"So, kau nak aku buat apa?" Kata Farah sambil mengangkat keningnya. Ala-ala Ziana Zain gitu lorh. Hahaha.
"Ermm, malu lah nak cakap." Hakim menundukkan pandangannya.
"Ish kau ni. Cer jadi gentle sikit. Menyampah doh." Farah menepuk lengan Hakim.
"Hello, kita bukan muhrim ok. Ape main pukul-pukul ni." Hakim menggosokkan lengannya.
"Sorry to say. Aku bukan pukul, tapi aku tepuk je. Hahaha." Farah tergelak kecil.
"Whatever. Yang penting bukan muhrim." Hakim membuat muka. Bluerks, perasan hensem betul.
"Ala, berlapik kot. Tu pun kecoh. Kau nak aku buat apa? Aku nak cepat ni."
"Alaa, malu lah. Kita kan always bergaduh." Nada suaranya menjadi agak manja.
"Ish, cakap je la. Kang tak pasal-pasal aku tampar muka kau pulak."
"Yelah, yelah. Actually ni bukan denda pun. Nak suruh kau tolong aku je."
"Tolong apa?"
"Esok kita pergi tapak perkhemahan tu awal sikit. Aku nak sediakan apa yang patut."
"Huh? Alaaa,Malasnya! Terbatal niat aku nak selfie dengan kawan-kawan esok." Farah mencebik bibir.
"Selfie dengan aku je la. Aku kan hensem." Sengaja Hakim menguatkan perkataan hensem itu.
"Eleh, hensemlah sangat. Hensem tu memang la hensem, tapi lembut. Hahaha."
"Dah aku dilahirkan camni. Hmmm, redha."
"Alaa, camtu pulak. Ye lah, ye lah. Esok aku teman kau."
"Yeayyy, thanks. Aku ajak kau ni bukannya apa. Tak ada orang nak kawan dengan aku. Sedih betul. Huhu"
"Tipuuuu. Belambak kot orang nak kawan dengan kau. Kau je yang tak layan. Dah la suka cari pasal. Huh."
"Eh, suka hati lah. Werkkk." Dia menjelirkan lidahnya.
"Amboi, tengah bersembang pasal apa ni? Cam best je. Nak join boleh?" Adryan menyampuk perbualan mereka berdua.
"Tak boleh." Kata Hakim dan Farah serentak. Mereka berdua beredar dari situ melalui arah yang bertentangan. Hakim ke kiri, Farah ke kanan.
"Eleh, berlagak je lebih. Aku baru sampai kot. Huh, sabar je la." Adryan mengeluh. Zizan yang dari tadi berkepit dengannya hanya kusyuk bermain handphone.
"Hoi, kau buat apa tu? Chat makwe eh?" Adryan sengaja melanggar bahu Zizan.
"Oi mak kau. Ish kau ni, nasib baik tak terjatuh handphone aku ni. Kalau jatuh, siapa nak ganti?"
"Hehehe, suruh makwe kau la yang ganti. Sape suruh chat kau time time camni."
"Aku mana ada makwe la. Kau ni, ada-ada je. Hahaha. Nak chat Atiqah ni. Nak explain pasal haritu."
"Ohh, dah send ke belum?"
"Belum, tapi aku dah buat karangan. Hehe." Karangan la sangat. Haha.
"Oit, jangan send lagi. Aku nak baca dulu. Mana lah tau ada typo ke apa." Lantas Adryan menyambar handphone yang berada di dalam genggaman Zizan.
"Eleh. Aku ni raja menaip ok. Tak pernah typo lagi setakat ni. Huhu." Adryan tidak memberi respon. Kusyuk betul baca karangan tu. Haha.
"Ok, aku dah tolong send. Hehe"
"Ish kau ni, aku tak sedia lagi lah. Tapi kau dah send kan. Nak wat macam mana lagi. Harap-haraplah dia maafkan aku."
"InShaAllah. Hal kecil je tu. Jangan risau sangat lah."
"Ok bro." Mereka senyum sesama sendiri.
~~~~~
"So Farah? Macam mana?" Kata Ieka setelah melihat kelibat rakannya itu muncul disebelahnya.
"Ok je."
"Ape yang ok?"
"Dia tak suruh saya buat benda yang teruk pun. Just suruh saya pergi tapak perkhemahan awal. Tu je."
"Ohh. So, awak tak join kitorang naik bas la?"
"Nope maybe."
"Alaaa, tak syok la."
"Nak tak nak saya kena ikut jugak. Kalau tak memang tak boleh pergi la."
"Hmm, ok."
"Atiqah, kusyuk sangat main handphone tu dah kenapa? Dah ada yang tersangkut ke?" Farah menegur Atiqah setelah melihat hanya Atiqah seorang je yang tak dengar dia bercakap. Terasa kot.
"Huh,huh?" Atiqah tersedar dari lamunannya.
"See? Mesti dah ada yang tersangkut ni."
"Ish, mana adalah. Ni haa, ada mamat ni tetiba je mintak maaf dengan saya."
"Ohh, mesti Zizan kan?"
"Yup."
"So, awak maafkan tak?"
"Maafkan je la. Nanti kalau dia merayu tak ke naya? Kejam sangat la pulak kan kalau tak maafkan dia." Ni yang bagus Atiqah ni. Senang memaafkan orang.
"Ermm, bagus bagus. Hahaha."
*Bersambung*
YOU ARE READING
Cinta Drastik
Teen FictionFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...