"Aikk,awak buat apa kat sini ? Saya ingat keluarga bahagia mana la yang melepak kat sini tadi." Ieka menegur Farah, Bunyi macam menyindir pun ada.
"Emm, kitorang kitorang..."Farah kehilangan kata.
"Kitorang nak beli barang dekat anak saudara aku ni,Abang aku yang suruh. Kan Farah?" Adryan memotong cakap Farah.Menipu je pandai mamat ni.
"Haa,betul la tu.Korang naik apa datang sini?" Farah memandang Adryan sekilas.Dia cepat-cepat menukar topik supaya tiada lagi pembohongan yang bakal berlaku.
"Em naik teksi je. Kereta saya abang saya pinjam tadi." Atiqah yang senyap dari tadi membuka mulut.
"Ala,pastu kita nak pergi kuliah naik apa esok ?" Farah memandang Atiqah dengan muka yang serius.
"Alaa,jalan kaki pun sampai la." Kata Atiqah ringkas. Mereka berempat tinggal di rumah sewa berdekatan Universiti. Jadi tak runsing sangat dengan kenderaan. Jalan kaki pun sampai, cuma perlu mengambil masa yang lama untuk sampai.
"Alaa,ni malas ni" Farah memuncungkan bibirnya.
"Ehh tak pe tak pe. Esok saya hantarkan awak, nak tak?"Adryan menawarkan dirinya.
"Alaa,Farah je ke ?" Ieka menjeling Adryan.
"A'ah la, takkan saya sorang je. Kalau kawan-kawan saya nak join sekali boleh tak?"Farah mengangkat-angkat keningnya.
"Boleh boleh" Damia yang dari tadi bermain patung barbie doll yang baru dibelinya tadi mula menyampuk.
"Haa,bagus betul budak cute ni"Kali ini Ieka pula yang mengusap kepala Damia.
"So,korang nak balik dengan siapa ni?" Farah menyoal Faqihah. Dari tadi lagi senyap semacam,kadang-kadang tersengih macam kerang busuk pun ada.Tak tahu sebab apa. Mungin Pakwe dia bagi hadiah.
"Erm, teksi lah. Apa lagi" Faqihah tersengih sekali lagi.
"Alaa,jom la naik kereta Adryan sekali. Boleh tak Adryan?" Farah tersenyum sambil mengelip ngelipkan matanya. Dia ingat comel sangat agaknya. Puihhh.
"Boleh boleh." Damia bersuara sekali lagi.
"Waaa,so cute" Faqihah, Atiqah dan Ieka berkata serentak.
"So,Adryan. Senyap je dari tadi, boleh ke tak?"
"Ermm,bolehlaa. Tapi saya malas nak drive, bagilah diantara kawan-kawan awak ni drive. Lagipun Damia ni selalu tidur time-time macam ni"Adryan berkata setelah melihat Damia menguap.
"Alaa,macam la kitorang ni tak pandai jaga budak kecik"Kata Atiqah ringkas.
"Macam la dia ni kenal korang. Dia tak nak tidur dengan orang yang dia tak kenal, harap maklum"Adryan terus berlalu pergi ke tempat letak kereta. Farah bersama rakan-rakannya mengeluh lalu mengikut langkah Adryan dari belakang.
"Sibuk je diorang ni, aku nak berjalan dengan Farah tapi apakan daya. Hmmm." Adryan mengeluh panjang. Dia memandang ke arah Farah dan rakan-rakannya.
"Nah,so siapa yang nak drive ni" Kata Adryan sambil menghulurkan kunci kereta ketika mereka sampai di tempat letak kereta. Dia hanya memimpin anak saudaranya dari tadi. Berat agaknya sebab tu tak dukung selalu.
"Saya saya" Damia melompat kegirangan.
"Amboi-amboi budak ni. Nak bawa kereta dah eh ? Nanti paksu ajar tau. Hahaha." Mereka semua tergelak terbahak-bahak selepas Damia membuat lawak antarabangsa itu tadi. Terkeluar air mata dibuatnya.
"Meh,sini aku nak drive."Atiqah menawarkan diri. Adryan memberikan kunci kereta kepada Atiqah.
*Dalam Kereta*
"Hmm,nyenyaknya dia tidur." Farah yang duduk di sebelah Adryan senyum ke arah Damia yang sedang tidur di atas riba Adryan.
"Nak tidur sekali ke? Meh tidur atas bahu saya."Kata Adryan. Farah hanya menggeleng tanda tidak bersetuju.
"Ish mamat ni, gatal bukan main lagi. Macam mana aku nak suruh si Adryan tu drive eh? Ok,dah ada idea. Aku nak buat-buat sakit perut." Atiqah tersengih lalu menekan brek secara mengejut.
"Ya Allah. Hey, kau ni dah kenapa tiba-tiba brek mengejut. Nasib baik Damia tak tersedar." Marah Adryan.
"Opsss,sorry tak sengaja. Tiba-tiba je perut ni memulas." Kata Atiqah sambil melihat Faqihah yang berada di sebelahnya sedang menggosokan kepalanya akibat terhantuk di dashboard.
"Eleh, ye lah tu. Tak sengaja atau ... " Faqihah berkata sambil menjeling ke arah Farah dan Adryan.
"Hey !" Atiqah berkata lalu memegang pipi Faqihah supaya pandangannya menghala ke hadapan.
"Ish korang ni,tak habis-habis nak berperang. Tak nampak ke tu ada orang ketuk tingkap awak tu Atiqah?" Kata Ieka yang dari tadi mendiamkan diri. Melayan perasaan la tu. Adryan dan Farah hanya menjadi pemerhati mereka bertiga.
"Eh, tak perasan la pulak! Kenapa agaknya eh ?"Kata Atiqah.
"Seriously kau tak perasan? Kau tak dengar ke bunyi kuat kat belakang tadi. Baik kau pergi turun jumpa dia sekarang." Marah nampaknya si Adryan ni. Atiqah hanya mengikut kata Adryan. Dia keluar dari kereta itu.
*Bersambung*
![](https://img.wattpad.com/cover/34971856-288-k659871.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Drastik
Novela JuvenilFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...