*Selesai kuliah*
"Farah,Farah!"Adryan memanggil setelah mereka keluar dari dewan kuliah.
"Yup,ada apa?"Farah berhenti apabila mendapati Adryan berhenti di hadapannya.
"Ikut saya kejap"Adyan menarik lengan baju Farah dan terus membawanya ke suatu tempat.
"Eh,kejap kejap.Awak nak bawa saya pergi mana ni ? Tolong jangan pegang saya, saya tak suka." Farah berhenti lantas Adryan melepaskan lengan baju Farah yang ditariknya tadi.
"Alaa,bukan pegang tangan pun. Ikut je la saya.Please!"Adryan mengelipkan matanya berkali-kali.
"Erghhhh, sama je la. Tapi Ieka tu"Farah menunjuk ke arah Ieka.
"Dia tu biarkan je la.Nanti awak explain la dekat dia."
"Hmm..Okey."Farah memandang Ieka dengan memberi isyarat mulut 'Nanti call' kepadanya.
"Hmm,Farah ni ada apa-apa hubungan ke dengan Adryan tu ? Diorang macam dah kenal lama . Tapi kenapa Farah tak cerita dekat aku . Sampai hati Farah tinggal aku sorang-sorang kat sini. Heshhhh."Ieka berdialog sendiri dalam hatinya.
*Dalam kereta*
"Takkan la kita berdua je nak pergi ni. By the way, awak tak cakap pun lagi nak pergi mana kan ?"Farah membuat muka kebingungan.
"Auch,Farah.Please la jangan buat muka macam tu.Comel sangat tahu tak"Adryan berkata sendiri dalam hatinya.Dia tersengih sendirian.
"Awak ni dah kenapa tiba-tiba tersengih ni ?"
"Hah,nothing lah" Apa yang awak tanya tadi ?" Dia menghidupkan enjin kereta.
"Kita nak pergi mana ni ? Siapa lagi yang pergi selain kita berdua?"
"Ohh, pergi carefour je sebenarnya. Ermm, yup.Kita berdua, why ?" Adryan membawa kereta Honda civicnya keluar daripada perkarangan Universiti.
"Eleh, ingatkan nak pergi tempat emergency mana. Last-last ajak pergi carefour je ? Tak nak lah kalau kita berdua je.. Kalau kita pergi berdua nanti ada yang ketiga. Awak tau tak siapa ? Syaitan la. " Farah memberikan ceramah free kepada Adryan.
"Saya tahu lah. Tak perlu kot nak ceramah ni. Saya pun tau jugak batas pergaulan kita. Nanti ada anak saudara saya join. Kita ambik dia dekat rumah abang saya nanti."Adryan senyum kepada Farah.
"Hmm,kalau macam tu baru la tenang sikit saya nak ikut awak."Farah membalas senyuman Adryan.
"Adryan,kenapa kau senyum macam tu. Kau tau tak yang kau tu hensem. Auch, Melting." Farah berkata sendiri dalam hatinya.
*Di rumah abang Adryan*
"Ok kak. Saya janji akan jaga Damia elok-elok" Kata Adryan kepada kakak iparnya setelah Damia masuk ke dalam dakapannya. Dia terus berlalu masuk ke dalam kereta.
"Ingatkan anak saudara yang dah remaja. Rupa-rupanya,kecik lagi. So cute. Berapa umur dia ni?" Farah menyoal Adryan setelah Damia berada dalam dakapannya.
"Erm,dah nak masuk 2 tahun maybe." Kereta yang dipandu Adryan meluncur laju untuk meneruskan perjalanan mereka ke carefour Wangsa Maju.
*Di Carefour*
"Alamak,aku tak ingatlah nak call Ieka . Hmm,nanti lah dulu. Sekarang ni masa untuk shopping.Yeahh" Farah bersorak sendiri dalam hatinya.
"So,buat apa lagi tercegat kat sini.Jomlah jalan"Adryan mendukung Damia.
"Hmm, jom !"
"Kakak , kakak. Mia nak mainan tu boleh tak?" Kata Damia sambil menunjukkan kotak patung barbie yang ada dihadapannya dengan bahasa pelat kanak-kanaknya.
"Boleh sayang, anything for you budak cute!" Nak yang mana ni ?" Farah bersedia untuk mengambil patung pilihan Damia.
"Tu,tu yang warna pink"Damia nenunjuk-nunjuk patung yang dia inginkan.
"Nah." Farah memberikan patung itu kepada Damia.
"Terima kasih kakak."
"Sama-sama" Farah mengusap rambut Damia.
"Far,jom pergi kedai tu"Adryan bersuara setelah Farah selesai membayar patung mainan Damia.Farah hanya mengikut langkah kaki Adryan.
"Awak pilihlah kalau nak apa-apa kat sini"
"Hah,kenapa? Awak nak belanja ke? Tak payahlah. Susah-susah je."
"Pilih je lah kalau nak apa-apa. Rezeki jangan ditolak ok."
"Hmm,tapi..."
"Tapi apa lagi?"Adryan memotong percakapan Farah.
"Kita baru je kenal,kenapa awak nak belanja saya lebih-lebih ni. Daripada awak belanja saya,baik awak belanja Damia"
"Tanda awal perkenalan kita?"
"Perlu ke semua ni?"
"Awak ni, kan saya dah cakap rezeki jangan ditolak."
"Ok,fine" Farah mengalah juga akhirnya.Dia mengambil senaskah Al-Quran dan memberikan kepada Adryan. Lantas dia membayar Al-Quran itu.
"Thanks" Farah berterima kasih selepas Adryan memberikan Al-Quran itu kepadanya.
"Most welcome." Adryan mengenyitkan matanya. Farah hanya senyum.
"Eh,tu macam kawan-kawan saya." Farah menunjuk ke arah rakan-rakannya yang sedang berjalan menuju kepadanya.
*Bersambung*
YOU ARE READING
Cinta Drastik
Fiksi RemajaFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...