"Atiqah. Hantar saya pergi U pliss. Hakim tunggu saya kat sana." Farah menggoncangkan tubuh Atiqah yang sedang mengemaskan barang untuk dibawa ke perkhemahan.
"Kejap kejap. Sikit lagi ni." Atiqah menepis tangan Farah yang berada dibahunya.
"Ish, kejam. Saya tunggu kat luar tau."
"Ok. 5 minit lagi saya keluar."
"2 minit je la. 5 minit tu nanti tak pasal-pasal kena tinggal."
"Jomlah. Saya dah siap packing."
"Yeayy. Ni sebab saya sayang awak ni. Haha."
"Faqihah, saya nak pergi hantar Farah ni. Awak duk dengan Ieka la dulu. Bye!" Kata Atiqah selepas mengambil kunci mereta yang tersangkut di dinding dekat pintu utama.
"Ok, bye." Faqihah meneruskan mengemas barang yang ingin dibawa.
"So Farah, hati-hati eh dengan Hakim tu. Saya takut korang tiba-tiba bergaduh. Lepastu dia tinggal awak kat tepi jalan." Kata Atiqah setelah menghidupkan enjin kereta.
"Uitss, don't say like that la. Tampar kang!"
"Eh, betul la. Dia tu bukan boleh dipercayai sangat. Walaupun kita dah kenal dia lama, bukan rapat sangat pun. Kita mana tau perangai sebenar dia kan? Nanti dia suruh awak masuk hutan sorang-sorang. Haaa, acanea?"
"Ish, saya tak rasa yang dia tu teruk sampai macamtu sekali. Dia tu memang suka cari pasal. Tapi saya tau, dalam hati dia lembut sangat." Cewah, macam dah kenal lama pulak.
"Amboi amboi. Backup pengerusi nampak!"
"Mana ada. Ish awak ni."
"Eleh, mana ada konon. Yang awak cakap tadi tu apa? Bukti jelas lagi nyata." Haa, amek kau.
"Erghh, lupakan ok."
"Tak nak, Tak nak."
"Tak nak, sudah." Farah memeluk tubuh dan terus memalingkan muka ke arah luar tingkap kereta. Merajuk la tu.
"Ish, orang main-main je lah. Huh." Farah senyap. Melayan perasaan la tu.
~~~~~
"Bye bye Tiqah, nanti jumpa kat tapak perkhemahan eh?" Kata Farah setelah memasukkan barang-barangnya ke dalam bonet kereta Hakim.
"Ok, bye. Hati-hati." Farah masuk ke dalam perut kereta. "Yeayy, camping." Hatinya bersorak riang.
"Menatap indahnya senyuman di wajahmu, membuatku terdiam dan terpaku." Hakim menyanyikan lagu tercipta untukku dengan penuh perasaan setelah hampir 15 minit tiada sepatah kata pun yang keluar daripada mulut mereka berdua. Ermm, senyap je. Janggal ke?
"Wahh, sedapnya suara." Kata Farah dalam hati. Tak boleh la cakap face to face. Nanti tak pasal-pasal ada orang kembang hidung 10 inci. Hahaha.
"Oi, dah dahla nyanyi tu. Sumbang beb!" Kata Farah. Tak ikhlas dari hati pun sebenarnya.
"Suka hatilah." Dia meneruskan memandu.
"Eleh, berlagak je lebih. Huh."
"Aku ingin engkau slalu,
Hadir dan temani aku,
Disetiap langkah,
Yang meyakiniku,
Kau tercipta untukku." Sengaja dia menyanyikan bahagian korus dengan kuat supaya Farah boleh mendengar suara merdunya. Cewah, merdulah sangat."Ermm, tak nak larang dah la. Kalau suara sedap camni, sampai kat tempat camping pun aku rela dengar suara dia. Huhu." Farah tersenyum riang.
"Ha, yang kau ni tetiba je senyum dah kenapa?"
"Hah, lagu yang kau nyanyi tu lagu feveret aku kot. Mestilah aku happy. Huuu."
"Oh really? Ni pun lagu feveret aku jugak. Tak sangka la pulak lagu feveret kita sama. Padahal lagu ni lama dah kan?"
"Ha'ah, tu lah. Lama pun still best. Tak pernah bosan. Huhu."
"Same la." Hakim mengukir senyuman. Dia meneruskan menyanyi lagu itu.
~~~~~
"Ok semua. Boleh naik bas dah. Kita akan bertolak dalam masa 15 minit je lagi." Kata seorang lelaki. Mungkin pembantu pengerusi. Time perjumpaan kelab kadang-kadang je nampak batang hidung dia dekat situ.
"Yeahhh." Semua peserta bersorak riang. Macam kanak-kanak riang pun ada. Haha.
"Faqihah dengan Atiqah duduk sama-sama, Hmm, aku duduk sorang je la. Tak ada peneman. Redha." Ieka mencebik bibir. Tempat kosong di sebelahnya diletakkan beg.
"Err Ieka, boleh tak saya nak duduk kat sebelah awak?" Kata seorang lelaki dan lelaki itu adalah Adryan. Wow, berbunga-bungalah hati Ieka jawabnya. Faqihah dan Atiqah dah pandang Adryan semacam. Macam menyampah je, macam nak marah je.
"Eh, boleh boleh. Apa salahnya. Hehehe." Ieka mengangkat begnya dan meletakkan beg itu di bawah berdekatan dengan kakinya. Adryan tersenyum lebar. Tergamam Faqihah dan Atiqah dibuatnya apabila Ieka membenarkan Adryan duduk di situ. Mereka fikir yang Ieka akan menolak, tapi sebaliknya yang berlaku.
"Ieka!" Faqihah menegur Ieka dengan muka yang masam.
"Ape?" Ieka membuat muka tidak bersalah. Faqihah menjelingnya. Marah letuww. Memang marah pun.
"Adryan, duduklah kat sebelah I, tu ada dua lagi kosong." Kata Awar. Dia menunjuk jari telunjuknya di tempat kosong itu.
"Eh, tak pe lah. Thanks banyak-banyak. Tempat ni dah cukup selesa buat I." Adryan membuat muka menyampah.
"Apa yang selesa sangat? Kat sana tempat dia kat bawah aircond tau. Sejuk." Tak puas-puas lagi minah ni memujuk Adryan. Dah kata tak nak tu tak nak lah. Menyampah.
"Tapi kan, kat sini pun ada aircond jugak." Adryan melihat aircond yang berada di atas kepalanya.
"Suka hati you lah. I malas dah nak layan."
"Baguslah kalau malas nak layan. I dah lama tunggu saat tu. Sejak dari I masuk U tu, sampai sekarang. Huh, (sebenarnya tak ada la lama sangat)." Adryan tersengih jahat.
"Huh." Awar mendengus kasar. "You tunggu la Ad, you tunggu benda yang i akan buat nanti." Tak habis-habis tunggu. Bila nak buat Awar oi? Awar berlalu ke tempat duduk yang ditunjuknya tadi.
Mereka bertolak dengan riang. Riuh bunyi dalam bas itu. Lagu dicampur lagi dengan suara orang yang sedang bersembang. Memang bising la.
*Bersambung*
YOU ARE READING
Cinta Drastik
Teen FictionFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...