Bab 28

8.5K 236 8
                                    

"Hesy, mana Adryan ni. Call tak jawab, whatsapp pun tak balas." Keluh Farah. Sengaja dia mahu berhubung dengan bakal tunangnya mengenai hal bakery. Nanti kalau tak bagitau merajuk tak tentu pasal pulak.

"Adryan, saya tunggu awak dekat restoran Tart nasi ayam, pukul 8.30 malam ni. Ada hal sikit nak bincang. Datang tau."

Tiada balasan.

"K,fine kalau awak tak balas. Tapi makesure datang."

Masih tiada balasan.

"Huh, kenapa dengan dia ni. Balas la cepat." Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, Farah terlelap seketika.

Farah membuka mata dan terus membuka telefon untuk melihat jam dan mendapati ada banyak missed call. Silent phone punya pasal. Tak lain dan tak bukan, mesti Adryan. "What? Pukul 10? Patutlah banyak missed call." Telefonnya berbunyi lagi menandakan ada panggilan masuk.

"Hello, Farah. Awak kat mana? Dah lama saya tunggu ni."

"Sorry Adryan. Saya tertidur tadi."

"Awak ni menyusahkan betul lah!" Belum sempat Farah menjawab, Adryan pantas mematikan panggilan telefon.

"Haa, sudah. Merajuk dah dia ni. Macam mana nak pujuk ni? Aku ni dahlah tak reti nak memujuk." Farah gelabah, cepat-cepat dia menaip chat lalu menghantarnya kepada Adryan.

"Wahai cik abangku sayang. Janganlah marah. Serius saya tertidur tadi. Janganlah marah, please please." Sememangnya, macam nilah cara dia memujuk orang. Memang tak ada cara lain dah.

"Wahai cik adikku sayang. Penat tau saya tunggu awak sampai pukul 10.00. Tapi batang hidung awak pun tak nampak."

"Cik abang punya pasal la ni. Saya chat awak tak balas pun, saya tunggu sampai tertidur tau."

"See? See? Dah tau salah, salahkan orang pulak. Cik adik ni dah kenapa? Dah jumpa buah hati pagi tadi tak puas lagi ke?"

"Hah? Buah hati? Siapa?"

"Awak jumpa sape eh pagi tadi? Boleh tak saya tahu?"

"Hakim?"

"Haa, tau pun. Mesra bukan main eh korang tadi."

"Bestfriend saya lah tu."

"Saya tak suka awak ada kawan lelaki. Lagi-lagi bestfriend lelaki. Ingat tau, awak tu bakal tunang saya dan tak lama lagi akan jadi isteri saya." Hurm, makin susahlah nampaknya nak minta kebenaran Adryan.

"Ala awak ni. Dia dah nak kahwinlah nanti. Dia siap bagi kad nikah dia kat saya suruh kita datang."

"Seriously? "

"Ye lah. Siap suruh kita jadi pengapit dia tau."

"Owh, ok."

"Awak nampak kitorang eh tadi?"

"Mana ada."

"Dahtu? Macam mana awak boleh tahu yang saya jumpa dia pagi tadi."

"Entah."

"Adryan !"

Tiada balasan.

"Cik abang sayang!"

"Ye saya!"

"Eii, gatal!"

"Apa?"

"Takde apa-apa."

"Okei. Hehe."

"Are you jealous? Oooo, sebab tu awak tak balas chat saya petang tadi kan?"

"Orang mana yang tak jeles bila bakal tunang dia bermesra dengan lelaki lain. *cry*"

"Alolo, sorry. *cebik bibir*"

"Hmm, it's okey. So, macam mana interview? Dapat tak?"

"Sedih."

"Takpe lah. Banyak lagi kerja yang menunggu awak kat luar sana."

"Apa yang awak merepek ni?"

"Sedih tu. Mesti tak dapat kan?"

"Sedih sebab dapatlah. Hehe."

"Ish awak ni. Buat suspen je. Alhamdulillah. Bolehlah cepat-cepat nikah kan?"

"Amboii, gataiii."

"Eh awak ni. Macam tau-tau je tangan saya tengah gatal ni."

"Erk? Maksud saya lainlah."

"Yes, saya tau. Hehe, saje je nak berloyar buruk dengan awak. Hehe.
Dahlah, saya nak tido dah ni. Penat sangat tunggu awak tadi."

"Sorry ye wahai cik abangku sayang."

"Okei, wahai cik adikku sayang. Bye bye. Mimpikan saya eh? Hehe."

"Inshaallah. Haha, ok. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. *wink*"

~~~~~

Alhamdulillah, majlis akad nikah Fariz Hakim dan isterinya Natasya Eliza berjalan dengan lancar. Sungguh tidak disangka, begitu cepat masa berlalu. Lelaki yang dahulunya agak lembut dah berjumpa dengan gadis yang baik. Sejujurnya, selepas Farah reject Hakim, Hakim terjumpa dengan Natasya. Natasya yang selalu mendengar setiap luahan hatinya. Lepastu boleh pulak cerita cinta diorang ni sama. Sama-sama kena reject. Haha, lucu kan? Kalau dah jodoh memang tak ke mana.

"So, lepas ni giliran korang la pulak kan?" Hakim mengangkat keningnya. Dia merangkul erat pinggang isterinya yang berada di sebelahnya.

"Ha'ah. Btw, selamat pengantin baru eh korang. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. InShaAllah." Farah bersalaman dengan Natasya sebelum mengangkat kaki dari tempat itu.

"InShaAllah, Thank you." Natasya memberikan senyuman yang manis kepada Farah.

"Haa, sebelum aku terlupa, pasal bakery tu ......." Farah lekas menutup mulutnya selepas Hakim menjegilkan mata.

"Bakery?" Serentak Adryan dan Natasya berkata. Diorang memang tak tahu menahu langsung pasal plan nak buka bakery tu. Jadi, sesi soal jawab pun bermula. Hakim bercakap dengan Natasya, Adryan bercakap dengan Farah. Memang tak boleh jadi ni, dah ada pasangan masing-masing pun masih nak berahsia.

"Saya tak benarkan." Akhirnya Adryan memberi kata sepakat. Natasya juga bersetuju.

"Alaa, tapi ..." Farah masih membantah.

"No tapi tapi. Kan saya dah cakap haritu yang saya tak suka ....."

"Ye ye, saya ingat." Dia mencebik bibir. Hurmm, apalah nasib. Tak boleh nak buat business sendiri.

*Bersambung*

Mesti terkejut kan? Hakshaks, finally....... Hakim dah kahwin.. Hoho, nanti Adryan dengan Farah pulak.

P/s :- As always la kan? Vote kalau best and komen kalau boring. Huhu. Next part last kott.. K, byeeee.

Cinta DrastikWhere stories live. Discover now