"Lama gilerr Atiqah ni, dah lebih 5 minit ni. Jomlah turun sekali."Kata Faqihah diikuti anggukan daripada Adryan, Farah dan Ieka. Adryan membaringkan Damia di atas tempat duduk Farah setelah Farah keluar dari kereta itu. Mereka menuju ke arah Atiqah dan seorang lelaki yang memakai baju kemeja hitam dan spek hitam. Hensem beb !
"Tak, sekarang ni aku just suruh kau bayar RM 500 je. Tu pun aku dah bagi diskaun. Sebenarnya aku nak suruh kau bayar dua kali ganda lagi tahu tak. Tapi disebabkan aku ni baik hati sangat, aku bagi kurang." Kedengaran suara lelaki itu bercakap dengan Atiqah.
"Eh,nak kurang sikit lagi boleh tak?" Adryan menyampuk perbualan lelaki itu dengan Atiqah sambil melihat bahagian depan kereta lelaki itu yang kemik sedikit. Sikit je pun.
"No." Kata lelaki itu dengan kasar.
"Ok,aku tak nak panjangkan cerita. Aku bayar. Kejap, aku nak ambil wallet aku kat dalam kereta."Adyan berkata lalu menuju ke dalam kereta untuk mengambil dompetnya. Farah, Atiqah, Faqihah dan Ieka hanya memerhati pergerakan Adryan.
"Eh,beg Farah ada dekat dalam ni? Mesti telefon dia pun ada dalam beg ni. Ada chance nak ambil nombor phone ni." Kata Adryan, dia tersengih sendirian. Dia menyelongkar beg Farah dan terus mencari telefon bimbit milik Farah. Amboi minah ni, guna note 3. Samalah dengan aku, hehehe.Dia cuba mendail nombor telefonnya di telefon milik Farah. Terpampang nombor telefon Farah di skrin telefonnya. Atau lebih dikenali sebagai 'miss called' Dia tersenyum kemenangan. "Haa, aku dah dapat nombor kau." Bisik hati Adryan.
"Korang,saya nak masuk kereta dulu eh? Penatlah berdiri je dari tadi." Farah berkata kepada Atiqah, Faqihah dan Ieka.Mereka bertiga hanya mengangguk. Farah berlalu masuk ke dalam kereta."Mana Adryan ni, nak ambil wallet pun berjam-jam. Hishhh." Atiqah membebel dalam hatinya.
"Hey, awak buat apa tu?" Kata Farah setelah melihat Adryan memegang telefonnya. Tidak semena-mena kepala Adryan terhantuk di pintu kereta akibat terkejut dengan teguran Farah.
"Huh? Tak buat apa-apa." Kata Adryan selamba. Dia menggosok-gosokkan kepalanya dan meletakkan kembali telefon itu ke dalam beg farah.
"Eh,awak buat apa dengan telefon saya?"Farah mengangkat keningnya.
"Ermm,saje nak cek awak guna telefon apa. Canggih jugak telefon awak eh?" Kalah saya.
"Tu je? Atau awak ada muslihat lain?" Farah mengecilkan matanya.
"Huh? Mus..muslihat? Muslihat apa?" Adryan bermain tarik tali dengan Farah.
"Ek eleh. Tipu lah tu.Bak sini telefon saya tu." Farah menghulurkan tangan kanannya manakala tangan kirinya bercekak pinggang.
"Mana ada tipu, tak baik tau tipu tipu ni. Berdosa tahu tak? Phone awak. Erm, bagi saya pinjam kejap eh? Jap lagi saya bagi balik sebab sekarang ni saya kena bayar hutang orang tu." Adryan mengambil balik telefon yang diletakkan di dalam beg Farah itu tadi.
"Bagi phone saya sekarang!" Adryan tidak mempedulikan kata-kata Farah. Dia hanya berlalu pergi. Telefon Farah disimpan dalam kocek seluarnya. Farah membontoti langkah Adryan dengan geram.
"Nah RM 250. Duit aku tak cukup." Kata Adryan kepada lelaki itu.
"What? Kau tahu tak kereta aku ni mahal. BMW kot! Dahlah ni present papa aku bagi dekat aku." Tempik lelaki itu kepada Adryan.
"BMW ke apa ke ada aku kisah? Ada aku tanya kereta ni siapa yang bagi dekat kau? It's memang kereta aku. Tapi bukan aku yang drive. Minah ni yang drive. So selebihnya kau suruh minah ni yang bayar." Kata Adryan
sambil menjeling ke arah Atiqah.Mata Atiqah terbuntang luas. "Kurang asam punya lelaki." Tempik Atiqah dalam hati. Adryan tersenyum sinis ke arah Atiqah. Dia berlalu pergi begitu sahaja manakala Farah tidak tahu untuk berbuat apa. Farah mengikuti langkah Adryan untuk menuju ke kereta."Tapi..." Belum sempat Atiqah menghabiskan ayatnya, lelaki itu sepantas kilat memotongnya.
"Ahh, tak ada tapi tapi. Lagi RM 250 kau kena bayar. Aku nak kau bayar sekarang." Marah lelaki itu. Cermin mata hitam yang dipakainya diselitkan di bajunya. Maka terpampanglah wajahnya yang sebenar."Berlagak lah tu." Atiqah mendengus perlahan.
"Tapi aku tak ada duit. Setakat RM 2.50 tu ada la." Atiqah membuat muka toyanya. Padahal mampu sangat nak bayar. Lagipun duit yang ada ditangannya sekarang betul-betul RM 250. Itu pun untuk sebulan dia makan. Takkan nak bagi semua tu. Lepastu nak makan apa? Daun?
"Melawaklah pulak kau ni. Cepatlah bayar, aku nak cepat ni."
"Betullah, aku just ada RM 2.50 je."
"Kalau kau tak nak bayar sekarang bagi nombor phone kau"
"What the he**! Kau nak buat apa?"
*Bersambung*

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Drastik
Подростковая литератураFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...