik betul lah minah ni. Mesti nak cari perhatian Adryan. Ish, geram!" Awar memgecilkan matanya. Dia sudah dapat merancang sesuatu yang pastinya akan menggembirakan hatinya.
"Ieka, awak pergi berehat dalam khemah dulu. Saya nak pergi cari Farah. Nak ambil peti pertolongan cemas." Atiqah berlalu pergi. Ieka masuk ke dalam khemah dengan berhati-hati. Faqihah mengikutnya dari belakang. Adryan dan Zizan menunggu di luar khemah. Takkan nak masuk sekali, boleh runtuh khemah tu kalau semua sekali masuk. Haha.
"Farah!" Atiqah memanggil Farah setelah melihat kelibat rakan baiknya itu berada di depan mata.
"Eh, dah balik dah. Macam mana? Best tak?" Farah tergelak kecil.
"Best apanya? Kesian Ieka. Kaki dia terseliuh. Tak baik gelak tau."
"What? So, so. Apa yang saya perlu buat sekarang?" Farah panik.
"Pergi cari peti peetolongan cemas cepat. Bab-bab mengurut bagi saya je lah. Saya kan pakar. Hehe." Atiqah memang pakar dalam bab-bab mengurut ni. Masa sekolah menengah, ramai cikgu yang dia dah urut. Entah dari mana la dia dapat kepakaran ni. Mak dia bukan pengurut. Ayah dia lagilah bukan.
"Ok,ok. Awak pergi tunggu dekat khemah. Nanti saya cari." Farah berlari anak. Entah menuju ke mana. Mencari pengerusi kot.
Farah dan Hakim sama-sama berlari menuju ke khemah. Farah memegang peti pertolongan cemas itu. Setelah sampai, Farah masuk dan terus memberikan peti itu kepada Atiqah. Tanpa berlengah, Atiqah mengeluarkan minyak angin lalu mengurut kaki Ieka. Selepas itu. Dia membalutnya.
"Macam mana dengan Ieka? Ok dah ke?" Soal Hakim setelah Farah keluar dari khemah.
"Dia kata ok la sikit daripada mula-mula kena tadi."
"Ohh." Adryan dan Zizan yang dari tadi berada disitu mengukir senyuman.
"So, macam mana dengan kayu api? Kalau tak ada benda tu tak jadilah unggun api kita malam ni." Soal Farah. Hakim memandang Adryan dan Zizan.
"Ada. Kitorang dah longgok kat satu tempat tadi. Tinggal nak cari orang untuk bawa kayu tu." Kata Zizan.
"Dah tu? Buat apa lagi tercegat dekat sini. Pergilah cari orang." Suara Hakim meninggi. Teserlah kejantanannya. Hahaa.
"Ok." Adryan dan Zizan menurut.
"Weh, kita tak solat zohor lagi ni. Jomlah pergi solat dulu. Dah lewat ni." Zizan mengerling jam yang dipakai ditangan kirinya. Adryan mengangguk.
~~~~~
Seusai solat isyak, semua peserta diberikan rehat selama 10 minit. Farah dan Hakim duduk berduaan di dewan. Takpe, dewan tu terbuka. Lainlah kalau tertutup. Lagipun ramai peserta lalu lalang di situ.
"Farah, ape favorite song kau selain Tercipta untukku?" Soal Hakim.
"Be mine, Aku suka dia n kamu saja. Banyak lagi sebenarnya. Eh wait. Kenapa tiba-tiba tanya ni?"
"Nothing. Hehehe." Hakim tersenyum menampakkan sebaris giginya.
"Jom pergi dekat unggun api tu. Bagi announcement kat diorang suruh pergi dekat situ." Ajak Hakim.
"Jom."
"Far, kejap lagi kita buat persembahan nak?" Soal Hakim dengan penuh harapan.
"Huh? Persembahan? Dekat unggun api tu?"
"Ha'ah. Kat unggun api tu. Please, seganlah nak menyanyi sorang-sorang."
"Kau buat lawak eh? Selama ni kau jadi pengerusi, cakap sorang-sorang dekat depan dewan ok je."
"Mana ada. Time tu bercakap je. Ni menyanyi. Aku nak tunjuk bakat. Almaklumlah, suara aku kan sedap. Hehe."
"Eleh, perasannya. Puji diri sendiri wuu. Kesian, tak ada orang puji eh? Meh aku nak tolong puji. Abang Hakim, Abang Hakim, sedapnya suara abang. Hahahaha." Ketawa terbahak-bahak Farah dibuatnya.
"Hahaha, lawaknya. Nak aku gelak?" Kata Hakim dengan muka blurnya. Lawak sebenarnya. Sengaja dia tahan supaya ketawanya tidak meletus. Tak naklah orang ingat dia gedik pulak sebab dia ni kalau gelak memang tak ingat dunia. Huhu. Nanti dia nak gelak sorang-sorang dalam khemah. Hahaha.
"Eleh, tak sporting langsung. Tak nak nyanyi." Farah mencebik bibir. Farah ni kalau sedih memang selalu cebik bibir. Jangan persoalkan hobinya itu. Haha.
*Bersambung*
Pic -: Dari kiri Ieka, Adryan dan Farah.
Ieka dan Farah tu pic real. Adryan tu pic pelakon. Hehe, harap maklum.
YOU ARE READING
Cinta Drastik
Roman pour AdolescentsFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...